"Maafkan saya" air mata Thomas menitis di lengan bajunya.

Hauraina tersenyum nipis, kepala yang tadinya menyandar di dada Danish kini ditegakkan.

"It's okay Thomas, saya berterima kasih dekat awak sebab awak temankan saya dalam tu dan bagi saya coklat" Hauraina tersengih.

Thomas ketawa apabila melihat sengihan Hauraina, rasa kelakar pula apabila teringat coklat  yang dia berikan pada Hauraina.

"Itu coklat dekat markas Fuoco Spinato, banyak gila! Saya curi lah dua tiga macam tu" ujar Thomas lalu dia tersengih.

Danish hanya diam sambil mengusap-ngusap bahu isterinya.

"Sayang penat ke? Muka Arrien nampak pucat" Dia melihat muka isterinya, agak pucat dan nampak letih.

"Hmm Arrien sakit kepala je" ujar Hauraina lalu menyandar semula di dada suaminya.

"Arrien penat ni, kita balik ya? Tadi balik dari hospital sayang tak rehatkan?" Danish mengusap-ngusap bahu isterinya, ubun-ubun isterinya di cium. Balik dari hospital tadi, mereka terus sahaja pergi ke markas.

Baru sahaja mereka berdua ingin menuju ke kereta, telefon Danish berbunyi nyaring. Dia melihat panggilan daripada Xiong.

"Hello bro? Ada apa? Aku dengan Arrien nak balik dah ni" Danish berjalan dengan isterinya.

"Salmah"

Danish berhenti melangkah lalu dia memandang Hauraina. Badan kecil isterinya di cempung lalu dia membawanya ke markas semula. Mereka memasuki Bilik bernombor 304.

Tubuh kecil yang berada di dalam letakkan di atas sofa, Hauraina melihat satu susuk tubuh yang dikenalinyaa terbaring di atas lantai. Danish mendekati Xiong, Xian, Thomas dan Alexander.

"Dia dah mati" ujar Xian.

Danish merenung Salmah yang sudah tidak  bernyawa.

"Makcik Salmah dah meninggal?" Soal Hauraina, nadanya hanya biasa.

Danish menganggukkan kepala, isterinya yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya itu tadi di tarik rapat.

"Arrien maafkan dia?" Soal Danish.

"Ya, Arrien maafkan dia" Hauraina tersenyum nipis.

"Kenapa awak nak maafkan manusia macam ni? Dia dah seksa awak Haura !" Suara Xian naik seoktaf. Dia bukan marah tapi dia tidak percaya yang Hauraina akan memaafkan manusia naif seperti Salmah.

"Dia memang dah dera saya dan hina saya, tapi dia dah jaga saya walaupun tidak ikhlas" Hauraina tersenyum nipis lalu dia memegang tangan Salmah yang sejuk.

"Haura maafkan makcik" tangan itu di Salam.

Danish menyuruh Xiong memanggil beberapa nurse peribadi Rosa Nera untuk menguruskan jenazah Salmah.

.

Bau busuk itu membuatkan beberapa orang anak buah Danish tidak mampu menahannya. Ada yang muntah dan ada yang terus tidak duduk di situ.

Hauraina melihat jenazah Salmah yang baru sahaja selesai di mandikan. Danish tidak membenarkannya melihat jenazah itu kerana agak menyeramkan. Nurse peribadi Rosa Nera memberitahunya, semasa mereka memandikan jenazah. Ada banyak ulat keluar daripada kemaluan wanita itu. Bau jenazah busuk sehingga mereka mengambil masa yang lama untuk memandikannya.

Kini jenazah sedang di kafankan, Hauraina menyandar di bahu suaminya.

"Argh!" Seorang nurse Rosa Nera menjerit apabila melihat darah yang banyak mengalir daripada luka-luka di tangan Salmah. Kain kafan tadi bertukar menjadi merah.

"Abang, Arrien takut" Hauraina menyorok di belakang suaminya.

Danish menarik tubuh kecil itu lalu membawanya ke tempat lain.

Usai semuanya, mereka membawa Salmah ke perkuburan Islam. Dua puluh orang anak buah Rosa Nera membawa jenazah yang berat.

"Allah" Hauraina memeluk erat tangan suaminya. Takut dengan apa yang di lihat di depan matanya sekarang. Kubur Salmah yang sudah di ukur tadi tiba-tiba berubah menjadi sedikit sempit. Ada lima ekor ular sudah menunggu di liang lahad.

Danish memeluk isterinya erat, dia sudah menghalang Hauraina untuk ikut tetapi isterinya itu degil.

"Eh banyaknya air keluar" Xiong yang berada di dalam untuk menyambut jenazah, terkejut apabila ada air yang tiba-tiba keluar dan bertakung. Bau air itu busuk.

"Teruskan sahaja" ujar seorang ustaz.

Selesai pengebumian, hujan turun dengan sangat lebat. Sepanjang perjalanan pulang, bermacam-macam ayat dah surah di baca oleh Danish.

"Nanti balik, Abang nak Arrien mandi" ujar Danish. Hauraina menganggukkan kepalanya, dia faham kenapa suaminya mengarahkannya untuk mandi. Kerana dia mudah kena badi mayat.

"Abang, Arrien takut lepas tengok semua tu tadi" ujar Hauraina.

Danish tersenyum, dia juga rasa takut apabila melihat benda begitu betul-betul di matanya. Selalunya tengok di didalam cerita tanah kubur sahaja.

"Itulah balasan untuk manusia yang tidak mengikut perintah Allah dan zalim"  ujar Xiong yang sedang memandu.

Hauraina hanya diam, dia terfikir, apalah yang berlaku selepas semua selesai. Salmah lepas ke soalan malaikat di dalam kubur ? Dan bagaimana dengan azab yang bakal dia lalui.

Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya.







Hello ?

Ha dh 2024, umur Korg dah berapa ??

Jangan lupa vote !!

Tqsm

Ada typo nnt author betulkan eh.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now