.

  Suasana di dalam bilik mesyuarat itu sunyi. Mereka yang berada di dalam bilik memandang si ketua dengan gerun.

"Dapatkan budak tu kalau tidak !" Lelaki itu berhenti bercakap lalu pistolnya di arahkan ke suatu tempat.

BANG!!

Lelaki yang berdiri di sudut meja itu rebah ke tanah. Kepalanya hancur kerana di tembak oleh si ketua kumpulan. Semua orang menelan liur apabila ketua mereka mengamuk.

"Shirei, dia dah sampai" ujar pembantu lelaki yang bernama Fazz.

"Bawa dia masuk" Shirei meletakkan pistolnya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

Wanita tua itu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat di gudang itu. Matanya tertlihat satu sosok tubuh terbaring dengan darah yang mengalir di lantai, kepalanya hancur. Liur di telan , kerusi di sebelah Shirei di tarik lalu dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

"Okay semua, perkenalkan ini ialah Salmah. Mulai hari ini kau orang akan berkerja di dengan dia" ujar Shirei dingin. Kaki di naikkan ke atas meja lalu dia mencemarkan udara dengan menghembuskan asap rokok.

"Aku nak budak tu, aku bagi masa lebih lagi lah. Tiga bulan ! Kalau tak dapat, semua di dalam ni akan jadi seperti dia"  Shirei tersenyum sinis.

Mereka semua memandang lelaki yang sudah mati di tembak Shirei tadi.

"Do. You. Understand ?!" Melenting suaranya apabila semua anak buahnya hanya diam.

"Yes sir!"

Shirei memandang Salmah, senyuman sinis terukir di bibirnya.

Usai bermesyuarat, mereka semua meninggalkan bilik itu. Kini yang tinggal hanya Shirei, Salmah dan Fazz.

"Kau nak buat apa dengan budak Haura tu ?" Soal Salmah.

Shirei berdehem, dia mematikan api rokoknya lalu memandang Salmah.

"Aku nak seksa dia, macam mana aku seksa mak dia dulu, macam tu lah aku akan buat dekat dia" Shirei ketawa jahat.

Salmah diam, baru dia teringat yang Hauraina itu berasal daripada rumah anak yatim. Tetapi kakaknya sibuk mahu serahkan semua harta kepada budak itu !

"Kenapa kau seksa mak dia?" Soal Salmah ingin tahu.

"Sebab aku benci Alexander dan keturunan dia" jawap Shirei dengan mudah. Dia berdiri lalu membawa Salmah ke sofa.

"Make sure you get that girl, dear" Shirei mengusap pipi kedut Salmah.

Fazz yang hanya memerhati tersenyum sinis apabila melihat Shirei memberinya satu isyarat. Pintu bilik mesyuarat itu di kunci.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang sedang merakam semua yang di katakan oleh Shirei tadi. Kaki terus melangkah meninggalkan tempat itu.

.

  Danish tersenyum apabila melihat CCTV melalui komputer ribanya. Dia  melihat Hauraina yang sedang membuat muka di CCTV itu.

TOK!TOK!TOK!

"Masuk !" Danish berkata lalu dia menutup komputer ribanya.

Xiong dan Xian melangkah masuk ke dalam.  Di tangan mereka ada banyak file dan satu komputer riba.

"Ada apa kau panggil kita orang ni bro?" Soal Xiong. Sudahlah dia banyak kerja perlu buat, tiba-tiba sahaja Danish memberi mesej, menyuruh mereka pergi ke pejabat dengan segera.

Danish bangun lalu duduk di sofa yang tersedia di dalam biliknya. Kopi yang baru sahaja di hidangkan oleh PA nya tadi di ambil.

"Aku nak kau orang culik Fazz dan bawa dia ke markas kita" arah Danish kepada dua orang kembar itu.

"Tapi, aku tak tau dia dekat mana sekarang" Xiong memicit jari-jemarinya.  Terasa lenguh kerana banyak menaip.

Danish memasang senyuman misteri. Dia menunjukkan Xiong satu live location yang terpapar di handphone miliknya.

"Aku akan bagi kau ni, dan cari dia. Sampai dapat !" Danish menyandarkan badannya di sofa itu. Mata merenung siling.

"Siapa yang -"

"Aku" belum sempat Xiong bertanya, ada seseorang masuk ke dalam pejabat Danish. Dia melangkah dengan tenang sambil tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar.

"Thomas?" Xiong mengerutkan dahinya.

"Tapi.. macam mana?" Xian pula bertanya.

Thomas memasang senyuman bangga. Cawan kaca yang di pegang oleh Xian di ambil lalu dia meneguk air kopi yang sudah sudah itu. Habis membasahkan tekak, dia mula bercerita.

Dua minggu lalu..

Thomas mendapat satu panggilan yang dibuat oleh ketua Rosa Nera ialah Danish Haiziq. Danish mengarahkan Thomas untuk datang ke pejabatnya. Lelaki itu terus sahaja bergegas ke pejabat Danish.

"Apa hal yang penting sangat tu?" Soal Thomas.

"Aku nak kau tolong aku" Danish memandang lelaki kacukan itu.

Thomas mengerutkan dahinya, jarang Danish meminta pertolongan darinya. Selalunya mesti Xiong ataupun Xian yang di panggil untuk ke pejabatnya kerana ada tugasan penting.

"Apa?" Soal Thomas ingin tahu.

"Aku nak kau sertai Fuoco Spinato tu. Aku nak kau dapatkan maklumat yang diberikan oleh Shirei dan aku nak kau perhatikan Fazz" Terang Danish.

"Tapi a-"

"Don't worry, I've got Fuoco Spinato's address" Baru sahaja Thomas ingin bertanya, Danish memotong terlebih dahulu.

Thomas ragu-ragu untuk memberi Jawapan. Dia takut jika apa-apa akan berlaku.

"Please bro, help me. Aku taknak isteri aku jadi macam mak dia, Hailiena Allien.  Aku tak sanggup kehilangan isteri aku" Suara Danish berubah menjadi serak.

Dan akhirnya Thomas menganggukkan kepalanya. Dia akan buat apa sahaja untuk Danish. Cukuplah dia melihat bertapa hancurnya Danish saat Darwin meninggal. Dia tidak mahu Pisang berbuah dua kali.

"Baiklah, aku akan tolong kau"






Hai !! Maaf lama x update hehe
Author busy la awak.. sorry tertunggu ii.

Jangan lupa vote tau.

Luvvv

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now