"Cari budak tu dan kita selesaikan dia" Ujar Danish lalu dia meninggalkan mereka dan mendekati Hauraina.

.

Dia berada di situ lagi tetapi kali ini tiada hujan yang lebat. Langit cerah sungguh cantik. Kakinya tidak lagi terkunci, dia bebas mahu berjalan ke mana.

Dia terus berjalan di dalam bandar itu, yang peliknya dia tidak tahu dia di mana. Sekelilingnya bukan seperti di Malaysia. Tiba-tiba kaki Hauraina berlari ke satu tempat.

BAM!!

Bunyi guruh berdentum kuat, langit yang cerah tadi bertukar gelap.

"Save Hauraina first!!" Jerit satu suara perempuan.

"Arghh!!" Perempuan tadi menjerit. Dia melihat perempuan itu di seret masuk ke dalam sebuah van hitam. Van itu terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.

"Allien !!!" Dia melihat seorang lelaki memeluk bayi, lelaki itu menjerit kuat sehingga bayi itu menangis ketakutan.

Zzapp!!

Alexander, lelaki itu ialah Alexander ! Dan dalam dukungan dia itu pula mesti anaknya!

Baru sahaja dia mahu melangkah mendekati Alexander, badannya di tarik lalu dia merasa dirinya di goncang dengan kuat.

"Arrien wake up! Hey are you okay?" Suara serak seseorang membuatkan Hauraina hilang daripada mamai. Dia memandang sekelilingnya, oh dia berada di dalam private jet milik Danish.

"Arrien, are you okay sayang?" Muka Danish jelas risau. Lelaki itu terus menariknya masuk ke dalam pelukan. Rambut Hauraina di belai.

Hauraina memandang Danish, dia ingin memberi tahu tentang mimpi itu tetapi suaranya bagaikan tersangkut di kerongkong.

Setelah beberapa minit mereka begitu, Danish membaringkan isterinya semula. Selimut di betulkan lalu dia menarik Hauraina masuk ke dalam pelukannya. Leher si isteri di cium.

"I'm here for you,my little lady. I love you so much" bisik Danish lalu dia meniup leher Hauraina.

"Tidur sayang, perjalanan kita jauh lagi" mereka kini berada di dalam sebuah bilik di dalam private jetnya.

Hauraina menutup matanya semula dan mimpi tadi sudah tidak muncul lagi.

Dalam diam, Danish memerhatikan isterinya. Dia tahu apa yang Hauraina mimpikan. Itu adalah pertunjuk daripada Allah, dan mungkin suatu hari nanti isterinya akan tahu perkara yang sebenar.

.

Hauraina menarik Danish ke pantai, air laut berwarna hijau itu sungguh cantik !!

"Abang ! Jom lah mandi !" Hauraina menarik-narik suaminya sehinggalah kaki mereka di pukul oleh ombak.

Mereka berdua jalan di kawasan pantai itu, tangan Danish setia di pinggang Hauraina.

"Ini lah pantai yang dalam gambar aku dengan arwah Darwin tu" ujar Danish, mereka berdua berhenti di satu tempat lalu memandang di antara satu sama lain.

Hauraina melihat kedalam anak mata suaminya. Penuh dengan cinta.

"I love you Arrien" bibir gadis itu di sambar.

Wajah Hauraina bertukar menjadi merah. Walaupun tidak ada orang nampak tetapi dia tetap malu kerana mereka sekarang berada di luar.

Danish ketawa melihat wajah comel itu. Pipi gebu isterinya yang bertukar menjadi merah di cubit.

"Cute ! You're so cute !" Di cubit-cubit lalu di tekan. Sungguh geram!!

"Abang!!" Mereka berdua ketawa, Danish terus sahaja memeluk isterinya. Mereka berdua menghayati permandangan bersama-sama.

"Jom balik ke hotel, hari dah nak malam" Danish dan Hauraina meninggalkan pantai itu.

Sampai sahaja di hotel, Hauraina membersihkan dirinya. Usai sahaja mandi, dia memakai bathrobe lalu mendekati Danish yang sedang menaip sesuatu di laptop.

"Abang buat kerja ke?" Soal Hauraina lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Danish. Suaminya hanya diam, matanya membaca setiap laporan daripada Rosa Nera.

Hauraina mencebikkan bibirnya. Tangan Danish di tarik lalu dia menggoncangkannya.

"Abang!! Dengar tak Arrien tanya ni?" Suara di buat-buat menjadi sedih.

"Ye kejap, aku nak baca ni" tangan perlahan-lahan di tarik daripada pegangan isterinya.

Hauraina memeluk tubuh. Sibuk sangat dengan kerja dia tu !

"Tadi cakap nak luangkan masa dengan saya. Ni tiba-tiba sibuk buat kerja. Abang dah tak sayang Arrien kan?" Mulut di muncungkan.

Danish tersenyum sinis mendengar kata-kata isterinya itu. Dia menoleh memandang wajah isterinya yang sudah memuncung.

"Abang tak sayang Arrien !!" ulang Hauraina.

"Kau rasa macam tu?" Soal Danish dengan senyuman misterinya.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Dia melarikan tangannya Apabila Danish ingin menyentuh.

"Abang memang tak sayang saya pun" ujarnya lagi.

Danish menutup komputer ribanya lalu meletakkannya ke tepi. Dia terus sahaja menolak tubuh kecil isterinya itu sehingga terbaring, dia menindih Hauraina.

"A-abang?" Suaranya tersekat-sekat.

Danish tersenyum sinis apabila melihat muka isterinya yang berubah cuak. Bibir di dekatkan ke telinga Hauraina.

"I will show you.. how much I love you, my little lady" bibir Hauraina di cium rakus.

Hauraina tercungap-cungap apabila Danish berhentikan ciuman mereka. Wajah suaminya di pandang, dia mendengar Danish membaca satu ayat.

"Tonight is our night. I will show my love to you, my little lady. Are you ready? hm?" Nafas hangat Danish terasa di telinganya.

Hauraina menelan liur. Dia menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Bersedia untuk suaminya.

Dan malam itu ialah malam yang paling indah bagi mereka berdua.









Yow!!! Hehe hye sayang ii saya. Maaf lambat update! Thanks sebab baca, sayang awak!! Jangan lupa vote ehh. Klw ada typo author betulkan nnt.

Heheh❤️

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now