BAB 49

256 14 0
                                    

Qafeel melangkah ke garaj kereta. Kunci kereta dikeluarkan daripada poket seluar lalu enjin kereta dihidupkan.

Dia bergerak pula ke belakang kereta. Membuka but belakang untuk memasukkan beg pakaian. Melihatkan si isteri sedang berjalan menuju ke arahnya sambil menarik bagasi, laju bibirnya menyoal.

"Semua barang dah ada ni? Check betul-betul,"

Inara anggukan kepala. Dia yakin semua barang yang ingin dibawa sudah dimasukkan ke dalam bagasi.

Bagasi milik Inara dimasukkan ke dalam but kereta. Setelah semua beg pakaian berada dalam but tersebut, barulah dia menutupnya semula. Badan dipalingkan menghadap si isteri.

"Nanti kalau dah tengah jalan baru tersedar ada barang tertinggal, hubby taknak layan dah nak patah balik semula," ujar Qafeel seraya dua jarinya mengepit hidung Inara.

Perjalanan nanti bakal mengambil masa yang panjang. Daripada Kuala Lumpur ke Terengganu bukanlah dekat jaraknya. Tambah pula, sekarang musim cuti sekolah. Sudah pasti jalan menuju ke pantai timur itu akan sesak.

Selesai sahaja menghadiri majlis perkahwinan pembantu peribadinya, mereka akan terus berada di jalan tanpa pulang ke rumah semula. Sementara mereka masih lagi berada di rumah, eloklah dia memperingatkan wanita itu.

"Janganlah, hubby. Sakitlah. Kalau ada barang tertinggal, beli jelah yang baru kat sana nanti," jawab Inara mudah. Lengan Qafeel dicubit supaya lelaki itu melepaskan hidungnya. Segera dia menapak masuk ke dalam kereta.

Qafeel ketawa kecil. Suka betul dapat melihat wajah cemberut Inara.

Baru sahaja kereta yang dinaiki melepasi separuh pintu pagar rumah, Inara tiba-tiba bersuara.

"Eh, kejap-kejap! Mana hadiah untuk kak Su? Hubby ambil ke tak?" Inara berpaling ke belakang. Paperbag yang berisi hadiah itu tiada di kerusi belakang. Lantas kepala dipalingkan ke arah Qafeel. Riak wajah itu sudah cuak sedikit.

"Err, honey ada beritahu hubby ke?" soal Qafeel pula, mahu membela diri. Rasanya tiada pula isterinya memesan supaya mengambil apa-apa.

"Ada lah! Hubby ni! Tunggu kejap, honey pergi ambil,"

Qafeel memerhati Inara yang bergegas masuk ke dalam rumah melalui cermin pandang sisi. Tak perlu pesan, dia tak tinggal pun wanita itu.

Handbrake diturunkan lalu kereta digerakkan ke kaki lima jalan. Memarkirnya di situ.

Qafeel menongkat dagu pada stereng kereta sementara menunggu Inara muncul membawa hadiah.

"Ingatkan dah tinggal tadi," ujar Inara seraya menutup pintu kereta. Berdebar juga apabila kereta yang dipandu suaminya sudah tiada di halaman masuk.

"Hubby mana pernah tinggal honey. Lainlah orang tu..."

Inara mengecilkan mata sambil memandang ke arah Qafeel. Perli dia ke?

"Dah-dah, jom gerak. Kita dah lambat ni." segera dia menukar topik perbualan.









【✿】








Suraya menuruni tangga dengan berhati-hati. Takut tersalah langkah, tidak pasal-pasal dia bergolek jatuh di tangga pentas pelamin. Gaun pengantin yang dipakainya bukan main lagi meleret.

Dia bergerak ke tepi pentas. Kesan peluh di muka dilap lembut dengan sehelai tisu. Tidak boleh berkasar, nanti hilang pula makeup yang sudah tercalit. Kipas mini dihalakan tepat ke muka.

Fuh, segar rasanya!

Seketika, bebola matanya melilau ke serata tempat. Melihatkan para tetamu yang hadir seronok menjamu selera tanpa menghadapi sebarang masalah, rasa syukur memenuhi ruang hatinya. Lega apabila semuanya berjalan lancar. Bagus juga cadangan suaminya mahu mengadakan majlis di sini.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora