Usai mengemas baju, mereka berdua terus sahaja pergi ke tempat lain. Kata Danish, dia mahu membawa Hauraina pergi ke satu tempat. Dia menyuruh drivernya memandu ke tempat itu dengan cepat.

Danish memandang isterinya yang sedang merenung ke luar tingkap. Melihat bandar itali yang tidak berapa sesak kerana masih awal pagi. Dia mahu membawa Hauraina ke suatu tempat kerana dia tahu isterinya itu akan mula tertanya-tanya.

Empat jam masa di ambil untuk sampai ke bandar Sicily.

"Wah !! Cantiknya tempat ni" Suara Hauraina yang teruja itu membuatkan Danish mengukir senyum.

Mereka berdua hanya berjalan kaki, Hauraina berhenti apabila dia berdiri dekat dengan sebuah kafe. Dia rasa seperti Déjà vu.

Danish memandang Hauraina yang merenung kafe di hadapan mereka. Mesti isteri ada mimpi tempat ini.

"Arrien? Are you okay sayang?" Soalnya apabila melihat Hauraina berdiri tegak seperti patung.  Dagu isterinya di cubit lembut lalu mata mereka bertemu.

"O-okay, jom kita jalan-jalan" Hauraina mengukir senyuman palsu.

Danish membelikan isterinya aiskrim sebelum mereka berdua pergi ke suatu tempat. Hauraina hanya diam, dia rasa kafe tadi sama seperti kafe di dalam mimpinya.

Sekarang mereka berdua berjalan di kawasan pergunungan. Ada satu rumah agam di bina di puncak gunung itu. Ada ramai pengawal dan cctv juga penuh di kawasan rumah itu. Tetapi yang menarik perhatian Hauraina sekarang ialah tempat yang mereka berdiri sekarang. Sama seperti di dalam mimpinya tadi. Tiba-tiba ada bayangan dan suara melintas di hadapannya.

"Save Hauraina first !!"

"Allien!!"

Zzapp!,

Muka Alexander muncul di dalam fikirannya. Tubuh Hauraina menggigil. Anxiety mula menyerangnya. Badannya terasa lemah, Hauraina terus sahaja rebah.

"Arrien!" Danish sempat menahan isterinya daripada jatuh ke tanah.

"Arrien, wake up! I'm sorry Arrien. I shouldn't do this" Danish memeluk erat tubuh kecil itu.

Pintu pagar rumah agam itu terbuka luas. Lelaki berumur itu terus berlari ke arah Danish.

"Alexander !" Danish memandang lelaki itu. Ini adalah rancangannya, dia cuma mahu memberi Hauraina pertunjuk.

"Bawa dia masuk" Alexander masuk ke dalam rumahnya.

Danish mencempung tubuh badan isterinya lalu di bawa masuk ke dalam rumah.

Mata perlahan-lahan terbuka, dia melihat sekeliling. Ruang bilik yang luas, dihiasi dengan wallpaper bunga daisy. Di sebelahnya ada anak patung beruang berwarna putih.

Hauraina memegang kepalanya yang sakit. Dia tidak ingat apa yang terjadi.

"Aku dekat mana ni? Mana Danish?" Soalnya pada diri sendiri. Dia bangun dari katil lalu meneroka bilik itu.

Bingkai gambar yang terletak di cermin solek itu di ambil. Gambar Alexander dan seorang perempuan. Tiba-tiba ada sekeping gambar jatuh daripada bingkai gambar yang di pegangnya. Hauraina mengambil lalu melihat gambar itu, gambar bayi perempuan yang sedang tertidur lena.  Jantungnya berdegup laju apabila wajah bayi itu seperti mukanya.

Gambar itu di pusing lalu tangan Hauraina terus sahaja menggigil apabila membaca tulisan di belakang gambar itu.

Hye! My name is Hauraina Arrien Alexander ♡

Tubir mata Hauraina bertakung, Apakah semua ini? Dia anak Alexander? Atau nama anak Alexander sama seperti nama dia? Hauraina mula tidak senang duduk.

"Ya Allah, adakah selama ini aku berada di dalam permainan teka teki dan sekarang aku baru menemui jawapannya?" Hauraina menunduk, melihat gambarnya.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now