SETELAH beberapa jam Qaira dan Raisya berada didalam dewan bedah untuk pembedahan transplan buah pinggang, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar. Mereka berdua kemudian dipindahkan ke bilik wad masing masing yang hanya berada secara sebelah menyebelah.
Rambut anak perempuannya dibelai. Wajahnya masih pucat namun dia lega, kerana semuanya berjalan dengan lancar. Keadaan Raisya kini semakin stabil walaupun belum menyedarkan diri.
"Rehatlah, sayang.. Daddy sayang awak tau" ciuman halus dilabuhkan di dahi anaknya itu. Senyuman ditarik keatas.
"Hadif" sapa Naufal yang baru sahaja berjalan memasuki wad Raisya. Kedatangannya ditatap Hadif. Mata Hadif saat itu merenung gadjet yang dipegang oleh tangan Naufal.
"Is that my phone?" Soal Hadif lalu mendapat anggukan dari Naufal sebagai tanda ya.
"Aku nampak ada notification missed call tadi.."
"Siapa call?" Wajah Naufal dipandang dengan riak yang berkerut. Disambutnya huluran telefon bimbitnya itu dari tangan Naufal.
"Your wife.."
Terdiam Hadif buat seketika. Skrin dihidupkan dan nama yang terpapar di notifikasi skrin dipandang.
25 missed call by my beloved wife 🤍
Aplikasi WhatsApp dibuka lalu dia melihat mesej spam yang dia terima dari isterinya, Reanna Haneesya. Tiada niat untuk membuka mesej tersebut, skrin telefon dimatikan semula lalu dia seluk telefonnya ke dalam poket kot putih doktornya.
Ada satu sahaja perasaan sahaja yang sedang berlegar-legar dihatinya saat ini.
Which is.
Tawar hati.
Terkejut juga Naufal melihat kelakuan lelaki 30-an itu yang seakan tidak terkesan langsung dengan semua panggilan yang tak terjawab serta mesej yang dispam oleh isterinya sendiri. Bukankah dia juga yang sentiasa menantikan isterinya untuk kembali ke pangkuannya semula?
Atau, dia dah mula berhenti berharap?
"SAYA lapar. Taknak makan bubur nasi hari hari. Muak." Adu Qaira dengan suara perlahannya sambil tangan menolak lembut mangkuk yang diletakkan diatas meja makannya di katil tersebut.
"Tapi cik Qaira kena makan.. Nanti perut masuk angin." Balas Jururawat tersebut. Boleh fed up kalau seminggu jaga dia ni. High demand betul.
Darwish menghela nafas penat perlahan. Diperhatikannya jururawat yang kelihatan buntu melayan karenah Qaira. Nasi taknak. Bubur nasi taknak. Apa lah yang dia nak.
"Habistu cik nak makan apa?" Soal Darwish dengan penuh kesabaran. Baru lepas bedah kelmarin pun dah mengada ngada. Sakit buat cara sakit.
"Yang penting taknak nasi." Balas Qaira. Wajahnya memaparkan reaksi biasa namun sakit yang dia rasakan saat ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Kesan ubat bius sudahpun hilang maka semestinya datanglah rasa sakit yang bertubi tubi.
"Orang sakit kena makan yang ringan ringan je cik. Makan je lah bubur tu. Buat masa sekarang itu je yang cik boleh makan. Cik tak boleh makan benda sembarangan. Bubur je yang sesuai.Tak perlu mengada sangat. "
Bebelan dari Darwish mendapat jelingan tajam dari Qaira. Tadi dia juga yang tanya, sekarang dia pula yang meroyan.
"Assalamualaikum" sapa Rifqi dari pintu masuk. Kakinya berjalan masuk bersama Farrel, iaitu setiausahanya. Selepas sahaja tahu yang Qaira berada di wad sekarang ini, Farrel terus memutuskan untuk bersama sama dengan bosnya untuk menjenguk keadaan Qaira.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...