PART 24

8.4K 442 16
                                    

"Y..y..you?" Ayrena tergamam. Reaksi dia cuba kawal sebaik yang mungkin. Kalau ikutkan rasa, dia mungkin sudah tewas dek debaran yang kian mengambil alih tubuh. Namun, kali ini dia cuba mengawal kewarasan yang masih tersisa.

"Atheena! Cepat sikit makan! Aku nak balik!" Satu arahan dia berikan sebelum kembali menghadap Atheena. Mendengarkan arahan itu, membuatkan Atheena bagai ikutkan saja kata Ayrena. Disua setiap suapan tanpa henti.

"Uhuk! Uhuk!" Tangan naik menepuk-nepuk dada. Air fresh orange dia capai dan hirup. Sesekali pandangan melihat Ayrena yang hanya tekur menyuap makanan. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari ulas bibir saat ini. Minda masih tertanya-tanya akan hubungan Ayrena terhadap pelanggan di sebelah meja mereka.

"Aku dah siap! Kau makan cepat, aku nak ambil tisu!" Ayrena bangun dari duduk, arah kaunter dia tuju. Segera jari jemari meraih kotak tisu yang terletak di sudut kanan kaunter. Dua helai tisu dia keluarkan dari kotak. Saat dia ingin atur langkah mendekati tempat duduk kembali, tidak semena dia merasakan lengan seakan diraup kasar menuju ke arah satu ruang kosong yang jauh dari situ. Kaki menapak laju tanpa rela.

"Are you spying on me?" Tubuh Ayrena dilekapkan ke dinding. Sekarang ini, mereka jauh dari para pelanggan yang sedang menikmati makanan. Mata helang Darren menikam-nikam anak mata Ayrena.

Mendengar akan pertuduhan yang dikemukakan, segera Ayrena mulai bersuara.

"Perasannya mamat foreigner sorang ni, kan! Excuse me, sir!  If you think I came here because of you, you are mistaken." Di jengilkan mata memandang ke arah lelaki kacukan di hadapan. Suka-suka hati main menuduh orang.

"I don't think I'm wrong. This is not the first time we met. So, it's not impossible for you to follow me, right?" Angkat kening, Darren persoal lagi.

"Did you think I'm obsessed with you that I want to follow you wherever you go?" Jawapan Ayrena kali ini, membuatkan dia ketap rahang.

"I give you warning not to appear in front of me again. This is the last warning." Jari ditunding ke arah hidung Ayrena.

Mendengarkan amaran itu, segera Ayrena angkat mata yang sudah terpejam. Membalas pandangan.

"Encik ingat saya ni tak laku ke sampai nak kejar Encik? Jangan hanya disebabkan apa yang saya cakap tempoh hari Encik anggap saya ni tergila-gilakan Encik. Saya pergi restoran ni pun sebab kawan saya. Kalau tidak, jejak restoran ni pun saya tak nak. Encik dengan bulu-bulu hutan Amazon dekat muka Encik ni tolong jauh dari saya. Dasar gatal." Terus tubuh Darren dia tolak kuat. Sempat saja dia pijak kasut kanan Darren menggunakan kasut tumit tinggi miliknya yang bersaiz 7 inci. Rasakan! Sengaja dia bertutur dalam bahasa melayu. Sekurang-kurangnya dia melepaskan apa yang terbuku di hati.

"Ayrena!" Tangan Atheena naik melambai-lambai Ayrena yang baru muncul entah dari mana. Segera  Ayrena melangkah mengejar Atheena yang sudah berdiri di pintu keluar.

"Kau pergi mana? Aku baru nak call kau!" Cekak pinggang. Resit ditangan dia konyokkan dan dibuang ke dalam tong sampah.

"Ada masalah teknikal sekejap tadi!" Ayrena cipta alasan. Ini kalau cakap kebenaran, mahu masuk kembali mereka ke restoran.

"Ada nak pergi mana-mana lagi?" Soal Atheena saat mereka sudah berada dalam perut kereta.

"Nope! Aku nak balik! Not in the mood to go anywhere right now!" Tali pinggang dia sarung ke tubuh.

"Confirm? Kalau nak balik, aku nak ikut jalan shortcut ni!"

"Hurm!" Ayrena jatuhkan kepala berkali-kali sebelum kereta yang dipandu Atheena mulai keluar dari kawasan restoran.

___________

"Bulu-bulu hutan Amazon? Bulu-bulu Amazon ni lah yang jadi ketua Black Eagle sekarang. Bulu-bulu ni lah, yang orang puji. Tch!" Kad nombor di tangan di pusing-pusingkan.

"Ayrena Rosebell!" Mata membaca satu persatu nombor telefon yang tertera di kad. Di masukkan nombor tersebut di dalam contact dan di save sebagai "Ragazza matta" (Crazy Girl)

TOK!
TOK!
TOK!

"Bos! Boleh saya masuk?" Kedengaran suara Bob di balik pintu.

"Masuk!" Kad disimpan ke dalam poket. Kembali dia menikmati langit-langit yang dipenuhi dengan cahaya bintang.


Tutup pintu, Bob atur langkah ke arah balkoni.

"Bos! Saya ada perkara nak di bincangkan ni!" Jari jemari bertaut sesama sendiri.

"Apa dia? Kalau perkara yang tak penting, kau siap!"

"Kalau macam tu tak jadi lah!" Bob ber ura-ura ingin atur langkah.

"Cakap cepat, Bob! Apa dia?"

"Saya nak bincang pasal kenaikan gaji, Bos. Nak minta bos up sikit boleh?" Tubuh merapat ke arah Darren.

"Tak boleh!" Buka langkah, Darren masuk kembali ke dalam ruang bilik.

"Ala bos! Boleh lah! Boleh lah! Bos kan handsome! Bos kan baik! Bos lah segalanya untuk saya." Dikejar Darren yang sudah menjauh.


"Kau nak minta kenaikan gaji. Tapi, apa yang kau buat minggu lepas? Hurm? Kau lupa? Atau buat-buat lupa, Bob?" Baju yang dipakai diselak sedikit di bahagian perut.

"Sixpack bos tak pernah mengecewakan!" Bob pegang pipi.

"Aku tak suruh kau tengok sixpack aku. Aku suruh kau tengok ni!" Luka di bahagian perut yang masih berjahit  akibat ditikam kerana kecuaian Bob dipamerkan kembali di hadapan Bob.

"Maaf lah bos! Saya tak sengaja!" Bob tunduk kepala ke arah lantai. Kalau lah dia tidak hilang fokus pada hari mereka membuat misi, pasti Darren tidak akan tercedera hingga menyebabkan koma selama tiga hari akibat ditikam pisau yang beracun itu. 

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now