"Kan, lepas ni aku cuci mata kat rumah kau jelah."

Atheena bersandar di bahu Ayrena.

"Haih,"

"Bos, bos tak rasa ke ada orang yang memerhati kita dari jauh? Seram sejuk saya rasa bos," Bob melihat sekeliling. Daripada tadi lagi dia rasa tidak senang duduk.

"Bob, kau handle sekejap. Aku nak masuk dalam." Satu arahan diberikan sebelum Darren berlalu pergi.

"Baik bos! Ha, korang dengar kan apa bos cakap? Bos suruh aku ambil alih tempat bos." Bob berjalan sambil tangan diletakkan di belakang pinggang.

"Bos suruh ganti sekejap je pun,"

"Kau senyap, baru masuk group ni dah nak menjawab cakap orang besar," Bob naik melenting.

"Memang besar pun,"

"Apa kau cakap? Berani kau mengutuk aku? Kau tahu aku ni siapa? Aku ni pekerja kesayangan bos tahu tak? Aku Bob!"

_______

"Kalau kau pilih yang mana?" Ayrena menyoal.

"Kalau aku, nak yang tu. Lelaki tu nampak handsome. Rambut blonde macam tu memang taste aku." Jari telunjuk Atheena dihalakan pada salah seorang lelaki tidak berbaju yang sedang training.

"Itu bukan ke Ezra?" Berkerut kening Ayrena.

"Ha'ah, tapi aku tak nak Ezra. Aku nak yang lagi handsome dari Ezra tu,"

"Bukan main lagi demand kau,"

"Of course lah! Kalau kau pula, nak pilih yang mana?"

"Kalau aku, aku nak yang..." Ayrena mula memandang satu persatu dari segerombolan lelaki yang sedang memanaskan badan.

"Ehem! Ehem!" Satu suara garau membuatkan Ayrena hilang arah.

"Apa kau ni Atheena tanya yang bukan-bukan pula. Aku kan dah kahwin,"

"Haih, tadi masa kau puji-puji tu tak ingat pula dah kahwin?" Bibir Atheena mengherot memandang Ayrena.

"Bila bangun?"

"T...tadi,"

"Hurm, dah makan?"

"B...belum lagi."

"Pergilah makan. Atheena kau pun pergi makan. Jo dah hidangkan dekat dapur." Pesan Darren. Kakinya mula melangkah untuk bergerak.

"Darren, awak tak makan ke?"

"Aku dah makan dengan yang lain tadi. Lagi satu sebelum aku terlupa, Mia dah balik France semalam dengan Ace."

"Ouh,okay!"

"Darren,"

"Hurm,"

Atheena menjadi penonton tidak berbayar. Hanya memerhati moment yang terasa janggal antara sepasang suami isteri di hadapannya.

"Ayrena aku pergi dapur dulu. Haus,"
Atheena mula melangkah.

"Darren,"

"Hurm," mendekat. Ayrena menghapus jarak antara dia dan Darren.

"Terima kasih untuk semalam. Kalau awak tak datang, mungkin saya dengan Atheena dah..."

"Shhhh," laju Darren memotong ayat Ayrena. Jari telunjuknya dilekapkan pada bibir merah sang isteri.

"Tak perlu nak ingat apa yang dah lepas. Aku selamatkan kau sebab aku dah janji untuk jaga dan lindungi kau. Your safety is my responsibility, Ayrena. Ada sebab kenapa kau tak boleh keluar sesuka hati. Bukannya aku nak kurung atau kongkong hidup kau." Kepala Ayrena dielus lembut.

Ayrena mencebik. Rasa terharu dan serba-salah kian bersatu.

"Is it hurt?" Luka di tepi bibir Ayrena ditilik dengan hujung jari.

"Semalam je sakit sebab kena tampar. Sekarang dah tak rasa,"

"Good to hear that! Go have breakfast first. If you need anything, just let me know."

"Okay,"

__________

Udara pagi kian bertukar kepada panas terik dengan kehadiran cahaya matahari yang mula memancar di setiap sudut.

"Aku tengok tanah dekat belakang mansion ni luas. Jual lah dekat aku." Pujuk Atheena seraya berjalan beriringan dengan Ayrena menuju kawasan belakang mansion.

"Kau ni, memanglah luas. Aku dah rancang dah nanti, aku nak buat taman dekat belakang ni." Luah Ayrena pula sambil mengukur keluasan kawasan dengan menggunakan tangan.

"Habislah rumah aku," Darren, Bob, Ickey dan Ezra menjadi pemerhati dan pendengar antara perbualan Ayrena dan Atheena. Dapat mereka dengar dengan jelas perbincangan Ayrena dan Atheena meskipun daripada beranda tingkat dua.

"Bob picit kuat sikit. Makan banyak dah, mana tenaga kau pergi?"

"Baik bos," Bob duduk di tepi meja. Kedua tangannya gigih memicit kaki Darren. Ickey dan Ezra pula berdiri tegak di sebelah kerusi yang Darren sedang duduk.

Ayrena dan Atheena masih berjalan sambil melihat keluasan tanah.

"Kau nak buat taman apa?" Hairan! Atheena menyoal Ayrena.

"Taman permainan."

"Kau ni dah besar buat apa nak buat taman permainan?"

"Biarlah, ini taman permainan untuk anak-anak aku nanti, tak perlu susah-susah nak pergi taman lain." Sambung Ayrena apabila Atheena seakan tidak percaya.

"Nampaknya isteri bos sangat protective." Tutur Ickey dengan senyuman tipis.

"Taman permainan tu, kalau untuk sorang dua bolehlah." Atheena bersuara lagi.

"Siapa cakap sorang dua?" Terangkat kepala Ayrena.

"Woah!" Bob sudah melopong. Kalau bukan seorang atau dua orang, berapa agaknya anak bos nanti?

"So nak berapa orang?" Sengaja Atheena tanya.

"Mungkin 4,"

"4 je? Kalau aku nak lima orang anak. Sebab aku nak lagi better dari kau."

"Kalau kau lima orang anak aku nak enam," Tambah Ayrena tidak mahu kalah.

"Kalau macam tu aku tujuh."

"Then, aku nak lapan."

"Kalau aku sembilan?"

"Aku boleh lebih dari kau, sepuluh orang." Kuat Ayrena bercakap.

Sejurus itu, Atheena pandang ke arah belakang. Tempat di mana Darren duduk berehat. Atheena angkat tangan membuat simbol Goodluck pada Darren.

Darren turut membalas simbol tangan yang sama dan ditujukan pada Atheena.

Ayrena berpusing kebelakang. Ekor matanya berjaya menangkap figura Darren dan pekerjanya yang turut berada di beranda.

"Kalau nak lebih lagi pun boleh," Jerit Darren kuat. Merona merah pipi Ayrena mendengar jeritan Darren.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang dia ada dekat situ? Aku ingatkan tiada orang. Memalukan!" Ayrena mengejar Atheena yang sudah mula berlari laju.

____________

Suasana di meja makan hanya sunyi sepi. Cuma kedengaran bunyi sudu dan garfu yang saling berlaga.

"Ehem! Ehem!" Atheena berdehem. Sepanjang mereka semua memulakan makan malam, dia perasan yang Ayrena makan dalam keadaan tertunduk-tunduk.

"Macam mana nak sepuluh orang kalau macam ni?" Sakat Atheena berselang dengan senyuman lebar dari Ezra dan yang lain.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now