BAB 1

1.8K 92 0
                                    

"Ara Oh Ara!! Turun dapur kejap, nak. Mak nak minta tolong kamu sikit ni." Terdengar suara jeritan daripada bahagian dapur rumah itu.

Diam tiada sahutan.

"Ara, turun dapur kejap!" Mak Samah memanggil sekali lagi nama anak perempuan bongsunya itu. Niatnya memanggil kerana ingin menyuruh anaknya pergi ke kedai pak Mat untuk membeli barang dapur. Banyak pulak barang yang dia lupa beli semasa dia ke pasar pagi tadi.



Lima minit kemudian



Tiada derapan kaki. Tiada sahutan. Senyap dan sunyi.

"Haih budak ni, memang nak kena gamaknya. Takkan tak bangun tidur lagi. Dah pukul berapa dah ni..." Bebel mak Samah.

Bukannya dia tak kenal perangai anak bongsunya itu, suka sangat melayan drama korea hingga larut malam. Kadang-kadang suara ketawa dan menangis menyapa gegendang telinga tika dirinya melalui tepi bilik anaknya. Entah apalah yang dilayankan sampaikan sanggup bersekam mata di malam hari. Bukanlah dirinya tidak mengizinkan anaknya untuk berhibur, namun setiap perkara pasti ada batasnya.

Dia juga pernah menonton beberapa siri drama korea yang ditayangkan di televisyen, apa salahnya kalau nak melayan sekali sekala.

Mak Samah berleter seorang diri di dapur sambil ditemani kucing peliharaannya, Tamtam. Sambil tangannya lincah memotong sayur untuk dimasak, mulutnya tidak kurang juga mengeluarkan kata-kata leteran. Sudah menjadi nasib si Tamtam mendengar tuannya itu membebel di sepanjang masa. Namun demi sesuap Whiskas, dia sanggup.

"Ini kalau dibiarkan makin melarat nantikan, baik aku pergi naik atas sekarang." Mak Samah terpaksa menghentikan kerjanya sebentar.

Kakinya laju melangkah menuju ke arah tangga. Belum sempat mak Samah memijakkan kaki ke tangga atas, bunyi enjin motor milik pak Samad mula kedengaran di halaman rumah. Pak Samad yang baru sahaja pulang dari masjid terus memarkir motornya di garaj rumahnya.

"Assalamualaikum." Pak Samad memberi salam sebelum memasuki bahagian dapur.

Selepas mengambil tempat di meja makan, matanya mula dihidangkan dengan wajah cemberut isterinya. Otaknya mula berasa hairan dengan sikap isterinya. Kebiasaannya, isterinya itu elok sahaja.

"Awak ni dah kenapa? Jarang-jarang awak berubah perangai macam ni. Tadi rasanya sebelum saya ke masjid, awak ni elok aje?" pak Samad bertanya kepada isterinya.

Dah tua-tua pun moody  jugak ke?

"Anak kesayangan awak tu lah, dah pukul dah berapa ni, tak bangun-bangun lagi. Dah menggelegak hati saya ni tunggu dia bangun. Saya ni nak suruh dia pergi beli barang dapur pulak." Adu mak Samah kepada suaminya.

"Ni saya nak tanya awak pulak, kenapa balik lambat sangat? Biasanya kuliah dekat masjid habis dalam pukul 10.30 kan?" Giliran mak Samah pula menyoal.

"Saya tolong budak Mail tu hantar motor dekat bengkel, tiba-tiba motor dia tak boleh nak hidup." Beritahu pak Samad.

Kan tak pasal-pasal isterinya bersangka buruk pulak. Difikirnya dirinya mengorat si Timah, janda anak tiga tu. Orang perempuan ni memang tak lepas daripada bahagian overthinking. Diorang punya overthinking, susah nak terangkan.

"Takkanlah saya balik lambat, awak dah rindu kat saya?" Pak Samad mula menyakat isterinya.

Itulah salah satu rutin harian pak Samad. Asyik nak mengusik mak Samah aje kerjanya. Dah tua-tua pun masih nak bersawit-sawit dengan isteri.

"Saya tak rindu pun awak, saya cuma risaukan keselamatan awak je. Mana lah tahu jadi apa-apa dekat awak." Mak Samah menjawab dengan nada malas.

"Eh, tolong kejutkan anak bertuah awak tu. Dah tengah hari dah ni." Pinta mak Samah. Cepat-cepat otaknya menukar topik agar tidak berlarutan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now