SEDARI TADI, Qaira tidak berhenti mengelamun. Sejak dari awal temu bual tadi sampailah sekarang, Qaira memang banyak kali hilang fokus. Darwish disebelahnya juga turut risau memandangnya.
"Cik okay?"
Qaira mengangguk lemah. Otaknya tidak henti berhenti diperah memikirkan sesuatu yang tidak orang lain ketahui. Bagai cacing kepanasan saja lagaknya.
"Are you sure?"
"Yes. Saya okey je. Tak perlu risau." Kata Qaira tegas. Kemudian wajahnya menunduk kebawah, dalam diam dia melepaskan keluhan perlahan.
Apa aku dah buat ni..
Entah entah Rifqi dah tahu pasal tu? Sumpah, aku tak ada niat pun nak kecewakan dia. Aku cuma...
Keluhan dilepaskan lagi.
Maafkan aku, Rifqi.
Darwish memetik jarinya beberapa kali. Gigih dia ingin mencari tahu alasan gadis itu bersikap sebegini. Dia penatkah atau ada sesuatu yang mengganggu fikirannya?
"Cik, you know you can trust me right? Kalau ada rasa nak luahkan apa apa, aku boleh jadi pendengar. Tapi kalau tak selesa nak bercerita pun tak apalah." Darwish tersenyum kelat. Melihat Qaira yang tidak mengendahkan percakapannya membuatkan dia berputus asa sekejap.
"Kalau kita dah buat salah, apa kita patut buat?" Tanya Qaira tiba tiba. Darwish yang baru sahaja berdiri kembali duduk.
"Buat salah yang macam mana?"
"Itu..saya tak boleh bagitahu tapi, besar jugalah kesalahan tu. Saya mula mula fikir yang dia takkan tahu tapi tak ada yang mustahil kalau dia tahu itu kerja saya. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh buat kerja gila macamtu. Saya nak ganti rugi balik tapi.. saya tak tahu macam mana nak buat semua tu tanpa dia tahu pelakunya. Cuma saya syak, Dia dah tahu itu kerja saya."
"Nampak macam besar juga kesalahan awak tu." Ujar Darwish jujur.
"Besar. Sebab benda tu bernilai." Qaira melepaskan keluhan kecil.
"Hmm kalau saya jadi cik, saya akan berterus terang dan minta maaf. "
"Tak boleh! Dia mesti marah, kesal sebab... Hmm"
"Sebenarnya mengaku salah itu lebih baik. Percaya atau tidak, Keadaan akan jadi lebih teruk kalau dia tahu semua tu dari orang lain" nasihat Darwish. Wajah cantik Qaira dia tatap. Masalah apa yang melanda gadis itu?
Qaira menekup wajahnya dengan kedua dua telapak tangannya. Nak minta maaf? Apa agaknya reaksi Rifqi kalau tahu yang aku buat semua tu?
Aku rasa bersalah sangat sangat..
"Cik cakap benda tu bernilai? Melibatkan duit ke?"
Qaira mengangguk.
"Banyak ke?"
"Banyak.. kalau saya cakap awak takkan percaya juga. tapi kalau nak ganti rugi semua tu, mustahil.. saya rasa saya kena jual kereta saya tu"
"Ehh?"
"Oh yes! Saya nak pergi jual kereta saya. " Qaira bangun dari sofa.
"Cik serius ke ni?"
Qaira mengangguk lagi. "Dengan cara ni je, dia akan tahu yang saya ikhlas meminta maaf."
"Janganlah terlalu cepat sangat bertindak, cik. Fikir betul betul. Itu saja ke caranya?"
"Saya nak buat apa lagi ?!"
"Sabar, cik.. Cuba cik bertenang dan fikir balik macam mana cik boleh buat kesalahan yang besar macamtu?"
"Awak takkan percaya sebabnya.. ergh buat bazir air liur je cakap" Qaira mengeluh panjang.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...