BAB 35

451 34 4
                                    

"Arghh, habis semua kerja aku kena buat! Itu lah ini lah! Dah tak ada orang lain ke?!"

Fikirannya kusut. Semua yang terpendam di hati diluahkan. Mulut tidak habis mengeluarkan kata-kata cemuhan dan makian. Kertas yang berada di tangan digumpal lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Faris melabuhkan duduk di sebuah bangku berdekatan. Rambutnya diraup kasar. Dia betul-betul stress dengan segala kerja yang perlu diuruskannya. Lama-lama dia dah tak boleh tahan dengan semua ini.

Keluhan keluar dari celahan bibir. Pandangannya dihalakan ke sebuah tasik. Tenang. Lebih damai rasanya berbanding dengan berada di tempat kerja. Sengaja dia curi-curi keluar untuk menenangkan diri. Sekurang-kurangnya hilang lah sakit kepalanya ini.

Sedang menikmati angin yang bertiup, telinganya menangkap sesuatu bunyi. Terus dia melangkah ke arah bunyi itu.

"Aiskrim coklat satu, bang"

Selesai membayar, dia menapak semula ke bangku yang didudukinya tadi. Faris menikmati aiskrim yang dibelinya. Memang kenalah tekaknya dengan aiskrim memandangkan sekarang cuaca panas.

"AHAHAHAHA!!"

Hilai tawa seseorang menyapa halwa telinga. Kerutan di dahi terlakar. Faris memandang sekeliling, mencari arah bunyi itu. Entah mengapa dia tiba-tiba tertarik untuk mengetahuinya.

Senyuman terbit di wajahnya. Dua orang gadis yang berada tidak jauh dari tempatnya diperhati. Galak mereka berdua ketawa sesama sendiri sambil berada di bawah pohon redup.

"Cantik!" Getus hatinya. Wajah salah seorang daripada dua gadis itu ditatap nya  penuh minat. Faris leka memandang tanpa menghiraukan aiskrim yang sudah mencair di tangan.

"Apa yang diorang buat tu?" Tindak-tanduk dua gadis itu terus diperhati. Nampak seperti mereka sedang menemu ramah orang-orang yang berada di kawasan ini.

"Nak try  tegur ke?" Faris diam memikirkannya. Kalau dia tegur, mungkin ada peluang untuknya berkenalan dengan gadis itu.

"Eehh, dah cair!" Aiskrim itu terus dibuangkan ke dalam tong sampah. Faris menapak ke tandas awam. Kemejanya yang sudah terkena cairan aiskrim coklat segera dibilas dengan air. Wajahnya ditilik pada cermin. Rambut dirapikan agar kelihatan segak.

Keluar sahaja dari tandas, kakinya terus melangkah ke arah targetnya.

"Hai!" Faris menyapa terlebih dahulu. Eh, mana seorang lagi?

Gadis itu segera bangun dari duduknya. Wajah Faris dipandangnya. Dia datang sini?

"Err... Hai" Balasnya agak kekok. Pelik apabila oleh ditegur oleh lelaki itu. Dia perasan ke?

Faris berdehem perlahan.

"Oh, sebenarnya I dah lama perhatikan you dua orang, looks like you guys nampak busy  semacam. So, I saja nak tanya, you dua orang tengah buat apa?" Tutur Faris bagi menghilangkan rasa kekok diantara mereka.

"Ooo macam tu. Saya dengan kawan saya sedang temu ramah orang-orang kat sini untuk assignment kitaorang..."

Faris hanya memerhati wajah itu. Penerangan yang diberikan langsung tidak diendahkannya, ibarat ditiup angin lalu. Wajah manis itu lebih menarik baginya.

"Encik... encik??" Gadis itu mula melambaikan tangannya di hadapan wajah Faris.

"Err... Ya?" Faris segera mengalihkan pandangannya. Sedar akan keterlanjurannya kerana terlalu menatap wajah manis itu.

"Oh, by the way my name's Faris. Tak perlu berencik-encik"

"Nama saya Inara" Inara memperkenalkan dirinya. Wajahnya menunduk malu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant