Rambut Hauraina yang kusut di betulkan lalu dia mengusap pipi comel itu.

"Kau, ialah pengganti mak kau. Cuba bezanya, mak kau mati semasa pantang bersalin Kau. Sekarang kau akan mati dengan anak dalam kandungan tu" bisik Mateo dengan penuh sinis.

Hauraina menggelengkan kepalanya, dia memegang perutnya lalu memandang tiga orang manusia di hadapannya.

"Kau mengandung?" Salmah seperti terkejut, dengan senyuman misteri dia memandang Shirei dan Mateo.

"Aku nak kau bunuh anak dia" ujar Salmah.

Mateo dan Shirei ketawa jahat, mereka menganggukkan kepala lalu menarik Hauraina ke tengah ruang bilik.

"Tolong, tolong jangan apa-apakan saya. Saya merayu sangat" Hauraina menangis teresak-esak.

"Abang tolong Arrien bang" Hauraina melihat Mateo sudah membuka baju.

Mateo menindih tubuh kecil itu, dia duduk di atas perut Hauraina lalu memandang muka pucat lesi itu dengan sinis.

Hauraina tidak dapat memegang perutnya kerana kedua belah tangannya di genggam kuat oleh Shirei.

"Jangan, saya merayu sangat" Hauraina teresak-esak.

"A-anak saya tak bersalah" mata mereka bertemu. Hauraina mencari kelibat Thomas tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa kerana bilik itu lampunya malap. Salmah mendekati Hauraina.

"Ini adalah balasan kepada pelacur dan anak luar nikah kau" Salmah tersenyum sinis lalu dia memandang Mateo dan menganggukkan kepala.

Mateo menyelak baju Hauraina sehingga menampakkan perut kempis wanita itu. Telapak tangan kanan dan kirinya melekap di atas kawasan rahim wanita itu.

Hauraina menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia meronta-ronta ingin melepaskan genggaman itu.

PANG !

Hauraina berhenti meronta apabila tamparan itu singgah di pipinya dengan kuat. Dia memandang Mateo, merayu supaya lepaskan dirinya.

Mateo tersenyum jahat lalu dia menekan tangannya dengan kuat sehingga Hauraina menjerit kesakitan.

"Arghhh, j-jangan" Hauraina rasa nafasnya seperti mahu putus apabila menerima rasa sakit itu.

Mateo menekan lagi kuat lalu dia berhenti, dia menumbuk kawasan itu dengan kuat.

Mata Hauraina terbeliak apabila merasa ada sesuatu keluar daripada alat sulitnya. Badannya terasa tidak bermaya dan lemah. Mateo melihat darah yang membasahi kain baju kurung Hauraina, dia tersenyum puas apabila berjaya membunuh anak di dalam kandungan itu.

Lantai bilik dikotori dengan darah Hauraina. Wajah wanita itu semakin pucat dan nafasnya tidak teratur.

Mereka bertiga keluar daripada bilik itu apabila mendapat panggilan kecemasan daripada anak buah Shirei.

"A-abang.. Arrien tak kuat. Maafkan Arrien" Suaranya lemah, dengan bertemankan dua kalimah syahadah, matanya tertutup rapat.

.

BANG! BANG !

Bunyi tembakan demi tembakan membuatkan kesemua anggota Fuoco Spinato menyerang kembali.

"Danish ! Kau pergi cari Hauraina. Biar aku uruskan mereka" Xiong memandang Danish.

Dengan pergerakan Xiong yang licik, lima orang lelaki tadi tumpas di tangannya.

Danish berlari menuju ke tempat Hauraina di kurung, dia melihat iphonenya. Tidak jauh lagi.

"Ya Allah tolong, tolong selamatkan isteri aku" Dia berdoa sambil mencari bilik yang isterinya di kurung.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now