BAB 11

771 41 0
                                    


"Apahal kau tiba-tiba ajak jumpa ni? Siap suruh isteri aku datang sekali ni" tanya Ayden setelah mengambil tempat di hadapan Qafeel manakala isterinya pula duduk di sebelahnya.

"Order dulu lah" sahut Qafeel. Kalau dah lapar, macam mana nak bercerita kan.

Mereka bertiga mula memesan makanan apabila pelayan bergerak ke meja.

"So, ceritalah cepat" desak Ayden. Tidak sabar ingin mendengar cerita daripada sahabatnya.

"I need your help, lagi-lagi isteri kau" kata Qafeel dengan nada tegas.

Berkerut dahi pasangan itu apabila mendengar permintaan Qafeel.

"For what?" Kedengaran serius nada suara Ayden. Jika hal itu melibatkan isterinya, dia perlu bertegas. Tidak mahu sebarang masalah timbul dalam rumah tangga mereka kelak.

Qafeel berdehem sebelum membuka cerita apa yang telah terjadi. Dia cuma berharap agar Ayden dan Siti tidak terlalu terkejut dengannya. Dia menceritakan dari awal sampai akhir.

Ayden dan Siti pula hanya sekadar menjadi pendengar dan tidak menyampuk.

"Seriously, awak lamar Inara?!" Siti seolah-olah tidak percaya walaupun sudah mendengar segala apa yang diceritakan.

Qafeel menganggukkan kepalanya. Sebab itulah dia memerlukan pertolongan Siti kerana Siti merupakan kawan baik Inara.

"Tapi kenapa tiba-tiba ni?" soal Ayden pula. Pelik dengan sikap sahabatnya, kalau dulu langsung tak kesah hal berkaitan perkahwinan.

"Mama aku lah, dah tak sabar sangat nak tengok aku kahwin kononnya. Masa sarapan pagi tadi, dia ada cakap yang dia nak kenalkan aku dengan anak kepada kawan dia. Lepastu aku cakaplah yang aku taknak, then dia main ugut-ugut pula" Qafeel berhenti dahulu seketika sebelum menyambung percakapannya.

"Kalau aku tak kenalkan seorang pun perempuan dalam masa sebulan dekat mama aku, dia akan paksa aku kahwin dengan menantu pilihan dia" keluh Qafeel setelah habis berkata.

"Tapi kenapa Inara yang awak pilih?"

"Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia baik dengan opah saya kot" beritahu Qafeel. Dia sendiri pun keliru dengan perasaannya, tidak tahu sama ada dia sememangnya punya rasa ataupun tidak pada Inara. Cuma ada satu rasa yang aneh timbul apabila dia berada dekat dengan gadis itu.

"Habistu, kau nak suruh isteri aku buat apa?" celah Ayden pula.

"Aku cuma nak tanya pasal Inara. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Cuba nak ambil hati dia dalam masa dua minggu ni" ujarnya. Mungkin dengan cara itu, dia boleh mengenali Inara dengan lebih mendalam.

Siti hanya memerhati sahaja wajah Qafeel, mencari keikhlasan disebaliknya.

"Bukan saya taknak tolong, tapi saya rasa mungkin hati Inara memang susah dah nak dilembutkan. Dia ada sebab kenapa jadi macam tu" jujur Siti berkata.

Keluhan keluar dari mulutnya. Sedari tadi, dia asyik memikirkan tentang Inara. Apa yang harus dia katakan kepada Qafeel, walhal dia sendiri pun tidak mahu peristiwa itu dibangkitkan semula.

Ayden dan Qafeel memandang ke arah Siti seolah-olah meminta penjelasan.

"Sebenarnya..."







【✿】







Inara berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton drama bersiri yang disiarkan di televisyen.

Entah apa drama yang disiarkan, langsung tidak tertarik olehnya. Fikirannya jauh menerawang ke lain. Keresahan dalam diri langsung tidak hilang sejak dia berada di tempat kerja lagi.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now