BAB 46

405 22 4
                                    

Kepala ditoleh sedikit ke kanan, memberi salam pertama. Usai solat, sejadah dilipat dan diletakkan di atas meja tepi katil. Dia selesai menunaikan solat fardhu Isyak.

Qafeel membuang pandang ke arah si isteri. Sedari tadi wanita itu terlalu asyik dengan telefon di tangan.

"Honey tengok apa tu?" Soal Qafeel seraya menjengahkan sedikit kepala untuk melihat skrin telefon itu.

Inara tidak menghiraukan pertanyaan itu. Fokusnya masih terhadap telefon yang jelas memaparkan siri drama Korea yang bertajuk 'King The Land'.

Kepala digeleng perlahan. Hai, isterinya. Tidak puas-puas dengan drama Korea. Tengah-tengah sakit pun masih boleh lagi nak layan.

Badannya turut dibaringkan bersebelahan si isteri. Tangan diselitkan di bahagian pinggang, merangkul ke dalam pelukan. Alang-alang dah isterinya menonton drama, apa salahnya kalau dia mahu tumpang sekaki. Biarpun dia tidak faham sepatah habuk apa yang didengarnya, tapi layankan sajalah.

"Boleh tak jangan dekat dengan saya?" Menyampah rasanya apabila Qafeel cuba untuk bermesra dengannya. Lelaki itu tidak sedar lagikah bahawa mereka sedang tidak baik-baik saja?

Qafeel pekakkan telinga. Kalau wanita itu mahu mengamuk sekalipun, dia tidak kesah. Makin dia kemaskan pelukan ada lah. Sudahya, Inara hanya mengalah. Dibiarkan saja tangan itu melilit pinggangnya walaupun sedikit rimas.

Sunyi sepi ruangan itu. Empat mata fokus melayan siri drama itu. Seronok menonton, tiba-tiba perut salah seorang daripada mereka berbunyi.

Qafeel tersengih. "Honey lapar ke?"

Inara membuat tidak endah walaupun kenyataannya memang betul dia sedang lapar. Nak buat macam mana, ego lebih disanjungya tika ini. Sanggup berlapar daripada merendahkan sedikit egonya.

Qafeel turun dari katil. Dompet dan kunci kereta dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Inara memandang ke arah pintu yang sudah tertutup. "Dia nak pergi belikan aku makanan ke?"


Satu jam kemudian,

Qafeel kembali semula ke hospital bersama beberapa plastik lut sinar di tangan.

Inara memandang ke arah plastik-plastik itu. Banyaklah juga, ada dalam lebih kurang empat plastik semuanya. Senyum yang hampir timbul tenggelam semula apabila terpandangkan hanya satu bungkus polisterina yang ada di dalam plastik.

Inara memuncungkan bibir. Qafeel tak belikan apa-apa makanan untuknya? Sampai hati.

Bebola matanya hanya melihat Qafeel yang sedang membuka polisterina itu. Buka sahaja, aroma nasi goreng kampung terus menusuk ke dalam hidung Inara. Masih berasap panas lagi nasi goreng itu. Mat ai, kecur air liurnya!

Kurang asam betul Qafeel. Sudahlah tidak membelikan apa-apa makanan untuknya. Eh, boleh pula lelaki itu membelikan makanan kesukaannya hanya untuk diri itu sendiri. Huh!

Doa makan dibaca sebelum sesudu nasi disuakan ke dalam mulut. Qafeel menikmati nasi goreng kampung yang dibelinya. Inara yang berada di hadapannya tidak dihiraukan. Suapan masih diteruskan.

Melihatkan wajah itu terkulat-kulat seperti mahu meminta, bibirnya tergerak untuk bertanya.

"Kenapa honey? Lapar ke? Tadi hubby tanya tak nak jawab. Ingatkan honey tak lapar, sebabtu hubby beli sebungkus je." Soalnya sambil mengunyah.

"Tak, mana ada! Saya tak laparlah." Inara terus menyelubungkan badannya ke dalam selimut. Sakit hati pula dengan pertanyaan suaminya itu. Lebih baik dia tidur, biarlah perut lapar sekalipun. Esok-esok hilanglah lapar tu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang