Danish merenung mata isterinya, senyum di berikan kepada Hauraina.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau, jom masuk" Tangannya merangkul pinggang si isteri lalu masuk ke dalam bilik, pintu gelangsar di tutup rapat lalu dia menarik langsir. Hauraina dan Danish duduk di atas katil.

"Apa yang abang nak bincangkan tu?" Soal Hauraina dengan wajah polosnya.

"Bulan depan ada majlis pertabalan, di mana pangkat Tengku Asyraf akan di turunkan kepada aku" Terang Danish, bahu Hauraina dipeluk erat.

Hauraina mengangguk-ngangguk kepalanya. Dia hanya diam, membiarkan suaminya sambung.

"Lepas habis majlis tu, kita naik private jet aku untuk ke itali" tangan Danish mengusap pipi Hauraina dengan lembut.

"Okay abang" Hauraina tersenyum manis.

Danish memeluk Hauraina dengan erat. Ubun-ubun isterinya di cium lembut.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab terima aku sebagai suami kau walaupun aku ni jahat" ujarnya, tangannya mengusap pipi isterinya.

Hauraina memandang suaminya. Rambut si suami di usap perlahan lalu turun kepada pipinya.

"Abang tak jahat pon. Arrien tak suka Abang cakap diri Abang tu jahat" ujar Hauraina dengan suara seraknya.

Danish ketawa kecil. Comel apabila Hauraina berkata begitu.

"I'm sorry, my little lady. Jom tidur, aku penat" Danish membaringkan isterinya lalu dipeluk erat. Kepalanya di sembamkan di ceruk leher Hauraina.

"Goodnight, my little lady" satu ciuman di tinggalkan di leher isterinya. Hauraina hanya diam dan senyum.




.



Awal pagi lagi Alisa sudah tercongok di hadapan rumah Danish. Dia mengajak Hauraina pergi membeli belah di Mid Valley.

Danish mengosongkan jadual paginya, dia dan Tengku Asyraf hanya naik satu kereta. Hauraina dan Alisa rancak bersembang. Alexander dan Xiong juga turut serta, katanya bosan.

"Haura teman Akak tengok baju baby boleh?" Ujar Alisa, dia menarik tangan wanita itu ke kedai pakaian kanak-kanak. Danish dan Tengku Asyraf juga mengekori dari belakang.

Alisa mengambil sepasang baju bayi berwarna pink.

"Haura, comel tak?" Soal Alisa. Wajah wanita itu terlalu teruja.

Hauraina tersenyum manis melihat baju comel itu. Ada corak bunga dandelion di baju itu.

"Comel ! Nanti kalau ada anak, saya nak beli macam tu juga lah" Hauraina ketawa. Niatnya hanya mahu bergurau tetapi lain jadinya. Wajah Alisa dan Tengku Asyraf yang tersenyum nakal membuatkan wajahnya bertukar merah. Dia memandang Danish, lelaki itu juga tersenyum nakal.

"Kau nak anak? Hm?" Usik Danish. Pinggang isterinya di peluk erat.

Wajah Hauraina semakin merah mengalahkan tomato.

"Waktu honeymoon nanti, kita berusaha okay?" Dengan selamba dia mengucup hidung isterinya.

"Abang! Kita kat public ni!" Marah Hauraina.

Mereka semua ketawa apabila melihat Hauraina yang sudah merajuk. Wanita itu memeluk tubuh dan diam.

"Aku gurau aje, sayang. Merajuk ke? Hm?" Danish merapatkan jaraknya dengan Hauraina. Pinggang isterinya di peluk semakin erat.

Alisa dan Tengku Asyraf mengabaikan dua makhluk itu, mereka sibuk mencari-cari baju bayi.

Hauraina dan Danish keluar daripada kedai pakaian kanak-kanak itu. Mereka berdua mendekati Xiong dan Alexander yang sedang bersembang.

"Eh, sudah habis beli belah?" Alexander memandang Hauraina dan Danish.

