PART 47

7.5K 421 11
                                    

"Ayrena, buat apa dekat luar ni? Kenapa tak masuk lagi?" Qash menyoal hairan. Sudah 10 minit berlalu dan Ayrena masih tercegat di sisi kereta.

Melihat reaksi Ayrena yang jelas tidak tenang itu buatkan Qash mula bicara. Dia yang sedang membasuh kereta turut berasa tidak tenang apabila melihat tingkah Ayrena. Tuala putih yang elok tersangkut di leher dia ambil dan seka peluh yang mula mengalir di dahi. Seketika, Qash sangkut tuala kecil itu kembali di batang leher.

"Ayrena segan lah abang Qash. Tetamu dah sampai, takkan Ayrena nak masuk tiba-tiba pula." Jawab Ayrena gusar. Maklumlah semenjak dia keluar daripada banglo Tuan Razi beberapa bulan yang lepas, mulai dari itu dia langsung tidak balik, inikan pula tidur di rumah mama dan papa. Kadang-kadang hanya mama, papa dan Adrian saja yang datang ke rumah dia dan Atheena. Ini mahu masuk tiba-tiba ke dalam rumah dengan bawa luggage, lagilah dia segan.

"Ayrena masuk ikut pintu belakang je lah." Pemegang luggage dia genggam sebelum dia mula menapak untuk ke arah belakang banglo. Namun, serta merta Qash halang dengan kaki.

"Masuk je ikut pintu depan Ayrena. Lagipun nak segan apa, inikan rumah Ayrena juga. Bagi abang beg tu biar abang bawa sampai pintu." Qash ambil Luggage dari Ayrena dan mengiringi Ayrena hingga ke pintu utama.

"Masuklah!" Kuak pintu, Qash pinta Ayrena untuk masuk.

"Ramai ke tetamu papa, abang Qash?" Tutup pintu kembali, Ayrena tahan pemegang pintu dari luar. Kemudian dia lirik ke arah Keir Aqashah.

"Tak ramai pun, dalam tiga orang je."

"Tiga orang?" Bungkam. Ayrena mendekat ke arah Qash.

"Tiga orang tu Abang Qash cakap sikit? Sikit?" Menjengket. Ayrena tarik hujung Kolar T Shirt yang dipakai Qash.

"Sikit lah tu, tiga orang." Qash angkat kedua-dua tangan ke sisi bahu.

"Satu! Dua! Tiga! Ramai tu Abang Qash." Ayrena mula mengira. Setiap kali dia mengira, cermin mata bulat Qash dikatuk dengan hujung jari telunjuk.

Kepala Qash pula, berkali-kali ke belakang mengikut pengiraan Ayrena.

"Ini kenapa ni?" Menghentikan tindakan si Adik, kunci kereta disimpan ke dalam poket seluar. Elok tersangkut coat berwarna biru pekat di lengan kanan.

"Eh! Abang Ad. Bila sampai? Tak perasan pun." Lepaskan kolar Qash, Ayrena kibas-kibas bahagian yang berkedut.

"Tak perasan lah, kalau Ayrena sibuk membuli orang." Dijentik dahi si adik yang memang sudah berkerut.

"Mana ada membuli." Nafi Ayrena, disapu dahi yang terasa sengal.

"Say sorry!"

"Mana ada Ayrena buli."

"Say sorry, Ayrena." Tegas Adrian bersuara.

"It's okay Encik Adrian! Kitorang bergurau je. Nothing serious! Kan, Ayrena?"

"Itulah! Abang Ad ni, serius sangat. Tak nak kawan. Huh!" Teleng kepala. Ayrena terus menonong masuk.

Adrian dan Qash hanya bertingkah memandang Ayrena yang sudah menghilang ke dalam rumah.

"Budak ni! Ini, luggage ni siapa nak bawa? Kalau masuk bawa luggage takpe lah juga!"

"Luggage ni, biar saya hantarkan dalam bilik Cik Ayrena. Encik Adrian masuk lah." Senyum tipis, Qash tarik luggage ke arah tangga.

"Thanks Qash. Maafkan adik Aku. Biasalah, budak yang tak dewasa memang macam tu."

"Saya tak ambil hati pun Encik Adrian. Lagipun saya memang rapat dengan Ayrena. Jadi, saya rasa...There's no issues for that."

"Glad to hear that." Kulum senyum, Adrian Angguk perlahan-lahan.


"Aaaaaaaaaaaaaaa!"

Terkejut dengan jeritan Ayrena, Qash dan Adrian berlari ke arah dapur.

"Mama! Papa! Kenapa ni?" Soalan pertama yang terpacul dari bibir Adrian saat sampai di ruangan dapur berdekatan meja makan. Cemas Adrian saat melihat Ayrena yang sudah jatuh ke lantai dalam keadaan kepala di atas riba Puan Fateema.

"Mama pun terkejut sebab tiba-tiba Ayrena menjerit. Tak sangka pula sampai pengsan." Diusap-usap pipi Ayrena.

"Seram sangat ke muka kita Bos, sampai pengsan Cik Ayrena."

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now