BAB 34

542 40 0
                                    

"Inara Nur Safiya"

Panggilan itu terus menyentakkan Inara yang sedang ralit bermain telefon pintarnya.

Wajah segera diangkat untuk melihat gerangan yang menyebut nama penuhnya. Membulat besar matanya tatkala wajah itu sedang tersenyum nipis memandangnya. Wajah yang sudah lama menghilang dari pandangannya, dan mungkin sudah luput dari hidupnya.

Figura itu berdehem perlahan.

"Hi Inara" Sapanya lagi.

Inara tidak membalas sapaan itu, sebaliknya keluhan kecil pula yang keluar dari celah bibirnya. Kenapa? Kenapa lelaki itu tiba-tiba saja muncul dalam hidupnya?

"Faris..." Setelah sekian lama dia tidak menyebut nama itu, akhirnya hari ini nama itu kembali meniti di bibirnya.

Faris tersenyum senget apabila Inara tidak mengendahkan sapaannya. Tanpa bertanya, dia terus melabuhkan punggung di ruang kosong bersebelahan wanita itu. Tidak betah berdiri lama-lama.

Inara yang jelas terkejut dengan tindakan Faris itu terus mencipta ruang yang agak besar di antara mereka. Dia sudah tidak sedap hati, wajahnya dipalingkan ke kiri dan kanan. Keadaan mereka sekarang ini sudah semestinya boleh menimbulkan salah faham, terutama sekali jika dilihat oleh suaminya.

"Dah lama kan kita tak berjumpa? You apa khabar sekarang? Sihat?"

"Aku sihat ke tak sihat ke, semua tu tak ada kena mengena dengan kau" Dingin Inara membalasnya. Wajahnya langsung tidak menguntumkan senyuman, sebaliknya hanyalah keruhan di wajah. Api yang sudah lama terpadam dalam dirinya seolah-olah mula marak kembali. Tangannya mula mengepal penumbuk.

"You masih marahkan I?" Soal Faris ingin tahu. Mana mungkin wanita itu sudah melupakan apa yang berlaku di antara mereka dahulu. Lihat dari riak wajah itu saja, rasanya marah itu masih lagi bersarang di hati. Matanya beralih pula pada jemari halus itu.

"You dah kahwin?" Soalnya agak terkejut. Jadi, lelaki itu ialah suami kepada Inara? Patutlah sedari tadi lelaki itu asyik membontoti langkah wanita itu saja.

"Kenapa kau tiba-tiba muncul balik?! Tak senang tengok aku bahagia? Ke kau memang dah pasang niat nak hancurkan balik hidup aku?" Soal Inara keras. Nada suaranya cuba dikawal sebaiknya memandangkan mereka berada di kawasan umum. Wajahnya langsung tidak dikalihkan ke sebelah, hanya memandang depan saja. Tidak hingin melihat wajah yang sudah lama dibencinya.

"Sumpah, I langsung tak ada niat macam tu. I just nak tegur you je" Balas Faris menafikan apa yang difikirkan oleh Inara. Kepalanya digelengkan. Jauh benar wanita itu berfikir. Salah ke niatnya untuk bertegur sapa?

Senyuman sinis dilorekkan di bibir. Inara terdiam seketika sebelum bibirnya mula ketawa halus. Lucu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Faris. Adakah lelaki itu masih lagi berfikir bahawa dirinya terlalu senang untuk diperbodohkan?

Kalau dulu, memang iya. Dia terlalu bodoh hinggakan akhirnya diri sendiri yang terpaksa menanggung semua yang berlaku.

"Apa kata kau blah dari sini sekarang? Dan jangan pernah muncul lagi dalam hidup aku!"

Faris terkesima mendengar permintaan yang meluncur keluar dari mulut Inara. Wanita itu terlalu membencinya sampaikan dirinya dihalau dari situ. Perubahan wanita itu juga sangat ketara. Berbeza dengan Inara yang dikenalinya dulu, yang sangat berlemah-lembut dalam percakapan. Tipu lah kalau dia tidak terasa hati dengan layanan wanita itu terhadapnya.

"Tapi I-"

"Stop, aku taknak dengar apa-apa lagi"

Tidak sempat Faris meneruskan kata, Inara sudah terlebih dahulu memotongnya.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें