Habis saja pengumuman dibuat, ekor mata Ayrena menangkap kerlipan cahaya yang menyakitkan mata. Yang jelas cahaya itu merah dan berkelip-kelip. Ayrena bergerak menuju ke arah cahaya tersebut.

Baru dua langkah Ayrena mara, elektrik sudah kembali kepada sediakala.

Cahaya merah tadi sudah tiada. Namun, Ayrena masih berjalan mengikut arah cahaya merah tadi.

Cahaya itu datang daripada frame gambar Darren yang tergantung di dinding.

Ayrena tersenyum sendiri.
"Handsome betul," Hujung jari ingin mengambil frame tersebut. Namun, terhalang. Frame itu melekat.

"Aik?" Ayrena masih berusaha menarik gambar tersebut. Namun, tidak berjaya.

Pengakhirannya dia sendiri yang putus asa.

"Sudah lah! Mana ada orang gam frame kat dinding. Siapa je yang nak curi frame gambar?" Bagai berkata pada diri sendiri, Ayrena tekup bibir. Terasa pula dia!

Hujung frame tertolak ke kiri. Membuatkan frame gambar itu senget.

"Alamak! Gam dia terjabut ke?" Cuak. Ayrena betulkan kembali ke kedudukan asal.

"Aik? Tak tercabut pun." Sekali lagi Ayrena tolak frame itu ke kiri. Dia ulang perkara yang sama banyak kali. Yang pelik setiap kali dia tolak ke kiri setiap kali itulah ada bunyi sesuatu.

Ayrena menoleh ke belakang. Mencari dari mana bunyi itu datang. Kemudian, dia tolak lagi sekali frame itu ke arah kiri, dan bunyi itu datang dari arah cermin melintang yang bertentangan dengannya sekarang.

"Ada cermin je." Ayrena mendekat ke arah cermin tersebut. Hingga permukaan cermin betul-betul bersentuhan dengan hidungnya.

Tengah ralit Ayrena tekap wajah sendiri di cermin, sekali lagi rumah itu bergelap.

"Huh?" Ayrena berundur ke belakang.
Terkejut! Terkejut dengan apa yang dilihat di hadapan mata.

Bahagian cermin yang berbentuk horizontal tadi, bertukar dan bercahaya merah. Dapat Ayrena lihat dengan jelas pelbagai jenis senjata api yang ada di sebalik cermin itu.

Pucat tidak berdarah, Ayrena tersandar di pintu almari.

End flashback

"Ayrena!"

"Ayrena!" Suara Darren menyentak Ayrena kembali ke realiti.

"Huh," Ayrena lansung berdiri. Pandangan ditetapkan pada wajah Darren.

"Kenapa duduk dekat sini?" Darren menyoal.

"Saja, bosan. Saya tunggu mama siap buat cookies. Saya nak tolong tapi mama tak bagi. Mama suruh saya main jauh-jauh. Nak main tapi itulah, geng saya tidur." Jawab Ayrena panjang lebar.

Ayrena tayang reaksi biasa.
Lebih baik dia sendiri yang mencari jawapan siapa sebenarnya Darren.

"Siapa geng kau? Bob dengan Grandpa?"

"Iyalah, siapa lagi?"

"Tchh! Whatever. Aku naik dulu, nak mandi. Panas sangat cuaca harini."

"Hurm, saya pun nak turun bawah. Nak makan cookies mama." Baru nak bergerak turun, lengan Ayrena dipaut dari belakang.

"Kenapa?"

"Kau sure ke nak makan cookies mama? Yakin?"

"Yes. Mama buat, mestilah saya nak makan."

"Aku prefer kau tak makan. Biar papa je yang makan. Papa je yang boleh bertahan." Pesan Darren sebelum hilangkan diri dari pandangan Ayrena.

"Kenapa pula?" Berkerut dahi Ayrena. Pesanan Darren di imbas sekali lalu.

"Eh Grandma. Tak tidur lagi ke?" Tegur Ayrena bila Grandma turun dari tingkat atas. 

"Belum, Ayrena. Grandma tak mengantuk lagi. Grandpa tu berkeruh kuat sangat, sampai grandma tak boleh tidur. Entah apa yang dimimpikan itu." Bebelan Grandma berbalas dengan senyuman kecil Ayrena. Comel betul Grandma bila membebel.

"Ayrena? Kenapa tak tidur lagi? Darren tak balik lagi ke?"

"Dah, Darren dah balik. Baru je sampai. Ayrena tengah tunggu cookies mama. Mama buat cookies hari ni. Mama cakap mama nak buat cookies red velvet. Dah siap dah rasanya tu."

"Luna buat cookies?"

"Ha'ah Grandma. Jom..." Sepantas kilat Grandma berpusing kembali naik tangga.

"Eh Grandma,"

"It's okay. Grandma dah mengantuk balik. Grandma masuk bilik dulu."

"Haih!"

"Ayrena, cookies dah siap. Sinilah!" Panggil mama daripada dapur.

"Ya, mama."
Segera Ayrena melangkah ke dapur.

"Tadaaa!" Luna meletakkan satu dulang cookies di hadapan Ayrena. Melopong mulut Ayrena!

"W...wahh! C...cookies coklat ke ni? Dark chocolate ke mama?" 

"Tak! Red velvet cookies. Rasalah!"

"R...red velvet? Ayrena ambil satu." Teragak-agak Ayrena sua cookies ke mulut.

"Ambil banyak lagi. Satu mana cukup."

"C...cukup ni." Baru satu gigitan sudah buat Ayrena meremang.

"Hurmm," kembang kempis hidung Ayrena. Reaksi dikawal sebaik mungkin. Tanpa mengunyah Ayrena telan penuh paksa.

"Cookies ni terlebih suhu ke mama?"

"Eh, tidak. Memang warna dia macam ni." Tersenyum lebar Luna melihat Ayrena makan.

"Mama nampak happy."

"Mestilah mama happy. Ayrena orang kedua yang makan masakan mama."

Hampir terkeluar semula cookies dari mulut Ayrena.

"Kedua?"

"Hurm," Luna mengangguk.

"Orang pertama Dante. Orang kedua, Ayrena. Kalau mama masak, semua orang tak nak makan. Darren pun sama."

Termenung Ayrena sambil makan cookies. Patutlah Darren cakap hanya papa yang boleh bertahan.






Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now