PART 50

7.8K 410 3
                                    

"Ad rasa Darren tu baik tak?" Soal Tuan Razi tiba-tiba. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama Darren disebut.

"Kenapa papa tanya Ad? Bukan papa ke yang rapat sangat dengan Darren?" Adrian jawab sambil silang tangan. Hairan juga dengan perangai papa dua tiga hari ni. Agak lain.

"Papa tanya pendapat Ad! Kalau bagi papa, tentulah Darren tu orang yang baik." Kembali Tuan Razi beri balasan. Tubuh bersandar pada dinding batu yang menghadap kolam ikan. Bulan yang cantik  bersinar dipandang dengan senyuman yang tenang. Begitu juga dengan Adrian. Turut memandang bulan yang sama.


"Andai kata nanti kalau papa takde untuk jaga anak-anak papa, Adrian boleh janji satu perkara?" Wajah si anak dipandang dari sudut kanan.

"Papa nak pergi mana pula? Honeymoon dengan mama lagi?" Tanya Adrian. Niat hanya untuk bergurau namun dia terus mati senyum saat lihat Tuan Razi senyum tipis.


"Papa nak Adrian janji apa?" Berbalas pandangan Adrian betulkan posisi menghadap Tuan Razi.


"Papa nak Adrian jaga Ayrena. Papa nak Adrian lindungi Ayrena macam mana papa lindungi Ayrena. Boleh?"


"Mestilah Adrian akan jaga adik Adrian yang sorang tu papa. Papa jangan risau lah!"


Lega Tuan Razi saat segala jawapan yang dia harapkan keluar dari ulas bibir Adrian.


"Papa kenapa? Papa ada masalah ke? Papa tahu, papa boleh kongsi dengan Adrian kalau papa ada masalah. Adrian boleh dengar dan mungkin Adrian boleh tolong."



"Takde apa. Papa cuma rasa nak cakap macam tu. Papa risau andai kata papa yang pergi dulu nanti. Papa risau siapa yang akan jagakan anak papa yang tak matang tu." Adrian hanya memerhati. Entah kenapa. Namun, setiap kali patah perkataan keluar daripada mulut papa, pasti hati dia rasa sakit. Bukan saja dia, Ayrena juga turut merasakan perkara yang sama.

Kebelakangan ini, mereka banyak meluangkan masa berempat. Sampaikan masing-masing ambil cuti. Ayrena yang baru ingin masuk bekerja tempoh hari pun, batalkan niat. Terus sambung cuti.

"Papa! Adrian tak nak papa cakap macam ni. Cara papa cakap ni, seolah-olah macam papa nak tinggalkan kitorang."


"Budak ni, Papa cakap pun salah ke?"

"Salah lah! Adrian tak suka." Geleng kepala. Sedaya upaya dia tahan air mata dari mengalir.

"Adrian!"

"Hurm! Kalau papa nak cakap ayat sedih lagi, Adrian tak mahu dengar." Tundukkan wajah, Adrian pura-pura tidak berminat.


"Papa nak peluk Adrian, boleh?"

Tergamam! Adrian angkat wajah. Kini, air jernih tidak berhenti dari mencurah apabila tubuh dia didakap erat oleh Tuan Razi. Eratnya terasa seperti inilah pelukan yang terakhir.

____

"Mama!"

"Ya, Ayrena!" Sahut Puan Fateema.

"Kan seronok kalau hari-hari macam ni!" Hujung jari jemari menguis-nguis permukaan tilam. Segala koleksi getah rambut dan sepit rambut sudah berterabur di atas katil.

"Kalau Ayrena nak hari-hari mama sikat rambut Ayrena, Ayrena kenalah duduk sini. Dekat dengan mama, baru boleh hari-hari mama sikat rambut Ayrena." Perlahan saja Puan Fateema balas. Dah pelbagai jenis ikatan rambut yang Puan Fateema buat dengan rambut Ayrena. Bila sudah siap satu ikatan, dileraikan kembali dan disikat semula. Kemudian gaya ikatan lain pula yang dicuba.

Mereka berdua kini sedang duduk bersila di atas katil Ayrena. Lepas saja makan malam tadi terus mereka berdua masuk dan duduk di dalam bilik.


"Mama jadi ke nak pergi rumah Aunty Hani esok? Betul ni tak nak Ayrena temankan?" Soal Ayrena. Risau! Sudahlah rumah Aunty Hani tu jauh dengan rumah mereka. Berbeza negeri pula tu. Puas dia pujuk untuk ikut, tapi mama tetap berkeras tak bagi. Haih!


"Betul! Mama boleh pergi sendiri. Lagipun kan abang Qash yang hantarkan mama. Ayrena jangan risau lah! Ayrena pergi je kerja. Dah lama Ayrena cuti. Nanti apa pula pekerja yang lain cakap."


"Okay lah kalau mama cakap macam tu. Nanti, mama tolong kirimkan salam Ayrena pada Aunty Hani. Lama tak jumpa Aunty."

"Nanti mama kirimkan."

"Mama! Mama! Mama! Ayrena nak tanya ni."

"Hurm! Tanyalah. Apa dia?" Jawab Puan Fateema. Tangan masih lagi lincah mengikat rambut Ayrena.


"Kalau mama kan, mama suka tak kalau Ayrena kahwin awal." Soal Ayrena. Digigit-gigit hujung bibir sambil menunggu jawapan dari mama.


"Mestilah mama suka. Mama dapat menantu. Kalau nak tunggu abang Ad Ayrena tu kahwin, memang lambat lagi lah mama nak tengok menantu mama. Silap-silap kubur panggil dulu."

"Haish mama ni! Apa cakap macam tu."

"Kenapa Ayrena tanya mama soalan tu? Ayrena dah ada calon ke?"


"M...mana ada. Ayrena tanya je. Mama janganlah ambil serius sangat. Itu, cuma soalan biasa. Tiada kaitan apa-apa pun." Ayrena sudah tersipu-sipu. Yes! Ada chance.





Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now