"Dah, tapi tak dapat" Xian melabuhkan punggungnya di kerusi kayu.

Danish diam, dia juga risau jika ada apa-apa terjadi pada Xiong. Nafas di hela perlahan apabila dia melihat kesemua panggilan dan message di telefon Xian.

Mana kau pergi Xiong?..

"Kau tidur rumah aku lah malam ni" ujar Danish.

"Okay juga, Thomas pun masih dekat London. Takut aku nak tidur rumah tu sorang-sorang" ujar Xian.

Danish menganggukkan kepalanya, Thomas masih berada di London kerana dia perlu menjaga syarikat Rosa Nera yang di sana.

"Xian, kau jangan lupa. Kau kena gantikan tempat Xiong" matanya mengecil apabila melihat Xian sedang menconteng kerusi menggunakan pen berwarna hitam. Ada sahajalah kerja lelaki cina muslim seorang ni.

"Hm" Xian sibuk menulis sesuatu di kerusi kayu.

Danish melihat apa yang di tulis Xian pasa kerusi itu.

Hong Xian, sekian terima kasih

Siap ada tanda tangan lagi!

"Aku balik dulu, rindu bini tercinta!" Danish beredar daripada situ, dia tidak akan berkerja di pejabatnya sehinggalah Hauraina bersalin dan tamat berpantang.

"Ye memang dia sorang je ada bini dalam dunia ni" ujar Xian lalu dia memusingkan bebola matanya ke atas.

"Penat lah single" Xian membebel lagi, dia bangun daripada tempat duduk lalu bercadang mahu berjalan-jalan di taman untuk menghiburkan hati.

.

Banyak hidangan makan malam yang di siapkan oleh Hauraina, Makjah dan Maksom. Kerana malam ni Tengku Asyraf dan Alisa juga mahu makan malam bersama.

"Assalamualaikum! Kakak Haura!!" Tengku Mohammad Asy Iskandar berlari mendapatkan Hauraina lalu tubuh wanita itu di peluk erat.

"Waalaikumsalam, hai Is!! Hensemnya dia!" Hauraina mencubit pipi anak kecil itu. Sudah lama dia tidak jumpa dengan Iskandar kerana anak-anak Alisa mengikuti datuk dan nenek mereka pulang ke London. Alisa pula baru sahaja habis berpantang satu minggu yang lalu. Dia selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Tengku Nur Asya Arlinna. Matanya sama seperti Alisa. Berwarna biru laut. Cantik sungguh!

"Nak dukung!" Iskandar menghulurkan kedua belah tangan kecilnya.

"Asy, kakak Haura tengah mengandung tu, sini dekat papa" Tengku Asyraf memanggil anak terunanya itu, Iskandar di angkat lalu di letakkan di sofa. Mereka semua bersembang dahulu sementara menunggu Xian. Lelaki itu pergi mengambil Thomas di KLIA.

Anak-anak Alisa semua melekat dengan Hauraina, tangan mereka bertiga memegang perut Hauraina yang sudah besar itu. Apabila dapat rasa bayi menendang, mereka bertiga terkejut.

"Hei budak ! Jangan tendang kakak Haura lah. Kakak Haura kan tengah mengandung" marah Iskandar lalu dia meletakkan telinganya di perut boyot Hauraina.

"Masa mama mengandung pun ada budak kick perut mama" ujar Tengku Mohammad Asy Luqman.

Mereka semua ketawa besar apabila melihat telatah tiga orang budak kecil itu.

"Assalamualaikum" Dua suara lelaki memberi salam. Bukan di luar rumah tetapi di ruang tamu.

"Waalaikumsalam, hei manusia, orang bagi salam dekat luar rumah. Bukan dalam rumah" ujar Tengku Asyraf.

"Berjuta kali aku bagi salam tadi, semua pekak. Lepastu nak salahkan aku?" Xian mengambil tempat di sofa yang kosong.

Mereka semua tersengih, terlalu asyik bersembang agaknya sehingga tidak dengar seseorang memberi salam.

"Uncle!  Tadi ada budak kick perut kakak Haura. Lepastu Is marah budak tu, kesian kakak Haura sakit, sudahlah kakak mengandung" ujar Iskandar, dia mendekati Xian.

