"Cik Ayrena! Perkenalkan diri, saya Kuda. Panggil je saya kuda."

"Err...ku...ku...kuda!" Teragak-agak Ayrena hendak memanggil nama tersebut. Serba-salah pun ya.

"Mesti cik Ayrena confuse kan, eh ini kuda ke Jo sebab gigi diorang sama-sama jongang? Cik Ayrena jangan confuse dekat bahagian gigi je sama, yang lain semua lain." Ujar Bob tanpa bertapis.

"Eh tak, it's okay. I senang nak Ingat nama-nama orang. Nice to meet you Kuda."

"Seronok jumpa cik Ayrena juga. Tak sangka bos pergi Malaysia sebagai orang bujang tapi balik dah bawa isteri. Nampaknya saya kena pergi Malaysia baru jumpa jodoh mungkin."

"Kau kalau pergi Malaysia pun orang tak pandang, tak payahlah duduk je dalam rumah." Bob sampuk.

"At least aku ni bahagian gigi je tak berapa nak sempurna. Daripada kau, semua bahagian tak sempurna." Balas kuda pula. Sengaja nak memanaskan hati Bob.

"Apa kau cakap? Aku ni sempurna tahu tak. Sebab itu jadi anak buah kesayangan bos."

"Bos tak pernah cakap macam tu pun,"

"Kau tahu apa?"

__________________

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Hujung tongkat kesayangannya diketuk hingga berlaga di atas lantai. Ruangan bilik gelap itu hanya dihuni dengan bunyi tongkat yang diketuk. Hinggalah seseorang membuka pintu daripada luar.

"Boss,"

"Come in! What kind of information do you bring to me?"

"Boss, your grandson Mr Darren Del Lucca," cemas lelaki itu merapat ke arah Carlos.

Dalam cahaya samar, wajah Carlos yang serius dipandang dengan perasaan takut.

___________________

"Darren, saya ada sesuatu perkara ni yang nak dibincangkan." Ayrena duduk di birai katil.

"Is it important?"

"Kind of,"

"What's that?" Darren memusingkan tubuhnya. Pintu kaca beranda di biarkan terbuka luas. Beralun-alun rambut Ayrena menerima angin yang tiba-tiba menerjah masuk selepas Darren membuka sliding door tersebut.

Tengok Ayrena yang seperti sedang dalam dilema membangkitkan minat Darren untuk mendengar.

"Darren, pakailah baju. Saya tak boleh nak fokus nanti."

"Harini cuaca panas. So I'll be a little bit seksi,"

"Pakailah baju awak. Kita nak turun makan malam kan," Ayrena hulurkan singlet pada Darren.

"I'm already sweating, honey."

"Saya ni lagi berpeluh. Pakai baju ni lagi, seluar lagi. Ini lagi," Ayrena tunjukkan shawl yang baru dililit ringkas.

"We are different. I'm a man, and you are a woman,"

"Apa yang lain?"

"I've read many things about Islam. And in islam, grandpa said..."

"Haa, grandpa said?"

"Grandpa said every woman should cover her aurat like mama Luna and grandma, they always wear a turban or something to cover their hair before going out."  Darren bercerita.

"Betul apa yang grandpa kata," Ayrena mengangguk setuju.

"Darren, lama dah ke keluarga awak masuk Islam?"

"Before I was born. It's been a long time right. Papa dengan Grandpa pun dulu macam aku, tersesat sikit. Keluarga aku, adalah keluarga yang mengamalkan tradisi mafia turun temurun."

"Macam mana boleh kenal tentang Islam?" Tanya Ayrena lebih berminat.

"Maid grandpa daripada Saudi Arabia. Daripada dialah grandpa, grandma, mama dengan papa kenal about Islam."

"Ouh. Boleh saya nak tanya lagi satu soalan?"

"Tanya lebih pun boleh, honey. Kau ada masa seumur hidup kau untuk hidup dengan aku."

"Kalau grandpa dengan keluarga awak peluk Islam, maknanya Carlos seorang je Atheist?"

"Yes, actually panjang ceritanya kalau nak cerita pasal orang tua tu. Tapi kalau nak dipendekkan aku cuba pendekkan. Satu masa dulu ada dua pasangan bahagia yang memerintah satu kumpulan mafia yang diberi nama scorpion. Itulah moyang aku. Mereka hidup bahagia sampai ada dua orang anak yang bernama Dario dan Carlos. Dario itu grandpa. Grandpa dengan Carlos adalah dua beradik yang lahir untuk hidup bertanding siapa yang lebih bagus dan kuat. Diorang hidup bergaduh macam tu sampai lah moyang aku mati."

Ayrena masih mendengar dengan penuh teliti.
"Lepas je moyang aku mati, Grandpa dengan Carlos decide untuk pecahkan kumpulan scorpion kepada dua. Di mana satu kumpulan di bawah kuasa grandpa yang nama kumpulan tersebut masih dikekalkan hingga ke hari ini iaitu scorpion. Dan Carlos pula berkuasa pada satu lagi kumpulan yang diberikan nama black Eagle yang juga wujud hingga sekarang."

"Ouh, kiranya diorang bergaduh disebabkan kuasa je?"

"Kalau terlampau taksub kan kekuasaan kemegahan, manusia sanggup buat apa saja, Ayrena."

"Beberapa tahun berlalu dengan pantas sampai lah grandpa kahwin dengan grandma dan dapat papa. Lansung Carlos tak melawat. Sampailah papa dengan mama pula kahwin. Masa mama tengah mengandungkan aku, Carlos tiba-tiba muncul. Daripada situ semua perancangan licik orang tua tu bermula."

"Biar saya teka. Dia nak tukarkan awak dengan kedamaian dan keamanan keluarga, kan? Dia boleh nak berdamai dengan syarat kena bagi awak pada dia?" Jawapan Ayrena tepat. Darren tersenyum kecil dengan mengangguk perlahan.

"That's my wife,"

"Hurm,"

"Now your turn, apa dia yang penting tadi?" Ayrena kejung. Patutkah dia buka cerita tentang kejadian di Turki beberapa tahun yang lepas? Macam mana kalau Darren pun dah tak ingat dia? Buat malu je!

"Kita makan dululah, nanti lepas dinner saya cakap."

________

"Uncle Bob dengan uncle horse buat apa?" Polos Mia bertanya pada Bob dan Kuda yang sedang melekap di satu pintu bilik yang tertulis king.

Di telinga masing-masing ada Stethoscope yang elok tersangkut.

"Ouh, menghendap papa dengan mama ya," Mia cekak pinggang.

"Mia senyap, uncle tengah busy ni,"

Klak!

"Huh,"

"Lagi sekali, Bob?"

"B...bos kuda ni bos dia meracuni fikiran saya."

"Mana ada bos! Err... pintu ni problem."

"Kenapa dengan pintu ni! Pedih ulu hati ke?" Soal Darren pula.

"Bukan bos,"

"Lama aku tak denda korang berdua, kan?" Darren melangkah ke arah tangga diikuti dengan Mia, Ayrena, Kuda dan Bob.

"Bos saya tak bersalah. Saya jamin saya tak bersalah." Bob pertahankan diri. Habislah dia kalau bos denda.

"200 kali. Macam biasa, pumping dekat kolam."

"Bos, tak nak!"

"Saya tak bersalah!"

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now