"TUNGGU sini kejap ea Raisya. Papa nak pergi cuci tangan" Kata Rifqi sebelum dia meninggalkan Raisya seorang diri di meja mereka. Risau juga tapi memandangkan Raisya masih lagi demam, tak elok juga kalau dia biarkan Raisya kehulu kehilir ikut dia.
Tempat cuci tangan cuma bersebelahan kaunter sahaja. Berkali kali dia toleh ke tempat duduk mereka untuk memastikan Raisya okey dan masih berada disana.
Setelah selesai mencuci tangan, dia menoleh ke belakang. Mukanya bertukar pucat.
MANA RAISYA ?!
Dia kembali ke tempat duduknya. Bawah meja dia perhati, kiri kanan dia toleh namun tiada sebarang kelibat kanak kanak.
"Ya Allah, kat mana Raisya ni" Rifqi beristighfar panjang dalam hati, sambil dia mencari cari Raisya. Jarang Raisya pergi ke mana mana tanpa meminta keizinannya terlebih dahulu.
Jantungnya tidak henti henti berdegup kencang. Dia tak akan sesekali maafkan diri dia sendiri kalau ada apa apa terjadi dekat Raisya. Sudahlah Raisya demam harini.
"Raisya..? Raisya !" Berkali kali nama Raisya dipanggil tetapi tiada satu sahutan pun yang dia dapat.
Setiap orang yang lalu lalang akan ditanya olehnya namun tiada siapa pun yang perasan akan kemana kanak kanak itu pergi.
Rifqi mengusutkan rambutnya. Mukanya diraut kasar. Astaghfirullahalazim, apa yang dah berlaku ni ? Semua ni terlalu tiba tiba.
Kalau Hadif tahu, mahu mengamuk dia ni.
Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu contact Naufal ditekan laju untuk didail.
"Assalamualaikum Naufal, kau kena tolong aku!" Nafasnya termengah-mengah bukan kerana penat berlari, namun kerana rasa takut dan panik menghantui dirinya. Kejadian yang berlaku pada waktu ini diceritakan ringkas.
Ya Allah, permudahkanlah urusan aku, bisiknya dalam hati.
PRANG !
Botol kaca sos cili yang dipegangnya tiba tiba terlucut dari tangan. "Allahuakbar"
Dadanya diusap usap. Hatinya tiba tiba sahaja rasa tidak senang duduk. Botol Kaca yang telah pecah itu dipandang Hadif. Kenapa tangan aku tiba tiba cuai pula harini...?
"Orang cakap kalau ada benda pecah tandanya..."
"Diam lah. Semua tu mitos sahaja." Potong Hadif sebelum doktor Ghazrin sempat menghabiskan ayatnya.
"Mana kau tahu mitos? Kalau betul macam mana?" Soal Ghazrin. Kepalanya disengetkan sedikit tanda ingin tahu.
"Kata kata tu doa tahu tak? Baik kau diam sebelum aku sumbat kaca ni kat mulut kau" Hadif bangun berdiri dari kerusinya.
"Kau nak pergi mana? Mi goreng kau pun tak terusik lagi tu"
"Nak pergi bayar ganti rugi la. Aku dah pecahkan barang diorang"
"Bayar nanti nantilah. Makan dulu lepasni kena handle fisioterapi pula"
Selain merupakan doktor pakar ortopedik, Hadif juga merupakan pelatih yang bertanggungjawab dalam fisioterapi.
"Tak apalah. Aku tak lapar mana pun. Aku bungkus je la makanan tu" ujar Hadif lalu dia mengorak langkah ke kaunter. Sungguh dia dah tak ada selera untuk makan. Rasa gementarnya yang tiba tiba ini lebih merisaukannya.
Ghazrin sempat terpandang skrin telefon lelaki itu. Jelas kelihatan paparan sembang Whatsapp isteri Hadif. Baru lepas chat bini rupanya.
Namun yang menarik perhatiannya, hanya Hadif sahaja yang menghantar mesej dan semuanya mendapat double tick. Tak ada satu pun yang berbalas.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...