BAB 43

554 26 0
                                    

Gugusan kunci yang berada di tangan dihalakan ke sebuah pintu bilik lalu satu anak kunci dimasukkan ke lubang kunci. Sejurus badan melepasi pintu, pintu itu kembali ditutup.

Kaki terus menapak ke arah katil. Plastik yang berisikan nasi bungkus dan sebotol air mineral diletakkan di meja tepi katil.

Wanita yang masih ketiduran di atas katil itu dipandangnya lama. Ada satu rasa yang sedang membuak dalam dirinya ketika menatap tubuh itu. Senyuman menyeringai timbul di wajahnya apabila mengingatkan semula rancangan yang telah dirancang.

"Oii, bangunlah. Sampai bila kau nak membuta?" Soalnya sambil jari dipetik di hadapan wajah Inara. Dasar perempuan! Dah tengah hari pun, tak bangun lagi! Sedap sangat ke tidur atas katil usang macam ni?

"Oii..."

Tiger menolak badan Inara sedikit kuat. Geram apabila wanita itu masih tidak sedarkan diri lagi daripada lena. Namun, tetap juga Inara tidak terganggu dengan tindakan lelaki itu.

Tiger merengus kasar. Air mineral yang dibawa dikeluarkan dari plastik lalu penutup botol itu dipulas. Kemudian, air mineral itu dituangkan sedikit ke telapak tangan dan direnjis kan ke muka Inara. Dia mengulang beberapa kali hinggalah wanita itu mula menunjukkan reaksi terhadapnya.

"Ermm..."

Keluar rengekan kecil dari ulas bibir itu. Inara membuka matanya sedikit demi sedikit. Seolah ada percikan air di wajahnya yang menyebabkan tidurnya terganggu. Kepalanya diangkat sedikit ke atas. Bumbung tempat ni bocor ke?

SRAP!

Pita pelekat yang dilekatkan di mulutnya ditarik kasar oleh satu tangan.

"Argh!!" Inara menjerit kesakitan. Matanya tertutup rapat. Rambutnya kembali ditarik kasar oleh orang yang sama.

"Kau ni kan, asal payah sangat nak bangun, hah?! Kau saja je kan nak suruh aku guna cara kasar?!" Rambut ikal mayang itu semakin ditarik kasar olehnya sehingga kepala itu seolah mendongak ke atas. Senyuman puas terlakar di bibirnya. Dia seronok melihat wanita itu terseksa dengan caranya.

Melihatkan air mata yang keluar dari tubir mata itu, dia segera melepaskan semula cengkaman tangannya di rambut itu secara mengejut. Akibatnya, kepala Inara terhantuk kuat di kepala katil itu.

Inara memejamkan matanya. Sakit yang dirasakannya teramatlah sakit. Dari semalam dia tidak henti-henti menerima pukulan daripada lelaki yang bernama Tiger itu. Mungkin sekarang kalau wajahnya dilihat melalui cermin, rasanya sudah penuh lebam di wajahnya. Pipinya yang menerima tamparan daripada lelaki itu masih terasa pijar nya. Semalaman dia terpaksa menahan sakit seorang diri.

Qafeel mana? Di mana suaminya saat dirinya betul-betul memerlukan bantuan?

Adakah lelaki itu sudah tidak kesah akan dirinya?

"Kau termenung apa lagi?! Makanlah! Buka mulut kau ni!" Sudu yang berada di tangan ditonyoh kuat supaya bibir itu membuka ruang.

Tanpa banyak soal, Inara turutkan saja kemahuan Tiger. Bimbang sekiranya nahas yang bakal diterima jika tidak menurut kata lelaki itu. Tubuhnya juga yang akan sakit nanti.

Mulutnya dibuka perlahan-lahan. Nasi yang disudukan oleh Tiger dikunyah nya bersama linangan air mata. Nasi itu ditelannya juga walaupun seleranya tiada. Dia takut. Tolonglah, seseorang selamatkan dirinya daripada lelaki kejam ini!

"Makan pun susah! Kau ni sepatutnya bersyukur sebab aku dah layan kau sebaik ni! Ke kau nak makan macam anjing kurap makan?!"

Ugutan yang keluar dari mulut itu semakin membuatkan Inara takut. Tolonglah, jangan layan dia sehina itu!

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now