PART 41

8.3K 413 7
                                    

Del Lucca mansion, Italy

"Emma!" Satu panggilan buatkan Emma terus menghadap si pemanggil.

"Iya Encik Dario? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Penyapu di tangan diletakkan di sisi.

"Ada Bob bagi apa-apa perkembangan?" Terlihat seorang lelaki lingkungan 70 tahun sedang duduk di single sofa. Surat khabar di tangan di baca dengan penuh teliti.

"Maaf Encik Dario, tapi saya tak sempat nak bertanya lagi tentang tu. Bob kata dia terlampau sibuk dekat Malaysia sekarang. Banyak kerja nak kena buat."

"Tchh! Bob cakap macam tu? Anak kau yang Bob tu cakap dia busy?" Tutup surat khabar dia tayang reaksi tak percaya.

"How can si Bob tu jadi sungguh berkaliber?" Tangan diletakkan di dagu. Berfikir!

"Saya tak pasti, tapi Bob ada tinggalkan satu berita."

"Berita apa?" Potong seorang lelaki yang lebih muda dari Dario. Dia muncul dari arah dapur dan duduk di sofa berhadapan Dario. 

"Dante! Ada Darren telefon cakap apa-apa? Dia jumpa ke tidak bakal cucu menantu aku? Kalau dia ada telefon, cakap pada dia kalau dia tak bawa bakal cucu menantu aku dalam masa tiga bulan dari sekarang, grandpa dengan grandma dia sendiri yang akan buat majlis pencarian isteri untuk dia secara besar-besaran." Arah Dario, tekad.

"Papa ni! Darren tu masih muda lagi. Biarlah dia cari sendiri bakal isteri dia. Dante tak nak gelapkan masa depan anak Dante."

"Hello! Dante Del Lucca, kau rasa masa depan kau gelap ke masa aku kahwinkan kau dengan Luna? Tidak kan? Siap dapat Darren lagi. Maknanya apa? Cerah!  Kau cakap apa tadi? Darren tu muda? Darren tu dah masuk 34 tahun, muda apanya tu? Tua! Dah tua! Tak kahwin-kahwin lagi. Lebih baik aku carikan terus. Nak suruh dia bawa balik bakal isteri, silap haribulan aku dah dekat underground baru dia bawa."

"Papa! Dulu lain, sekarang lain! Lagipun, papa rasa Darren tu akan setuju ke dengan cadangan papa ni? No, okay! Dante Kenal anak Dante!'

"Maafkan saya, Encik Dario masih nak dengar berita yang saya nak sampaikan atau nak saya sambung kerja dulu?" Emma mencelah. Tidak mahu dia berlama-lama menyaksikan pergaduhan dua  beranak. Sudah lah wajah mereka seiras! Cuma perbezaannya seorang versi tua dan seorang lagi sedikit muda.

"Kenapa ni?" Muncul kelibat Luna di ruang tamu bersama-sama Grandma.

"Dear, come!" Dante menepuk-nepuk sofa kosong disebelah. Lantas menarik Luna untuk duduk.

"Nak romantik depan aku pula! Tahulah aku ni dah tua, aku pun boleh! Awaknya, sini! Duduk atas riba saya ni! Lagi romantik."  Ditiru apa yang dilakukan Dante tadi.

"Tak payahlah! Saya duduk sini je. Awak ingat muat ke sofa tu nak duduk dua orang? Duduk atas tulang tak rasa apa!" Lantas Grandpa tayang wajah mencuka. Nak romantik pun tak mahu.

"Berita apa yang nak disampaikan tu? Pasal Darren ke?"

"Betul Puan Luna. Tapi berita ni saya tak pasti betul atau tidak! Kalau nak lagi confirm saya sarankan Cik Luna dan Encik Dante sendiri tanya pada Encik Darren."

"Okay, jadi apa beritanya?"

"Bob cakap beberapa hari yang lepas, Darren ada bawa balik seorang perempuan ni. Dan berkemungkinan besar mereka bercinta."

"Bercinta? Darren? Are you sure, Emma? Bob cakap nama Darren yang bercinta? Cucu aku yang tak tahu apa-apa pasal cinta tu bercinta?" Berdekah-dekah Grandpa gelak.


"Awak ni kenapa? Dulu tanya sangat bila Darren tu nak kahwin, sekarang ni awak gelakkan cucu awak pula. Baguslah tu kalau Darren bercinta." Grandma mempertahankan cucu kesayangan. Orang tua ni memang!

"Anak kita bercinta?" Bisik Luna.

"Tak sangka pula, akhirnya anak kita tahu  bercinta." Dante Masih tayang reaksi seakan tidak percaya.

"Saya kena call Darren!" Lantas Luna hilang dari pandangan, diikuti dengan Grandma dan Emma.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now