BAB 28

644 46 4
                                    

Pagi hari, azan subuh yang berkumandang di corong masjid mula mengejutkan Qafeel dari lena nya.

Terpisat-pisat lelaki itu mahu mencelikkan matanya. Rasa ingin meneruskan kembali tidurnya semakin bertambah apabila rasa sejuk menguasai diri. Tangannya beralih ke kiri katil meraba-raba isi sebelahnya.

"Honey..." isterinya dipanggil. Dengan nada suara serak basah, cukup memikat hati yang mendengarnya.

Menyedari akan ruang di sebelahnya telahpun kosong, terus terbuka luas kelopak matanya. Qafeel memandang ke segenap bilik itu namun bayang isterinya tidak kelihatan. Timbul rasa risau di hati, dia segera bangkit dari baring dan menapak laju untuk keluar dari bilik itu.

Baru sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu, ada seseorang yang sudah membukanya dari luar bilik. Muncul Inara disebalik pintu itu.

Inara mengerutkan dahinya melihat sosok tubuh itu. Ingatkan tak bangun tidur lagi. Dia naik semula ke tingkat atas pun semata-mata untuk mengejutkan suaminya.

"Honey pergi mana?" soal Qafeel. Rasa risau terus berlalu pergi setelah melihat sosok isterinya di depan mata.

"Dapur" ringkas Inara membalasnya. Tiada rasa mahu membalas dengan lebih panjang memandangkan dia masih terasa dengan kata-kata suaminya.

"Awak mandilah dulu, nanti kita solat sama-sama"

Permintaan itu dituruti oleh Qafeel. Tuala mandi dicapainya sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik air. Alhamdulillah isterinya masih sudi untuk solat berjemaah bersamanya.

Inara berlalu semula ke tingkat bawah. Mulai hari ini dan seterusnya, dia perlu bangun lebih awal untuk menyediakan sarapan pagi kepada suaminya. Suaminya bakal bekerja semula setelah lama bercuti sejak dari awal perkahwinan mereka.

Selesai saja membersihkan diri, kain pelikat dan t-shirt lengan pendek disarungkan ke badan. Rambut diraup ke belakang sebelum songkok diletakkan di kepala. Sementara menunggu isterinya keluar dari bilik air, Qafeel membantu menghamparkan sejadah menghadap kiblat.

Setelah memastikan Inara sudah bersedia, mereka mula menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Selesai menunaikan solat subuh, tangan diangkat dan doa dibacakan.

Qafeel berpaling ke belakang menghadap si isteri setelah doa diaminkan. Tangannya dihulurkan ke arah isterinya.

Inara menyambut huluran tangan suaminya. Satu ciuman dilabuhkan di situ. Qafeel tersenyum halus. Isterinya masih hormatkan dirinya sebagai seorang suami.

Bibirnya didekatkan ke kepala si isteri. Ubun kepala wanita itu diciumnya lembut. Inara simpan senyum. Walaupun dia masih terasa hati, namun entah kenapa hatinya terasa tenang apabila berada dalam keadaan begitu.

"Honey dah tahu kan yang hubby dah start kerja balik harini? soalnya mahukan kepastian. Sekadar bertanya sahaja, manalah tahu isterinya terlupa akan hal itu.

"Tahu"

"Boleh tolong hubby bersiap?"

Inara tidak membalas. Jawapan bagi soalan itu masih difikirkannya. Sama ada mahu ataupun tidak. Wajah suaminya dipandang. Terselit harapan di wajah itu seolah-olah mahu dia mengiyakannya.

"Boー boleh"

Terbias senyuman di bibir lelaki itu setelah dia mengiyakannya.

"Thank you, honey. I love you"  kata Qafeel kegirangan. Isterinya mahu membantunya, jadi peluang untuk bermanja sudah terbuka luas untuknya.

"Awak pakailah baju dulu. Saya nak ke dapur sekejap. Nanti saya tolong"

"Kalau honey tolong pakaikan, boleh tak?"

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now