PART 68

6.6K 375 9
                                    

"Bos!Bos! Bos!" Bob rempuh masuk ke dalam bilik Master Room.

"Bos buat apa?" Bob menyoal apabila mata dia dah tertancap pada biceps Darren.

Darren yang tengah pumping terus bangun dari lantai.


"Kau dah tahu apa aku buat, kan? Kenapa tanya lagi?" Atur nafas, Darren capai satu tuala kecil. Dia lap peluh yang masih tersisa.


"Kita kan ada gym kat bawah?"


"Suka hati aku lah nak bersenam dekat mana pun. Lagipun aku yang bersenam, bukannya kau."

Darren senyum senget apabila terlintas satu idea. 

"Bagus juga, kan Bob? Lagipun dah lama aku tak denda kau." Selak rambut ke atas, Darren pandang Bob yang dah kecut perut.


"S...saya baru jogging tadi, bos." Cantas Bob. Tak boleh! Tak boleh! Dah lama Bos tak buat perangai denda dia, tiba-tiba harini perangai lama muncul. Mampus dia! Silap-silap esok boleh kurus.


"Baguslah tu. Jogging lagi. Jom! Ikut aku jogging." Darren capai satu singlet hitam.


"Tapi bos! S...saya belum makan malam lagi." Bob cuba berdalih saat Darren dah paut lengan dia.


"Aku pun belum makan lagi. It's okay, kita sama-sama belum makan." Bob turun tangga dengan penuh paksaan. Muka dah tayang wajah cemberut.


"Bos tak nak. Tak nak!" Makin Bob berhenti dari melangkah, semakin Darren tarik lengan Bob.


"Bos nak pergi mana ni?"


"Jogging!"


"Woah! Jom! Nak ikut juga!" Ickey,Ezra,Kar,Kas dan Jo, Masing-masing dah pakai singlet hitam.

___________________


"Ayrena, nah!" Sushi king Atheena sua ke mulut Ayrena.

"Sedapnya!" Ayrena lap comot di bibir.

"Kita buka pizza pula." Kotak pizza dibawa keluar dari plastik.


"Best kan, berkelah malam-malam macam ni? Tak pernah di buat orang bentang tikar tepi pantai malam-malam."  Dia pandang Atheena yang dah serupa orang tak makan sebulan.


"Itulah! Tak dapat pergi Bali. Rasa angin-angin pantai pun jadilah." Lima potong pizza dia double. Terus disumbat pizza tersebut ke dalam mulut.


Ternganga Ayrena lihat tingkah Atheena.


"Unexpected!"

_________________


"Tak guna. Kau rampas dia dari aku. Tak guna punya Ayrena. Tak guna! Aku benci kau. Aku benci." Pasu bunga dari pegangan  dilempar ke tepi.

DUM!

Berderai pasu bunga di atas tangga.


"ARA!" Jerkahan Zahryd menyebabkan Ara tersentak.


ketap rahang, Ara menuruni anak tangga. Laju. Buang masa saja dia balik rumah. Hadap muka abang yang menyakitkan hati, lagi mendidih hati dia.


Dia capai helmet di atas meja. Jaket kulit berwarna merah yang dibaling di atas lantai dia kutip kembali dan sarung ke tubuh.



Laju saja Motorbike Zalikha Ammara susur keluar dari kawasan rumah. Saat ini, dia perlukan ketenangan.



Selepas saja dia dapat berita yang Ayrena Rosebell bakal berkahwin dengan lelaki pujaan hati dia, hati Ara terasa dirobek-robek oleh kawannya sendiri.


Kalau ikutkan rancangan Ara, dia dah berjumpa dan berkenalan dengan anak Darren. Darren pun pernah bertemu dengan dia banyak kali, tapi langsung Darren tidak perasan kehadiran dia.

"Hanya Ayrena saja yang dia perasan. Tak guna! Aku benci kau Ayrena. Aku benci kau." Jerit Ara dari dalam helmet. Hati dia pedih terasa dipasak sembilu.


Tidak dinafikan Ara sudah jatuh cinta pandang pertama dengan Darren saat Pertama kali dia nampak Darren di airport. Sampai lah dia dapat tahu dimana Darren tinggal dan Darren mempunyai seorang anak perempuan.

Namun, rancangan dia terus rosak saat dia ternampak Ayrena dengan Darren di Te amo Caffe tempoh hari. Bila dia tanya dengan pekerja Ayrena. Masing-masing jawab itu bakal suami Ayrena.

Kelajuan motorbike miliknya di lajukan lagi. Kini, sudah mencecah 30 kilometer perjalanan jauh daripada kawasan perumahan.  Itulah cara dia melepaskan amarahnya. Itu lah menjadi ubat dan itu jugalah pelali buat Zalikha Ammara.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now