Hauraina duduk di ruang tamu bersama Makjah dan Maksom. Kedua orang tua itu sedang menggomol anaknya. Sedang Hauraina khusyuk membaca buku, tiba-tiba ada bunyi motor memasuki kawasan rumah agamnya.

Perlahan-lahan Hauraina berjalan menuju ke pintu, dia melihat ada seorang lelaki duduk dengan santai di atas motor kawasaki ninja berwarna Hitam. Hauraina tidak tahu siapa gerangan manusia tersebut kerana di sebabkan helmet hitam yang menutupi wajah lelaki itu.

"Ya? Boleh saya bantu?" Soal Hauraina sambil tersenyum, sempat dia mengambil tuala untuk menutupi kepalanya.

Lelaki itu membuka face shield helmetnya. Matanya tajam memandang Hauraina tetapi dengan pandangan yang lembut.

Hauraina masih terkebil-kebil di tempatnya berdiri, dia masih tidak tahu siapa lelaki itu kerana hanya nampak mata sahaja.

Helmet di kepala di tanggalkan, rambut yang sedikit tidak kemas di betulkan lalu dia tersenyum manis kepada wanita di hadapannya itu.

"Hello miss Haura, selamat malam!!" badannya yang tegap menyandar pada motor.

"Awak rupanya Xian, saya ingatkan mamat rempit manalah yang sesat tadi" ujar Hauraina lalu tersengih, dia tidak pernah nampak Xian membawa motor sebelum ini. Selalunya lelaki itu membawa kereta Mercedes G Wagon sahaja.

"Nama saya Haikal" Xian tersenyum sinis.

Hauraina ketawa kecil, dia mempelawa Xian masuk ke dalam rumah.

"Oi budak kecil!!" Xian duduk di sofa lalu mengambil anak buahnya itu. Kedua belah pipi bayi lelaki itu di cium.

"Rindu daddy tak?" Xian tersenyum apabila Hazzriel sedikit merengek kecil.

Hauraina menjulingkan matanya ke atas. Boleh pula si Xian ni membahasakan dirinya 'daddy' ?

"Aku dah cakapkan, jangan bahasakan diri kau daddy" Danish menuruni anak tangga sambil membetulkan butang lengan baju kemejanya.

Xian hanya buat tidak tahu sahaja, dia membawa lari anak kawannya itu ke luar rumah.

Danish mendengus kasar, dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Kejap lagi Tengku Asyraf dengan Kak Alisa datangkan Abang?" Nada suara Hauraina teruja.

Baru sahaja Danish mahu membalas pertanyaan isterinya, tiba-tiba dia melihat Iskandar yang berlari kecil lalu menyalam tangannya.

"Assalamualaikum" Iskandar tersengih, badan kecilnya memanjat sofa lalu menyalam Hauraina pula.

"Engkau dah masuk baru nak bagi salam?" Xian mengambil tempat di sofa single. Matanya menikam anak mata Iskandar.

"Eh Xian? Mana anak saya?" Soal Hauraina, bukankah tadi lelaki tu membawa anaknya keluar sekali?

Xian mengangkat bahu, dia mengambil air yang dihidang oleh Makjah lalu di hirup perlahan.

"Dekat Akak ni" Alisa datang sambil tersengih, Hazzriel Darren yang berada di dalam dukungannya itu di cium lembut sebelum diserahkan kepada Hauraina.

"Nanti lepas habis pantang tambah lagi satu lah" ujar Alisa lalu dia ketawa kecil.

Muka Hauraina membahang manakala suaminya pula hanya tersenyum nakal. Tangan lelaki itu yang naik untuk mengusap pehanya di tepuk perlahan.

"Semestinya" Ujar Tengku Asyraf dengan senyuman bangga.

"Eleh kau Alisa, entah-entah kau tu yang dah berisi kan?" Ujar Xian yang dari tadi hanya membisu.

Alisa menjeling Xian, senyuman nakal terukir di bibirnya apabila satu idea muncul.

"Kalau aku ada tambah lagi satu pun, apa salahnya? Aku ni ada suami ! Ha kau tu? Bila nak kahwin?" Hauraina tersenyum kemenangan apabila wajah putih Xian bertukar merah padam. Marah lah tu!

"Aku? Kahwin? Itu tak akan terjadi Wahai Nurul Alisa ! Kalau aku kahwin, menangis peminat aku dekat luar sana"  Xian melawan semula wanita di hadapannya itu.

Hauraina ketawa, inilah jadi kalau Alisa bertemu dengan Xian. Mesti bertekak punyalah, yang selalu memulakan dulu semestinya Xian. Lain dengan Xiong, dia banyak diam apabila bersama Alisa.

"Siapa peminat kau? Muka pun macam jalan tar belum siap" Alisa ketawa lagi, dia terus sahaja menarik tangan Tengku Asyraf apabila Xian mula berdiri.

"Enough, gorgeous! Jangan sampai Abang cabut anak tekak kau orang berdua" kepala Alisa di tarik lalu di kepit ke ketiaknya.

"Abang!!" Alisa menjerit, habis tudung dia rosak!

Semua yang berada di situ hanya ketawa sahaja.

Hauraina menggenggam tangan suaminya dengan erat, mata mereka bertemu.

"Why, my little lady? Do you need something, Hm?" Tangan Kiri Danish mengusap pipi isterinya.

Hauraina hanya diam, dia terleka dengan sentuhan suaminya itu. Belum sempat dia bersuara, satu suara budak kecil mencelah.

"Sanalah uncle! Is nak duduk sebelah kakak Haura!" Iskandar dengan tanpa malunya terus sahaja duduk di tengah, memisahkan jarak Hauraina dan Danish.

Tengku Asya Farhana dan Tengku Asy Luqman terkebil-kebil memandang abang sulungnya yang tidak tahu malu itu.

"Iskandar! Janganlah menyelit dekat situ, sini duduk dengan papa" Tengku Asyraf menarik anak terunanya itu.

Danish merapatkan jaraknya dengan Hauraina semula, wajah kepenatan isterinya di pandang buat seketika.

"Arrien penat ya? Jom kita masuk bilik, Hazzriel pun dah ngantuk tu. Biar Abang uruskan anak kita, Arrien tidur dulu okay?" Danish membantu isterinya berdiri. Dia meminta izin mereka semua untuk masuk bilik dahulu kerana mahu menguruskan isteri dan anaknya.

Danish mengambil stokin baru lalu di sarungkan ke kaki Hauraina. Dia mengucup dahi dan kedua belah pipi isterinya kemudian berakhir di bibir pink itu.

"Abang pasang kipas je, Arrien tak tahan sejuk" bilang Hauraina lalu dia cuba melelapkan matanya.

Danish menukar lampin dan baju anaknya lalu di letakkan di tempat tidur bayi. Nasiblah budak kecil itu sudah di berikan susu sebentar tadi. Senanglah dia terlena.

Danish baring di sebelah isterinya, dia merenung wajah cantik yang sudah dibuai mimpi. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"I'll protect you and our baby, my little lady, that's my promise"

Lampu di tutup, lalu dia keluar daripada bilik tidur mereka.







Hellow!!!

Klw ada typo nnt I betulkan. Sorry late hehe

Jangan lupa vote and thank you sebab support my story. Luv u!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now