PART 54

7.3K 398 12
                                    

"Ayrena Rosebell!" Langkah Ayrena terhenti sepenuhnya saat nama penuh diseru.

Dia dan Adrian kini sudah selamat sampai di Banglo Tuan Razi.


"Abang Ad nak apa? Dah lah! Ayrena nak naik atas. Penat tahu tak. Dah lah suka hati je tarik telinga orang suruh balik. Malu Ayrena tak habis lagi tahu tak. Mana Ayrena nak letak muka depan Darren tu nanti?" Ayrena gosok-gosok cuping telinga yang masih beralaskan tudung.


"Ingat apa abang cakap tadi. Lagi sekali buat perangai macam ni..."
"Siap Ayrena!" Adrian beri amaran.




"Lagi sekali buat perangai macam ni, siap Ayrena!" Ayrena ajuk kembali ayat Adrian. Dia mula menapak ke atas anak tangga.


"Tak pasal-pasal terbakar dapur orang." Adrian cekak pinggang. Puas hati dia dapat tazkirah si Ayrena ni.


DUM!

Berdentum pintu bilik Ayrena tutup.

"Eeee! Malunya! Malu! Malu! Malu!" Ayrena tekup wajah. Dia sudah tersandar di belakang pintu bilik. Lepas dah reda sikit, dia kuatkan kaki untuk melangkah.


Tuala yang disangkut di satu penyidai dia ambil.  Masa untuk bersihkan diri. Dah tak nampak rupa orang dah dia sekarang. Dengan ada bekas comot asap hitam di satu muka. Pakaian yang dia pakai pun sudah basah lencun. 

_______________

"Macam mana boleh terbakar?"

"Bos! Bukannya salah saya dengan cik Ayrena. Salah dapur gas tu. Dapur tu dah lama. Bos kena tukar baru."


"Dapur gas pula yang salah?"



"Hehehe! Uncle Bob comel lah pakai macam ni. Boleh lah main masak-masak dengan Mia."


"Mia! Pergi naik atas."

"Alooo papa! Tak nak! Mia nak duduk sini. Tadi uncle Jo cakap rumah kita terbakar. Tapi, tak terbakar pun." Mia lihat sekeliling sambil buat muncung itik.


"Mia, mia nak rumah kita terbakar betul-betul ke?"


"Hurmm!" Mia angguk.

Masing-masing ketuk kepala mendengar jawapan Mia.


"Kalau rumah kita terbakar, nanti kita boleh pindah rumah baru." Tutur Mia.


"Kenapa Mia nak pindah rumah baru? Mia tak suka duduk rumah ni?"


"Tak! Mia tak suka duduk sini. Mia tak suka Aunty tu."


"Aunty mana? Aunty Ayrena?" Soal Darren. Di angkat tubuh Mia dan dibawa ke dalam pangkuan.


"Aunty Ayrena tu mama Mia. Mia bukan tak suka mama, Mia tak suka Aunty tu. Aunty tu dia selalu datang pada Mia bila Mia main dekat taman dengan kawan-kawan baru Mia." Mia buka cerita.


"Aunty mana? Kenapa papa tak tahu?"


"Aunty tu cakap Mia boleh panggil dia Aunty Ara."


"Aunty Ara? Siapa tu?" Tanya Ickey.


Mia geleng laju.

"Tak tahu. Aunty tu selalu naik motor besar macam motor Uncle Ezra tu." Terang Mia. Sambil buat gaya bentuk bulat menggunakan kedua-dua tangan.


"Bob!"


"Iya bos!"

"Bawa Mia masuk bilik!"

"Baik bos! Mia come to Uncle Bob. Jom kita main masak-masak dalam bilik."


"Main masak-masak? Jom!" Mia lompat ke atas belakang Bob. Terus Bob dukung Mia naik ke tingkat atas.



"Ezra!"


"Iya bos!"


"Cari siapa Ara ni? Kenapa dia dekat dengan anak aku. Aku nak segala maklumat pasal dia esok. Make sure semua tentang dia kau cari. Aku tak nak tertinggal sikit pun."

"Baik bos!"'

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now