PROLOG

4.4K 183 1
                                    

"NO means no. Tak nak lah aku!" Tangan Rifqi bersilang di dada. Kepalanya di gelengkan beberapa kali menandakan dia berkeras menolak idea gila itu. Kawan dia ni pekak ke apa?

"Alaa please lah. Kau kan sayang aku. Dulu kata sahabat sehidup semati. Kita kenal dari kecik lagi kan. " Pujuk Naufal sambil tangannya mengoncang goncang bahu Rifqi.

"Are you wishing for death? Kau dah gila ke nak suruh aku menyamar jadi kau masa blind date tu? Macam mana kalau uncle tahu, matilah aku! Mak bapak kau kan kenal aku jugak. Upahlah orang lain."

Naufal mengeluh. Dia bagaikan cacing kepanasan. Blind date itu dalam dua tiga hari lagi namun dia masih belum ada orang yang sanggup menggantikannya.

"Kau je choice yang ada. Tolonglah kawan kau yang kacak lagi macho ni..."

"Kenapa kau tak pergi sendiri je? Tu blind date kau. Untuk kau jugak!"

Pap!

Lengan Rifqi menjadi mangsa pukulannya. Dahlah mintak tolong orang lepastu lengan orang jugak yang dia pukul.

"Sakitlah mangkuk!"

"Kau dah lupa ke aku ni dah ada girlfriend? Mati lah aku kalau dia dapat tahu aku keluar date dengan orang lain." Jelas Naufal panjang lebar. Dahinya berkerut cuba memikirkan jalan penyelesaian. Stress lah bercakap dengan Rifqi ni. Bebal satu macam !

Rifqi tayang muka menyampah. Inilah padahnya kalau tak nak bagitahu parents yang dari awal dia dah berpunya. Kan dah jadi masalah sekarang.

"So? Why is that a problem? Go tell them now and stop that ridiculous date." Bidas Rifqi memandangkan itu sahaja yang mampu menyelamatkan keadaan.

"Kalau aku bagitahu sekarang memang menempah maut lah. Sebab aku tak bagitahu dari awal. Aku sebenarnya dah ada niat nak bawak dia jumpa family aku tapi...ishh sekarang ni bukan itu main point dia!" Otaknya sudah tidak mampu berfungsi lebih normal. Bagaikan mahu pecah sahaja otak ni memikirnya.

Badan Rifqi sekali lagi digoncang laju. Tangannya setia melekat pada bahu Rifqi dan menggoncangnya sehabis boleh. Seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula sahaja lagaknya.
"Tolonglah aku please.."

"Ishh lepaslah!"

"Taknak"

"Aku cakap lepas!"

Bagai mencurah air ke daun keladi, Naufal masih tidak henti henti memaksa lelaki itu selagi mana permintaannya tidak ditunaikan meskipun Rifqi memekik meminta dilepaskan. Bagaikan bayi yang menangis meraung meminta perhatian, seperti itulah keadaan Naufal sekarang ini di pejabatnya. Sangat tidak ramah.

"Erghhh menyampah lah kau ni. Tepi lah!" Tangan Naufal ditepisnya dan mereka berdua bergelut dalam agenda tolak menolak sesama mereka. Sekali tengok macam WWE.

"Lepaslah gila!"

"Setuju dulu baru aku lepas" Lengan Rifqi ditarik kebelakang. Mahu patah tulangnya.

Kedengaran pintu tombol ditolak. Wanita yang berusia lingkungan 50-an itu memandang pergelutan antara mereka dengan muka yang berkerut.

"Rifqi ! Naufal ! Kamu berdua ni dah kenapa?"

Dengar sahaja suara wanita itu, serentak mereka berdua berhenti. Masing masing memandang antara satu sama lain.

Tangan Naufal menggosok gosok blacksuit Rifqi. "Aduii tak gosok baju ke harini ? Berkedut."

Layanan tersebut dibalas dengan jelingan tajam sebelum dia menyambut tangan ibunya lalu dicium lembut. "Mommy buat apa kat sini?"

"Hi aunty..." Naufal menggaru garu belakang kepalanya yang tidak gatal dan tersengih. Aduhh tak perasan pula Puan Sri dah ada kat sini.

Puan Sri Mazni tersenyum menggeleng melihat mereka berdua. "Jom makan"

"Jommm!" Jerit Naufal walaupun dia bukanlah tetamu yang diundang namun apa salahnya menjadi orang yang terpaling beria dalam dunia ni. Janji dapat makan free.

Manakala Rifqi sudah memandangnya jengkel.

Memalukan !

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now