"Bro T-Thomas !"

Tengku Asyraf terus menekan minyak apabila mendengar berita daripada Xian. Sampai di markas Rosa Nera, Danish mencempung tubuh Hauraina lalu meletakkannya di dalam bilik. Alisa di minta untuk menjaga Hauraina sementara mereka semua pergi ke Xian.

Skrin television menunjukkan seseorang, seperti video call . Danish terus mendekati Xian dan Alexander.

"Sampai pun kau" suara itu datang daripada television.

Danish memandang skrin itu, wajahnya dingin dan bengis.

"Apa kau nak, Mateo ?!" Bergema bilik itu dengan suara lelaki itu. Dia melihat Mateo dan Shirei di kaca television.

"Aku nak kau saksikan sesuatu" ujar Shirei dengan senyuman jahatnya.

Dari kaca television itu, mereka semua melihat Thomas sedang di seksa oleh beberapa anak buah Mateo dan Shirei.

"Thomas !" Jerit mereka.

"Jangan apa-apakan dia !" Muka Xian bertukar merah padam. Menahan marah yang hampir meletus.

Kayu baseball yang di pegang oleh Mateo di angkat tinggi lalu dia memukul perut Thomas sehingga lelaki itu menjerit kesakitan.

"Kau bunuh Fazz, kau ingat aku akan berdiam diri?" Shirei berkata sinis.

Alexander melihat Thomas yang sudah lemah. Lelaki itu sudah terus di seksa sehingga badannya tidak seperti dahulu. Kedua tangan Thomas terkulai seperti sudah patah.

"Alexander, kau tengok dia ni. Dah nak mati kan? Macam ni lah yang aku akan buat dekat anak kau !" Mateo ketawa sinis lalu memukul kepala Thomas dengan kuat.

"Don't you dare touch my daughter, bastard !!" Alexander menikam anak mata Mateo melalui skrin television itu.

"How did I do to your wife. That's how Hauraina will be" Mateo tersenyum sinis lalu asap rokoknya di hembus perlahan.

Mateo mengambil sepucuk pistol, lalu mendekati Thomas. Lelaki itu bernafas dengan susah payah. Mata Mateo memandang manusia yang berada di skrin televisionnya.

"I'm sorry dude"

BANG! BANG! BANG!

Tiga tembakan di lepaskan, satu di kepala dan dada Thomas. Lelaki itu kini terbaring dengan nyawa yang sudah tiada.

"Thomas!!" Jerit Xian. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi.

Kaca television sudah pun gelap. Keadaan di dalam bilik itu sunyi, hanya kedengaran suara Xian yang menjerit dan menangis. Xiong dengan berat hati mendekati adiknya.

"Xian.."

"Cakap dengan aku ! Ni tak betul ! Ni tipu ! Tolong bang.. ini tipu. Thomas masih hidup" Xian menggenggam kolar leher Xiong.

Xiong diam, dia tidak tahu mahu berkata apa. Dia tidak pernah melihat Xian yang menangis dengan teruk dan lemah.

"Thomas!!!" Suara Xian bergema kuat di dalam bilik itu.

"Xian, calm down !" Xiong menarik tubuh Xian lalu memeluknya erat.

"Dia bunuh Thomas, dia bunuh kawan aku, Xiong!!!"  Teresak-esak lelaki itu menangis.

Tubuh Xian menjadi lemah lalu dia jatuh pensan di tanah. Xiong meminta izin Danish untuk membawa adiknya itu pulang. Tubuh lelaki itu panas.

Danish dan Tengku Asyraf memandang Alexander.

"Kita perlu ketatkan kawalan keselamatan Hauraina" ujar Tengku Asyraf.

"Bukan Haura je, isteri kau pun kita perlu jaga" ujar Alexander dengan nada keras.

"Kita sama-sama jaga mereka, aku nak seratus orang budak Rosa Nera berpecah secara berkumpulan. Jaga pejabat, rumah dan markas" ujar Danish lalu mereka meninggalkan bilik itu. Bayangan Thomas di tembak masih segar di dalam kepala mereka semua.

Thomas sudah pun tiada. Tetapi nasib baik lelaki itu sempat memeluk Islam.

.

"Abang!! Abang !!" Suara Hauraina menjerit di ketakutan membuatkan Danish dan Alexander berlari dengan pantas ke ruang tamu.

"Arrien, kenapa ni?" Soal Danish.

"Abang, Arrien takut !!" Hauraina memeluk tubuh suaminya lalu melepaskan tangisannya di situ. Tangannya di halakan ke pintu rumah  mereka.

Danish berjalan ke arah pintu itu dengan Alexander. Hauraina masih kekal di dalam pelukannya. Bau busuk dari arah itu membuatkan tekak terasa loya. Perlahan-lahan pintu di buka lalu mata mereka terbeliak.

"Allah !!" Alexander meraup wajahnya. Danish membeku di situ.

Apa yang ditakutkan isterinya itu ialah.. ada mayat di hadapan pintu rumah mereka. Darah mayat itu mengotori lantai. Yang lagi menakutkan, mayat itu ialah Thomas.

"A-abang" Hauraina meronta-ronta mahu dilepaskan dari pelukan suaminya.

"Lepaskan dia, dia tengah mengandung. Tidak elok lihat benda ni" ujar Alexander. Danish terus sahaja melepaskan isterinya lalu wanita itu berlari ke dapur.

Tepat pada masanya, kereta Tengku Asyraf sampai ke rumah Danish. Lelaki itu keluar bersama Xiong.

"Astagfirullah !" Mengucap Xiong apabila melihat satu susuk tubuh terbaring di atas lantai di halaman rumah Danish.

Tapi bau busuk itu bukannya daripada mayat Thomas. Bau busuk tadi datang daripada bangkai anjing di atas tubuh lelaki itu.

Danish membuang bangkai anjing itu. Dengan Bismillah, mereka memandikan jenazah Thomas. Apa yang mengejutkan ialah, wajah lelaki itu bersih dan tersenyum. Ada bau wangi datang daripada jenazah itu ketika mereka membersihkan darah.

Xian tidak menolong, dia tidak kuat untuk memandikan jenazah Thomas. Dia hanya mampu melihat dari jauh.

"Maafkan aku, Thomas. Aku tak kuat" Xian mengeluh lalu menutup wajahnya.

Thomas selamat dikebumikan pada pukul tujuh setengah petang. Hauraina tidak mengikut kerana dia mudah terkena badi mayat.

Danish melihat Xian yang duduk bersila di sebelah kubur Thomas. Lelaki itu jelas kelihatan lemah. Mungkin seperti itulah Xian melihatnya ketika dia kehilangan Darwin dahulu.

Perlahan-lahan dia mendekati Xian lalu memeluk bahu lelaki itu.

"Jangan macam ni bro, nanti arwah tak tenang" ujar Danish.

"Aku tak kuat" Xian menangis. Tadi masa Dia mahu mencium jenazah Thomas, air matanya hampir menitis ke muka Thomas.

"Aku tau kau dan dia rapat tapi jangan risau. Dia akan tunggu kau kat sana" ujar Danish. Tangan di hulurkan kepada Xian.

Dengan berat hati, Xian mencapai huluran tangan itu. Mereka berdua meninggalkan rumah baru Thomas. Rumah yang semua manusia akan berada di situ.










Hai! Hehe dua hari kitonyo gone :p

Sorry hehehe. Selamat membaca sayang ii sayaaa

Jangan lupa vote ehh!!!

Byeee. Ada typo nnt kitonyo betuikan naaa

DANISH HAIZIQ |✓Onde histórias criam vida. Descubra agora