BAB 31

595 40 6
                                    

Siti melangkah terlebih dahulu ke hadapan.

Inara turut mengikuti langkah sahabatnya dari belakang. Lenguh kakinya mahu mengejar langkah besar wanita itu. Laju betul berjalan!

Dalam pada kaki sedang bergerak,mulutnya juga tidak lepas daripada berbunyi merungut.

"Kau nak pergi mana ni?!"

"Tingkat tiga" Ringkas Siti membalas pertanyaan itu. Tak boleh beritahu lebih-lebih, nanti ter spoil  pula!

"Tingkat tiga? Buat apa? Apa kata kita pergi makan dulu, nak tak?"

Siti tidak menghiraukan cadangan itu, sebaliknya dibiarkan saja dibawa angin lalu. Telinganya sengaja dipekakkan. Kakinya mempercepatkan lagi langkah menaiki escalator.

Terus memuncung sedepa bibir munggil itu kerana pertanyaannya tidak dibalas. Wajah cemberut terus ditayangkan di wajah sambil mengikuti sahabatnya ke tingkat atas.

"Jom masuk sini!" Siti menarik tangan Inara dan menuju masuk ke dalam sebuah butik. Ada perkara yang perlu dilakukannya di sini.

"Kau nak beli apa kat sini?" Pakaian yang berada di butik itu dipandangnya. Cantik memang cantik, tapi harganya boleh tahan cantik juga.

"Bukan aku, tapi kau..."

Kerutan terus terbentuk di dahi licin Inara setelah mendengar kata-kata itu. Pegangan tangan mereka dileraikannya. Badan Siti dipusingkan menghadapnya seraya tangannya dilekapkan di kedua-dua pipi itu.

"Hei, kau mengarut apa ni. Kau yang heret aku datang sini" Inara membetulkan kata-kata itu. Pipi itu dicubit nya bagi menyedarkan wanita itu. Bukan setakat itu sahaja, badan genit Siti turut digoncang nya.

Tadi bukan ke Siti yang beria-ia mahu mengajaknya ke sini, alih-alih dia pula yang dijadikan sebab kenapa mereka berada di butik ini.

Pekerja-pekerja yang bekerja di butik itu sudah mula memandang ke arah mereka berdua. Pelik dengan sikap pelanggan mereka yang berada di pintu masuk butik.

"Cuba kau pergi tegur" Salah seorang pekerja mula membuka mulut.

"Ha sekejap" Langkah terus diatur ke arah dua wanita itu.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Pekerja yang bernama Wati itu menyapa dengan lembut.

Siti dan Inara terus berpaling serentak ke arah Wati. Terus pegangan di pipi Siti dilepaskan. Bahu sahabatnya disenggol perlahan, meminta supaya mulut itu membalas pertanyaan pekerja di hadapan mereka.

"Err—"

"Boleh tunjukkan kami koleksi dress terbaru?" Soal Siti.

"Boleh, silakan masuk"

Inara dan Siti membontoti langkah Wati masuk ke dalam butik itu. Sofa yang tersedia di ruangan menunggu diduduki oleh mereka. Koleksi majalah yang berada di atas meja diambil lalu dibeleknya. Terdapat pelbagai jenis dress yang berbeza corak terpapar di muka majalah.

Inara hanya melihat gelagat wanita di sebelahnya yang ligat membelek halaman majalah itu. Dia tidak pula terasa ingin melihat mana-mana majalah, cukuplah sekadar cuci mata melihat dress yang sudah tergantung itu.

"Boleh tahan banyak juga duit kawan aku ni..." Inara bermonolog sendirian. Mana tak banyak duitnya, nak beli dress pun masuk butik mahal-mahal dan berjenama.

"Ini antara koleksi terbaru daripada kami" Wati menunjukkan ke arah dress dress yang dibawa keluar oleh pekerja yang lain.

"Untuk koleksi kali ini, kami lebih menekankan aspek flora di setiap dress. Material dress kami sangat lembut dan tak panas. Sesuai untuk dipakai dimana-mana majlis keramaian" Terang Wati lagi.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now