"Awak nak tahu tak, dulu mereka pernah gaduh teruk sebab ada penyondol kacau rumah tangga dia orang" ujar Xian dengan senyuman misterinya.

"Lepastu apa jadi?" Soal Hauraina ingin tahu.

Xian melihat cermin, dia rasa seperti ada orang mengikuti mereka. Lelaki itu cuba berfikir positif lalu menyambung perbualan mereka.

"Alisa kena tikam dengan musuh Tengku Asyraf, dan penyondol itu pula saya yang bunuh sebab dia ada hutang dengan saya. Saya dan Xiong dulu Ah Long" Xian tersengih.

Hauraina ketawa apabila mendengar ayat last lelaki itu. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati apabila melihat Xian tidak habis-habis melihat cermin sisi.

"Xian kenapa awak-"

BANG!

"Argh!" Hauraina menjerit apabila tingkap belakang pecah kerana di tembak.

"Tutup mata awak Haura!" Xian menekan minyak, lalu kereta itu memecut laju di jalan raya.

Hauraina memegang perutnya, menjaga kandungannya. Mulutnya tidak henti-henti membaca doa.

BANG ! BANG!

Keretanya mula tidak stabil apabila tayar keretanya di tembak banyak. Xian tidak dapat mengawal, keretanya berpusing-pusing lalu terbabas. Tangan lelaki itu menahan tubuh Hauraina daripada tercampak ke hadapan.

Xian melihat Hauraina yang menangis teresak-esak kerana ketakutan dan kesakitan. Kepala wanita itu berdarah.

"Haura, kita kene keluar" Xian keluar dari kereta, baru sahaja dia mahu menolong Hauraina, ada kereta laju lalu melanggar tubuhnya sehingga terpelanting.

"Xian, mana awak ! Saya takut!" Wanita itu menangis teresak-esak. Kepalanya sakit akibat terhantuk kuat di cermin.

"Aku kat sini" seorang lelaki berbadan kurus membuka pintu itu dengan kasar lalu dia menarik tubuh wanita itu keluar daripada kereta itu.

Hauraina meronta-ronta apabila badannya di peluk erat oleh lelaki itu.

"Lepaskan aku !" Jerit Hauraina dengan kuat, dia melihat ke hadapan lalu matanya terbuntang apabila melihat Xian terbaring di jalan tar, lelaki itu sudah mandi darah.

"Lepaskan aku!!" Jeritnya kuat.

PANG !!

Seorang lelaki berbadan tegap menampar kuat pipi Hauraina sehingga meninggalkan kesan merah dan tepi bibirnya pecah.

Lelaki yang menamparnya tadi mengambil kain lalu menutup mulut Hauraina. Bau yang busuk menyengat hidung membuat kepalanya pening, perlahan-lahan matanya tertutup dan badan Hauraina terkulai layu di dalam dakapan lelaki tadi. Mereka berdua membawa Hauraina masuk kedalam kereta.

"Kerja yang bagus" ujar seorang wanita, dia melihat Hauraina yang tidak sedarkan diri di sebelahnya.

"Nanti aku bagi kau orang habuan" dia membuat senyuman menggoda. Dua orang lelaki tadi tersenyum sinis.

Wanita tua itu memandang Hauraina dengan pandangan sinis.

"Welcome back, Hauraina Arrien Alexander"

.

Danish mundar mandir di dalam pejabatnya, sudah tiga jam dia menunggu kedatangan Hauraina tetapi isterinya itu masih belum sampai, live location di handphone Hauraina menunjukkan yang dia masih berada di jalan raya.

"Sabarlah bro, mungkin jem? Sekarangkan cuti sekolah" Tengku Asyraf cuba menenangkan Danish.

Danish meraup mukanya dengan kasar, dia berasa tidak sedap hati. Dia rasa seperti ada sesuatu yang terjadi pada isterinya.

"Alexander, aku takut" Danish memandang Ayah mertuanya itu.

Alexander hanya diam, dia juga rasa tidak hati tentang Hauraina. Jarang-jarang Xian lambat, lelaki itu selalu membawa kereta bagaikan mahu berjumpa dengan malaikat maut.

Mereka bertiga memerhatikan live location itu. Masih tidak bergerak dan masih berada di tempat yang sama.

"Bro mana Xiong?" Soal Tengku Asyraf.

"Tadi dia keluar, mahu pergi ke markas" ujar Danish dengan dingin. Hatinya tidak akan senang selagi live location itu tidak bergerak.

"Ya Allah, Kau selamatkanlah isteriku ya Allah! Jangan apa-apa terjadi dekat dia dan anakku" Danish menutup matanya, cuba menenangkan diri.

BAM!

Pintu pejabat Danish di buka dengan kasar lalu lelaki itu berlari masuk ke dalam.a

"Bro ! Xian dan Hauraina di serang dan mereka accident. Xian masih berada di tempat kejadian tapi isteri kau tak ada !" Xiong sedikit menjerit, dia rasa seperti dunianya terhenti apabila melihat kereta Xian yang terbabas dan ada saksi mengatakan, adiknya itu baru keluar daripada kereta lalu di langgar lari oleh sebuah kereta Mercedes Benz lama.

Wajah Danish dan Alexander bertukar bengis, mereka semua terus sahaja berlari ke kereta lalu menuju ke markas.

Sampai sahaja di markas, Danish membuka komputer ribanya lalu melihat rakaman dari dashcam kereta Xian. Xiong tidak berada di situ kerana dia perlu ke hospital.

Di dalam rakaman itu , mereka dapat melihat ada dua orang lelaki membawa Hauraina masuk ke dalam kereta wira. Nombor plate kereta itu di ambil lalu Danish mengarahkan anak buahnya mencari kereta tersebut.

Danish cuba menutup rasa takutnya apabila memikirkan keadaan isterinya sekarang. Dia tidak akan memaafkan orang yang menyakiti Hauraina.

"Jangan risau, kita akan cari dia bersama-sama. Aku tak akan biarkan apa yang berlaku pada Hailiena berulang kembali" Alexander memeluk tubuh menantunya.

Danish tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan telefonnya, mencari nombor Xiong lalu dia menelefon lelaki itu.

"Hello bro, Xian macam mana?" Soal Danish apabila Xiong mengangkat panggilan.

"Xian koma bro.. kepala dia cedera teruk dan tangan dia patah. Doktor cakap ada darah beku dekat otak dia dan perlu buat operation dengan segera"

"Aku perlu ada tiga puluh ribu bro" Xiong mengeluh perlahan. Dia bukannya orang senang, dia ada duit pun atas kerjasama dia dan Danish.

"Jangan risau bro, biarkan aku uruskan semuanya. Kitakan keluarga" ujar Danish.

"Terima kasih bro, aku harap isteri kau selamat"

Panggilan di matikan lalu Danish, Tengku Asyraf dan Alexander pergi ke hospital. Sepanjang perjalanan, Danish hanya mendiamkan diri.



Hai! Jangan lupa vote.

Thank you!!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now