BAB 7

838 47 6
                                    

            Jam loceng yang berada di nightstand table sudah menunjukkan angka dua pagi. Namun Qafeel masih terasa segar dan tidak mengantuk. Keluhan keluar dari bibirnya. Susah betul matanya nak dilelapkan malam ini, biasanya dia seorang yang mudah terlena.

Postur badannya sentiasa beralih bagi mendapatkan posisi yang selesa. Sekejap mengiring ke sebelah kiri, sekejap ke sebelah kanan. Sudah beberapa kali mata cuba dipejamkan namun ia tetap berdegil ingin berjaga. Qafeel menegakkan badan dan bersandar di kepala katil.

Dia termenung seketika. Kejadian petang tadi mula berlegar di fikirannya.

"Kenapa aku rasa lain bila pandang kau?" Qafeel menggigit jari telunjuknya. Rasa berdebar itu muncul setiap kali dia melihat wajah polos gadis itu.

Perasaannya kuat mengatakan bahawa dia pernah bertemu gadis itu sebelum ini. Iras wajah itu seolah-olah dikenalinya.

Tapi kat mana?

Dia cuba mengingati semula namun tiada apa yang boleh dikaitkan dengan gadis itu.

Ada apa-apa yang dia terlepas pandang ke sebelum ni?

Malas mahu menyerabutkan kepala, Qafeel membaringkan semula tubuhnya ke tilam empuk itu. Tangan dilekapkan pada dahi.

Sudah pasti esok dia akan terlewat ke tempat kerja.






【✿】






"Hai tuan, kenapa harini lambat datang kerja. Biasanya awal-awal pagi dah terpacak dekat pejabat" kerusi di meja itu diduduki Suraya.

Qafeel memandang Suraya yang tersengih-sengih itu. Dia nak perli aku ke apa ni?

"Tuan ada apa-apa hubungan ke dengan Inara?" soal Suraya tiba-tiba.

Terangkat kening Qafeel apabila mendengar soalan itu. Takkan disebabkan kejadian semalam, wanita itu mengganggap dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Inara.

Bukannya dia sengaja nak dukung anak dara orang.

"Sebenarnya tuan sukakan Inara kan? Janganlah malu-malu, akak boleh tolong tuan pikat hati Inara. Akak ni pro tau kalau hal-hal ni" usik Suraya. Dia bukannya budak kecil untuk tidak menyedari semua tu. Kalau tak suka, kenapa kerap sangat gadis itu dipanggil. Malahan kopi buatan Inara sudah menjadi pilihan bosnya manakala kopi buatannya pula tidak dipandang lagi. Sedih kan.

"Jangan nak mengarut pagi-pagi ni. Akak dah siapkan kerja ke belum? Rancak sangat berborak kat sini nampak" Qafeel menempelak Suraya.

Aduhh kak Su ni, dah-dahlah tu usik. Aku pula yang rasa malu ni.

Suraya tersenyum halus apabila melihat cuping telinga bosnya yang mulai kemerahan. Usik sikit dah gelabah.

"Harini tuan ada perjumpaan dengan klien kan? Apa kata harini tuan bawa Inara. Boleh celah-celah masa dengan dia" Cadangnya. Dia pula boleh rehat di pejabat, bijak kan!

"Amboi! Macam akak lah pulak bos"







【✿】






Inara menyorokkan mukanya disebalik fail apabila melihat sosok tubuh itu mula mendekati mejanya. Dia pura-pura menyibukkan diri.

Apalagi mamat ni nak, dahlah tak hilang lagi rasa malu ni.

"Jom ikut saya jumpa klien" Qafeel berlalu pergi meninggalkan Inara yang sedang terpinga-pinga.

Eh? ikut juga idea mengarut Suraya! Nampak gaya dah boleh rehat dah ni!

Inara mengerutkan dahi. Sisi kepala digarunya. Bukan ke tu tugas kak Su? Kenapa aku kena ikut sekali?

Kini mereka tiba di sebuah restoran mewah. Kaki melangkah masuk ke dalam dan menuju ke sebuah meja yang berada di penjuru restoran itu. Agak terlindung daripada pandangan orang ramai.

Inara memerhati aksesori yang terdapat di restoran itu. Cukup mewah dan mahal baginya. Rasa teruja terbit dalam diri memandangkan ini merupakan kali pertama dia memijakkan kaki ke tempat ni.

