BAB 38

315 16 0
                                    

Bilik bacaan yang berada di tingkat dua dituju. Pintu bilik itu dibuka luas.

"Eh, gelap?" Timbul tanda tanya di hati kecilnya apabila bilik itu gelap gelita. Tangan terus menekan suis lampu bagi menerangi ruangan itu. Matanya tetap melilau ke segenap ruang mencari seseorang.

Namun hampa. Wanita yang dicarinya tiada di situ. Sisi kepala mula digaru perlahan. Naik hairan pula ke mana isterinya berada. Kebiasaannya, wanita itu akan berada di bilik bacaan setiap kali selepas pukul 10 malam. Sudah menjadi rutin harian bagi isterinya untuk menghabiskan masa dengan membaca novel-novel di situ. Maklumlah, setiap kali wanita itu mahu menghabiskan bacaan di kamar beradu mereka, sudah pasti ada sahaja yang akan diganggunya. Jadi sebab itulah bilik bacaan selalu menjadi tempat untuk isterinya melepak.

"Honey...ooo...honey..." Qafeel menyeru kuat panggilan manja itu. Sofa di ruang tamu tingkat dua didudukinya. Dia sudah putus asa mahu mencari isterinya. Manalah wanita itu menyorok agaknya.

"Honey...ooo...honey..." Panggilan itu masih diulangi nya lagi.

Tidak lama, derapan kaki menuju ke tingkat atas mula kedengaran. Qafeel berpaling ke arah bahagian tangga. Muncul isterinya dengan wajah mencuka serta tangan bercekak di pinggang.

"Hubby cakap nak tolong sidaikan baju. Tapi kenapa baju-baju tak bersidai lagi kat ampaian?" Soal Inara penuh geram. Wajah terkulat-kulat itu dipandangnya tajam. Tadi bukan main lagi suaminya sudi mahu membantunya menyidai pakaian. Alih-alih pakaian yang sudah dibasuh itu masih lagi berada di dalam bakul dan tidak tersentuh.

"Ala, sorry sorry... My mistake, okay?" Qafeel tersengih-sengih meminta maaf. Patutlah dari tadi lagi dia asyik memikirkan sesuatu. Rupanya tugas itu masih belum dibuatnya.

"Honey, meh lah duduk sini kejap. Duduk kat sini, tepi hubby." Ruang di sebelahnya ditepuk-tepuk.

Inara memutarkan bebola matanya ke atas. Buat baik macam tu pasti ada udang di sebalik mee. Ada lah benda yang dimahukan oleh lelaki itu. Tanpa banyak bunyi, kakinya terus menapak ke sofa yang diduduki oleh suaminya. Punggung dilabuhkan di sebelah Qafeel.

"Ha, nak apa ni?" Soalnya.

Qafeel berfikir sejenak. Dia perlu menyusun ayat terlebih dahulu sebelum membuka mulut. Bimbang kalau-kalau soalan yang bakal ditanyakan nanti boleh menimbulkan salah faham atau menguris hati kecil wanita itu.

"Hei, termenung pulak!" Peha Qafeel ditepuknya sedikit kuat. Tadi bukan main panggil suruh duduk sini. Sekarang ni lelaki itu pula sibuk termenung. Haih, tak fahamlah.

"Erm... Honey jangan salah faham tau. Hubby cuma nak tanya... Macam mana honey dengan Faris boleh putus dulu?" Soal Qafeel penuh berhati-hati. Dia bukan mahu membuka cerita lama, namun entahlah. Dia tiba-tiba terasa ingin mengetahuinya.

Riak wajah Inara terus bertukar sejurus soalan itu ditanya. Bibirnya terus mati daripada senyuman. Wajah Qafeel dipandangnya seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Melihatkan perubahan mendadak di wajah itu, rasa bersalah terus timbul di hati.

"Honey tak perlu jawab soalan tu kalau honey rasa tak selesa. Hubby takkan paksa. Hubby cuー" Qafeel tidak menghabiskan ayatnya. Dia bingung dan pelik mengapa Inara tiba-tiba ketawa kecil.

"Usik sikit dah gelabah. Tak apa, honey faham. Lagipun honey dah lama bersedia untuk ini." Ujar Inara bersama tawa yang masih tersisa. Sebenarnya dia sudah agak yang suatu hari nanti pasti lelaki itu akan menyoalkan perihal itu. Sejak daripada pertemuan itu, dia sudah bersedia untuk membuka kenangan pahit itu walaupun sedikit sebanyak hati kecilnya masih lagi terasa sakitnya.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now