"Tak pasti, saya pergi contact yang lain kejap," langkah Ickey mati disebabkan tangan Darren menghalang.

"Call kuda, suruh dia pergi check rumah Erica."

"Baik, bos!"

___________

"Jadi kau nak cakap yang mafia tu betul-betul wujud?" Atheena melopong.

"Mengikut daripada apa yang aku faham, ya."

"Cuba kau tanya Darren, dia ada tak mana-mana kawan ke atau kenalan yang berminat untuk cari pasangan. Mana tahu aku ada peluang," Atheena angkat kedua-dua kening tebalnya berkali-kali.

"Kau ni, aku punyalah terkejut masa tahu Darren tu siapa, kau boleh teruja sampai macam ni?"

"What? Aku teruja sebab selama ni drama mafia yang aku selalu tengok tu, betul-betul wujud. Mafia tu betul-betul ada."

Vroom!

Vroom!

Vroom!

Vroom!

Daripada jauh sudah kedengaran bunyi ekzos van berwarna hitam. Sehinggalah van tersebut berhenti secara tiba-tiba di belakang mereka. 

Pintu van terbuka dengan luas sebelum muncul dua orang lelaki yang keluar daripada van.

"Cik berdua kenapa duduk dekat sini? Kereta rosak ke?"

"Eh, tak rosak pun. Saja berhenti sekejap, nak ambik angin segar."

"Ayrena,"

"Apa? Betullah, dah nampak kita tersadai dekat sini, lagi tanya pula."

"Encik, maaf ya. Encik tahu tak bengkel kereta yang terdekat? Sebab kereta saya tiba-tiba buat hal, tak nak hidup."

"Saya tahu, masuklah. Saya boleh tolong hantarkan. Lagipun dekat sini bahaya. Kawasan ni keras sikit. Lebih baik cik berdua ikut kami naik van ni, sebab kedai tu boleh dikatakan jauh juga. Kami nak tolong pun, kami tak tahu macam mana nak baiki kereta."

"Ouh, jauh eh?" Ayrena cekak pinggang sambil tengok jalan lurus yang gelap gelita. Apa lagi pilihan yang mereka ada?

"Jom Ayrena. Ambil barang-barang kau. Sekejap je kita tumpang. Nanti jumpa bengkel kita turun,"

Van berwarna hitam mula dipandu dan keluar daripada kawasan jalan shortcut yang Atheena gunakan.

"Nah, air mineral. Minumlah, mesti cik berdua haus kan?"

"Thanks," rakus Ayrena dan Atheena minum air mineral yang diberi.

Lima minit kemudian, Ayrena dan Atheena sudah pun tidak sedarkan diri. Hanya kedengaran bunyi dengkuran mereka berdua di dalam van.

"Hello, aku dah culik perempuan tu. Kerja aku dah selesai. Bagi aku bahagian aku."

__________

"Ayrena!"

"Ayrena!"

Sayup kedengaran suara Atheena. Perlahan-lahan Ayrena buka kelopak mata yang memberat.

"Ouchh! Atheena, kita dah sampai bengkel tu ke?"

"Ayrena, aku rasa kita diculik."

"Diculik?" Ayrena angkat kepala. Keadaan sekeliling diamati dengan fokus.

"Bangunan apa ni?"

"Tak tahu, sekarang ni kita kena fikir macam mana nak lari dengan kena ikat macam ni,"

Ayrena tilik diri sendiri. Ekor mata terhenti pada tali yang terikat pada tangan dan kaki.

"Ayrena kau boleh tolong gunakan tenaga kau pula untuk longgarkan tali ni? Aku rasa sesak! Daripada tadi aku cuba, tak lepas. Cuba kau pula,"

"Tak lepas," Ayrena menggeleng. Mereka berdua diikat bersama. Namun diletakkan dalam keadaan saling membelakangkan. Ayrena diikat menghadap dinding belah kiri. Atheena pula diletakkan menghadap dinding belah kanan.

"Ini ke orang kata bercakap belakang?"

"Tak seronok lah bercakap pandang dinding ni,"

"Help!"

"Tolong!"

"Help!"

"Tolong!"

Tidak lama kemudian, terlihat seorang lelaki berbadan besar masuk ke dalam bilik usang itu.

"Woi, kau!" Jerit Atheena

"Woi!" Ayrena menyambung.

"Kau yang gemuk tu," tambah Atheena lagi.

"Haa, kau! Kau lah, jangan buat-buat tak nampak." Ayrena tambah ayat.

"Siapa gemuk?" Soal lelaki itu.

"Eh, tanya kitorang pula."

"Entah, tak tahu! Tak tahu!"

"Diam! Aku tak suka perempuan bising."

"Sure ke kitorang perempuan?"

"Kitorang pun tak suka lelaki macam kau,"

"Baik kau diam, sebelum aku..."

"Sebelum apa?"

"Takutnya, takutnya, garangnya you."

"Kau tunggu sini, aku panggil kawan aku biar dia ajar korang berdua."

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Kde žijí příběhy. Začni objevovat