"KENAPA saya rasa macam tetamu yang lain sedang pandang kita?" Soal Qaira yang mula memecahkan kesunyian diantara mereka.
"Kita? Aku rasa dia pandang kau. Kau kan artis," balas Rifqi, ringkas.
Melopong Farrel memandang mereka berdua. Memang lah tetamu yang lain akan pandang pelik, dah kau tu yang suka suki je panggil pengurus hotel ni sebagai cleaner. Mana taknya dia orang tak terkejut ??!
"Memandangkan awak dah lama bekerja kat sini, awak kenal tak siapa pengurus hotel ni?" Tanya Qaira yang cuba memanjangkan lagi perbualan mereka berdua. Hakikatnya, dia tak berminat pun nak ambil tahu pasal hotel tersebut.
Rifqi menelan air liur. Bercakap dengan Qaira ni memerlukan akal yang panjang. Haih. Terus terang je lah, Rifqi. Baru sahaja Rifqi ingin menjawab, pandangan mereka tertumpu pada suara emcee yang lantang membaca skrip majlis.
"Dengan ini, saya ingin memperkenalkan Tengku Rifqi Aydeen selaku anak Tan Sri Riezham yang sekarang ini sedang memegang jawatan tertinggi di hotel kita. Beliau juga turut merangkak sebagai satu satunya pewaris Golden Group ! Dengan segala hormatnya, dipersilakan Tengku untuk memberikan sepatah dua kata bagi merasmikan annual dinner kita pada malam yang berbahagia ini" Meriah sahaja cara pengacara majlis itu mengendalikan ucapannya.
Tepukan gemuruh diberikan. Para tetamu nampaknya sedang meraikan kehadirannya pada malam ini.
Rifqi melebarkan senyumannya. Wah, sangat kena sekali dengan timing ya !
Tanpa membuang masa, Farrel segera menghampiri Rifqi bagi membantu menyarungkan suit hitamnya yang baharu memandangkan suit tadi telahpun basah.
"Thankyou" ucap Rifqi setelah selesai suit tersebut disarungkan. Ucapan tersebut dibalas dengan anggukan kecil dari Farrel.
Pandangannya kemudian beralih pada Qaira yang agak terkedu memandangnya dengan tidak percaya. Yalah, bukan main rancak dia berbual tadi tanpa mengenal pasti betul betul identitinya.
"Nanti kita sambung" Kepalanya dianggukkan sekali kearah Qaira, sekaligus meminta izin untuk dia naik ke pentas.
Kata kata dari Rifqi hanya sekadar didengar. Wajah gadis itu masih melopong. Kebodohan apa yang dia dah lakukan malam ini?
Sepanjang Rifqi memberikan ucapan, Qaira hanya mampu memandang kasutnya. Malu. Sangat malu. Begitu yakinnya dia saat menegur lelaki tadi.
First time urat malu aku ada function.
"JADI awak ni PA dia ?"
Farrel mengangguk sahaja. Dah kenapa pula gadis ini mengajaknya berbual. Mesti ada udang disebalik batu bata ni.
"Baguslah macam tu" hujung bibir Qaira ternaik sedikit, mempamerkan senyum sinis. Dia ada plan yang sangat bernas.
Matanya seketika mengerling Rifqi yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki tua separuh abad itu. Business partner kot ataupun kawan ayah dia. Well, nothing impossible.
Dia kan pewaris Golden Group.
Sekalipun dia hanyalah pencuci tandas, aku still akan pilih dia jadi bakal imam aku.
Ehhem.
Farrel berdehem beberapa kali untuk menyedarkan Qaira yang dia masih lagi berdiri disana."Err saya panggil awak ni sebab saya nak minta tolong sikit"
"Minta tolong ?" Sebelah kening Farrel terangkat sedikit. Tolong apa pula dia ni ? Ya Allah, selamatkan lah hambamu dari terus dizalimi.
"Senang sahaja. Saya nak upah awak curi kereta saya. " Kunci kereta dihulurkan pada Farrel dengan semudah abc.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...