"Taklah Tuan, kami ingat nak jalan-jalan" ujar Hauraina, dia melihat handphone Alexander yang diterbalikkan. Ada sekeping gambar lelaki tua itu bersama seorang wanita di dalam sebuah polaroid.

Zzap!

Hauraina teringat gambar yang dia jumpa di dalam pejabat Danish. Dia hanya merenung gambar sebelum Alexander mengambil dan menyimpan handphone itu kedalam pocket seluar.

Otaknya kembali ligat memikirkan sesuatu sebelum.

"Argh!" Hauraina menjerit kuat apabila tudungnya di tarik dari belakang dengan kasar. Dia memusingkan badannya memandang manusia yang kurang ajar itu.

Pang!

Pipi putih Hauraina bertukar menjadi merah. Dia menelan liurnya apabila melihat perempuan di hadapannya itu.

"Oh ini kerja kau sekarang ya? Layan jantan!" Salmah berkata. Dia memandang tiga orang lelaki di hadapannya.

Alexander menggenggam penumbuknya. Dia bangun lalu berdiri di sebelah anak kandungnya itu.

"How dare you, shit!" Danish menengking perempuan di hadapannya itu. Manusia-manusia yang sedang berjalan di dalam mall itu turut melihat ke arah mereka.

Hauraina di tarik ke dalam pelukannya. Wajah gadis itu sudah berubah merah seperti mahu menangis.

"Don't you dare touch my wife!" Danish memberi amaran. Suaranya kedengaran dingin dan tegas.

Salmah ketawa, dia memandang Danish dengan beraninya.

"Oh berapa anak sedara aku ni bayar badan dia dekat kau?" Soal Salmah dengan sinisnya. Dia memandang Hauraina yang dipeluk erat oleh lelaki di hadapannya.

"Anak yatim piatu memang macam ni ya? Tiada maruah! Tiada didikan daripada mak ayah!" Salmah mengapi-apikan keadaan.

Kemarahan Alexander sudah sampai kemuncak. Dengan pantas tangannya mengcengkam erat leher Salmah. Mulutnya di dekatkan ke cuping telinga Salmah.

"Don't you dare be rude to my family and my daughter, bullshit. Or I'll tortured you!" Cengkamannya di ketatkan sehingga Salmah susah mahu mencari nafas.

Hauraina sudah teresak-esak di dalam pelukan Danish. Dia malu apabila ramai memandangnya ketika Salmah mengfitnahnya menjual diri.

"Kau balik sebelum.." Alexander mengeluh pisau dari pocketnya lalu di letakkan di leher Salmah.

Salmah mengangguk kepalanya dengan laju.

Alexander melepaskan cengkamannya, wajahnya sungguh bengis ketika itu. Dia melihat Salmah yang laju meninggalkan tempat itu seperti lipas kudung.

Dia memandang Danish yang sedang menenangkan Hauraina. Dia mendekati Danish lalu memandang Hauraina.

"Shh dah, dia dah pergi" Danish menyeka air mata Hauraina lalu mereka berpelukan.

Tengku Asyraf, Alisa dan Xiong hanya diam. Seram apabila melihat Alexander yang pendiam itu bertukar bengis.

"Don't cry, my little lady, please?"

Hauraina menganggukkan kepalanya. Mereka semua meninggalkan mall, sepanjang perjalanan Hauraina hanya diam. Bibir gadis itu yang pecah akibat di tampar tadi di bersihkan oleh Danish.

"I'll protect you, my little lady" bisik Danish sebelum Hauraina tertido di dalam pelukan hangatnya.

Alexander tersenyum melihat cara Danish menenangkan anak kandungnya itu. Jika diberikan peluang, dia ingin memeluk dan memberi semangat kepada anak perempuannya itu.

Rindu yang sudah semakin membengkak tetapi Apakah dayanya? Dia hanya mampu melihat dan menjaga anaknya dari jauh.





Hello!! Tq sebab baca ehek

Jangan lupa vote

Luv u!!!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now