Xian memandang budak kecil itu. Nafas Penat dihela perlahan.

"Kau nak aku kick kau tak ?" Xian mencubit perut Iskandar, tidak kuat tetapi budak itu menjerit.

Ketawa mereka semua pecah apabila melihat muka masam Iskandar.

"Sudahlah tu, sejuk makanan ni" ujar Maksom.

"Baik! Kami datang!" Mereka semua yang berada di ruang tamu itu beredar ke dapur.

Hauraina mengetuk pintu bilik Alexander, perlahan-lahan tombol pintu dipulas lalu dia masuk ke dalam. Dia tersenyum melihat ayahnya yang lena di atas katil, punggung di labuhkan di birai katil.

"Daddy, makan malam dah siap. Bangun daddy" Hauraina menggoncangkan  tubuh lelaki tua itu dengan lembut.

"Daddy? Daddy bangun" suara Hauraina sudah cemas. Dia memegang tangan Alexander. Sejuk. Perut lelaki itu tidak berombak lagi.

"No! Daddy!! Jangan macam ni daddy. Bangun! Daddy bangun. Tolonglah" Hauraina memeluk tubuh kaku ayah kandungnya.

Danish laju masuk ke dalam bilik Alexander apabila dia mendengar suara Hauraina menjerit.

"Arrien, why?" Soal Danish, dia melihat isterinya yang teresak-esak.

"A-abang, daddy... daddy tak tinggalkan Arrien" Hauraina menghamburkan tangisannya di dalam dakapan suaminya.

Badan Danish membeku, dia memeriksa nadi Ayah mertuanya itu. Tiada. Benar Alexander sudah pun pergi. Pergi buat selama-lamanya.

"Shh, Arrien stop crying sayang" belakang tubuh isterinya di usap sayang.

"D-Daddy tinggalkan Arrien, Abang. Daddy dah tak ada" tersedu sedan  wanita kecil itu. Bahunya terhinjut-hinjut.

Tengku Asyraf dan yang lain juga berada di pintu bilik Alexander, mereka melihat Hauraina yang menangis di dalam dakapan Danish.

"Daddy! Jangan tinggalkan Haura. Bangunlah daddy!" Hauraina menggoncang tubuh Alexander tetapi tiada sebarang reaksi.

"Arrien" Danish menarik isterinya lalu tubuh itu di peluk erat.

"M-mommy tinggalkan Arrien, daddy pun t-tinggalkan Arrien" suara Hauraina sudah perlahan.

Danish memandang sayu isterinya. Dia tidak pernah melihat Hauraina yang menangis teruk seperti ini.

"Shh, I am here with you, my little lady. Please stop crying" pujuk Danish dengan nada yang lembut.

Danish tidak lagi mendengar esakan isterinya, dia memandang ke bawah melihat Hauraina sudah tidak sedarkan diri.

"Allahuakbar.." Makjah turut menangis apabila melihat Hauraina yang pensan di dalam dakapan Danish. Lelaki itu mencempung tubuh isterinya lalu membawanya ke bilik. Tubuh Alexander di tutup menggunakan selimut.

"Asy, kau telefon ustaz. Kita uruskan jenazah pagi esok" ujar Danish. Tengku Asyraf mengangguk.

"Kau orang sarapanlah dahulu, aku nak bawa Arrien masuk bilik" kaki panjangnya terus melangkah ke lift untuk ke tingkat tiga.

Danish membuka pintu bilik, tubuh Hauraina di baringkan ke atas katil dengan berhati-hati. Tudung yang tersarung di kepala wanita itu di buka perlahan dan rambut isterinya di usap.

"I'm here for you, my little lady. Abang janji, Abang tak akan tinggalkan Arrien. Abang cintakan Arrien" ujar Danish lalu dia melabuhkan satu kucupan di dahi dan kedua belah pipi isterinya.

Danish baring di sebelah Hauraina lalu tubuh itu di peluk erat.

  Everyone will feel the loss of a loved one. Especially family members.


.

Hai semuanya.. maaf late hehe

Mcm biasa if ada typo I akan betulkan nnt .

Tq support my story :)

Jangan lupa vote hehe

Bye..

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now