Ekor mata Qafeel melirik Inara yang berada di sebelahnya. Apalah yang menarik di mata gadis itu hinggakan wajah itu tampak begitu teruja sekali.

"Dah lama sampai?" seorang lelaki lingkungan usia 50-an mula menegur mereka berdua.

Inara hanya memerhati Qafeel bersalaman dengan lelaki itu. Terdapat seorang lagi jejaka yang agak tampan berada di belakang lelaki itu.

Mereka berdua mula mengambil tempat di hadapan Inara dan Qafeel.

"Ini Dato' Borhan dan yang ni Irsyad" Qafeel memberitahu Inara memandangkan gadis itu masih belum mengenali mereka.

Inara mempamerkan senyuman manis kepada Dato'Borhan dan Irsyad sebagai tanda perkenalan.

Mereka berempat membuat pesanan terlebih dahulu sebelum memasuki sesi perbincangan memandangkan itu adalah cadangan daripada Dato'Borhan sendiri.

Topik utama mereka mula dibahaskan oleh Dato'Borhan dan Qafeel. Mereka berdua sibuk berbincang manakala Inara dan Irsyad hanya mendengar dan tidak menyampuk.

Inara menjeling tajam Irsyad. Sedari tadi, lelaki itu asyik memandangnya dengan senyuman gatal malahan kaki lelaki itu langsung tidak boleh duduk diam. Asyik bergesel di kakinya saja membuatkan dia tidak berasa selesa. Sudah beberapa kali dia cuba mengalihkan kaki agar tidak bersentuhan dengan lelaki itu.

Kalau bukan kerana Irsyad itu merupakan klien bosnya, dah lama tangannya naik melayangkan tamparan ke muka itu. Dia mula merapatkan jaraknya dengan Qafeel. Rasa selamat sikit!

Qafeel menunakkan pandangan ke arah Irsyad apabila menyedari perubahan di wajah Inara. Jelas gadis itu tidak selesa dengan keadaan sekarang ini. Menyesal pula dia membawa gadis itu bersama.

Dia sendiri tidak senang dengan perilaku Irsyad yang jenis kaki perempuan itu. Lebih baik dia datang seorang diri saja kalau tahu Dato'Borhan datang bersama anaknya yang ini.

Qafeel segera mempercepatkan proses perbincangannya. Kasihan pula melihat gadis itu diperlakukan sebegitu rupa.







【✿】






"Awak okey ke tak?" Qafeel bertanya seraya memandang ke arah Inara. Gadis itu hanya mendiamkan diri sejak mereka berlalu dari restoran itu. Pandangan di luar tingkap lebih menarik perhatian gadis itu.

"Dia memang jenis macam tu ke? Geram betul saya. Nasiblah saya sabar, kalau tak dah lama pipi dia saya tampar" Inara mendengus geram. Sudah lama ditahan rasa marah itu dalam hati agar tidak membuak keluar. Lelaki bernama Irsyad itu memang tiada adab dan kurang ajar. Langsung tidak menghormatinya sebagai seorang perempuan.

Qafeel tertawa kecil mendengar rungutan daripada Inara. Dengan muka cemberut yang ditayang gadis itu, cukup membuatnya geli hati. Marah-marah pun comel juga.

Eh dah kenapa pula abang Qafeel ni? ಠಿ_ಠ

Berkerut dahi Inara apabila mendengar lelaki itu hanya tertawa. Lawak ke apa yang dia cakap tadi? Memuncung mulutnya apabila dirinya digelakkan.

"Saya minta maaflah kalau awak tak selesa sepanjang perbincangan tadi" pinta Qafeel serba salah.

"Awak tak salah, yang salahnya lelaki tu. Kalau saya jumpa balik laki tu, lunyai saya kerjakan nanti" Inara melepaskan geramnya dengan menumbuk-numbuk beg tangannya. Kalau itu muka Irsyad, mungkin dah lebam agaknya akibat penumbuk sulung Inara.

Qafeel hanya melihat kelakuan Inara yang serupa budak kecil itu. Terbit senyuman nipis di bibirnya. Kelakar juga minah ni.

Qafeel menukar haluan kereta. Dia sudah merancang untuk singgah di sebuah tempat dahulu sebelum pulang semula ke pejabat.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Inara apabila kereta yang dipandu Qafeel menghala ke laluan yang bertentangan dengan pejabat.

"Somewhere"

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now