"It's my fault. I am sorry. I am really sorry. Kalau aku beritahu mama daripada awal, semua ni mungkin tak akan jadi. Tapi, kau jangan risau, mama okay je. Mama tanya daripada semalam, kau okay ke tidak, dah sedar ke belum.  Daripada semalam juga mama minta maaf pada aku."

"Mama awak tak marah ke? Sorry. Saya tak sengaja. Lagipun mama awak tak cakap pun, yang dia mama awak. Saya ingatkan dia scandal awak. Saya tanya elok-elok yang dia tu siapa. Dia yang cakap dia scandal awak."

"Nothing to apologise. Bukan salah sesiapa pun. Dah jadi pun, dan dah tak boleh di ubah. Jadi, kau pergi mandi dulu. Semua orang dah tunggu dekat bawah. Semua nak breakfast sama-sama."

Ayrena akur mendengar arahan Darren.

"Nak pergi mana?" Soal Darren, apabila melihat Ayrena mahu keluar dari bilik.

"Saya nak mandilah. Tadi suruh mandi. Bilik saya dekat sebelah sana. Mandi dekat sini, bukannya ada baju pun." Ayrena mendongak kembali pandang Darren. Apa lagi lelaki itu mahu. Tadi suruh dia pergi mandi.

"Mandi je dekat bilik ni. Lagipun family aku ada, nanti apa pula yang diorang cakap. Sepanjang family aku dekat sini, kau kena duduk dekat bilik ni, faham. Aku dah pindahkan separuh baju kau dekat dalam wardrobe room tu."

"Ouh...okay" Ayrena angguk kepala lagi. Reaksi wajah biasa saja yang terpamer di hadapan Darren namun, tidak di dalam hati. Sudah bersorak riang! Berdua-duaan dengan Darren adalah perkara yang paling dia suka.

______

"Haa! Dah turun dah bos dengan cik Ayrena." Bob memerhatikan tindakan sepasang suami isteri yang berjalan rapat menuruni anak tangga. Kedudukan tangan Ayrena terletak kemas di lengan kiri Darren. Darren pula langsung tidak menepis.

"Mama, Papa, Grandpa and Grandma. This is my wife, Ayrena Rosebell. Honey, this is my family. Berbaik, okay. Treat them well." Darren berkata perlahan, tetapi cukup didengari oleh beberapa pasang telinga yang ada di ruang makan.

Ayrena ukir senyum lebar. Sedikit sebanyak rasa malu juga ada yang bertandang. Namun, Ayrena endahkan dan  mula mendekat ke arah dua orang wanita yang sedang duduk di penjuru meja.

"
I'm sorry for yesterday. Mrs Luna and..." Ayrena memandang ke arah wanita yang kelihatan sedikit berusia yang duduk bersebelahan dengan Luna.

"Apa panggil Mrs ni. Ayrena panggil je mama." Luna perkenalkan diri lagi sekali. Kali ini dengan cara yang baik.

Ayrena anggukkan kepala.
"Mama. Mama Luna."

"Ayrena, mama pun minta maaf tentang semalam. For everything. It's my fault. Kalau mama datang dengan cara yang elok semuanya tak jadi macam semalam tu." Kedua-dua tangan Ayrena, digenggam kemas oleh Luna.

"Nothing to apologise, mama. Salah Ayrena juga. It's okay. Past is past. Lagipun kalau Ayrena tak cari pasal semalam, semua tu takkan terjadi."

"Kita lupakan yang semalam, okay." Ayrena tersenyum manis. Sekarang ini, rasa lega dan tenang!

Kali ini, Ayrena lihat pula seorang lagi wanita yang duduk bersebelahan dengan Luna.

"Grandma. Ayrena boleh panggil Grandma. Yang ini boleh panggil grandpa, yang itu papa Darren, Dante. Panggil je papa." Wanita yang kelihatan berusia itu bersuara.

"Silalah duduk. Kita makan sama-sama. Bob tu daripada tadi dah menggigil lapar tu." Dante menunjukkan ke arah satu kerusi kosong di sebelah Luna.

"Jemputlah makan." Jemput seorang lelaki yang terlihat berumur berbanding yang lain. Itulah Grandpa Darren. Daripada jauh dah boleh lihat pantulan cahaya melalui atas kepalanya. Licin! Hanya ada tiga helai rambut yang masih tersisa di kepala Grandpa.

Ayrena berbalas senyuman. Rasa segan pula berkenalan dengan keluarga Darren dengan cara sebegini. Sepatutnya dia yang masak dan hidangkan semuanya. Tetapi ini sudah terbalik.

Hampir dua puluh minit berada di ruang makan menjadikan ruang makan itu sudah riuh rendah dengan pelbagai cerita. Disebabkan beberapa orang anak buah Darren juga ada membuatkan suasana lebih rancak dan meriah.

Darren perhatikan tingkah Ayrena yang sedang menunduk menghadap pinggan. Tangan kanan Ayrena bergerak menggaul spaghetti Carbonara yang terhidang di atas pinggan secara perlahan.

Gadis itu terlihat sedang mengelamun! Senyap saja. Kalau tidak, selama ini bukan senang nak lihat Ayrena duduk termenung dan diam. Kalau ada masa lapang pun pasti Ayrena akan berbual atau akan membuat perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Darren senyum sinis. Fikiran nakalnya berfikir tentang sesuatu.

Perlahan hujung jari kaki Darren bergerak di bawah meja mencari hujung kaki Ayrena.

Ayrena yang sedang termenung sendirian terkejut dan kejung.

Terbuka luas mata Ayrena bila terasa ada benda asing yang menyentuh bahagian hujung kaki. Drastik kedudukan kaki juga Ayrena alih jauh sedikit.

Seleranya tiba-tiba terbantut. Ayrena duduk tegak. Sekarang benda asing itu bergerak pula ke bahagian betisnya.

"Ehem!" Ayrena berdehem membuatkan percakapan yang riuh rendah tadi menjadi sedikit perlahan.

"Ayrena okay tak tu? Tersedak ke? Nak air?" Mama hulurkan secawan air teh. Ayrena menyambut saja huluran mama.

Spaghetti Carbonara yang elok terhidang di atas pinggan Ayrena sua ke bibir. Leka dia menyuap setiap suapan spageti. Namun masih lagi terasa benda bergerak yang masih bermain-main di kakinya.

Ayrena angkat alis ke arah Darren. Dia tahu di mana puncanya. Namun Darren hanya bertingkah biasa. Masih kekal berborak dengan yang lain.

Ayrena ketap rahang. Darren ini memang sengaja mahu kenakan dia.

Air teh yang mama Luna berikan tadi Ayrena minum hingga habis. Kemudian Ayrena bingkas bangun dan tuju ke singki.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now