BAB 30

2.5K 117 21
                                    

"DOKTOR, " Sapa Qaira saat dia ternampak kelibat Hadif yang baru sahaja keluar dari bilik pesakit tersebut. Langkahnya bergerak menghampiri lelaki itu.

Sejak dua menjak ini, dia seringkali terserempak dengan Hadif setiap kali selepas temujanji dengan pakar psikiatri. Mungkin jodoh dengan Rifqi tu kuat sangat sampai dengan kawan kawan dia sekalipun aku selalu dapat jumpa.

Kecilnya dunia ni. Tapi mungkin kecil sebab aku menerima rawatan dekat hospital ni kot.. tapi dah lama dah cuma sekarang je selalu terjumpa dengan bapak singa ni.

Hadif menoleh lantas tersenyum nipis sebaik sahaja memandang Qaira yang berjalan kearahnya.

"Baru lepas jumpa pakar ke?"

Qaira memberikan anggukan kecil. Kemudian dia memandang wajah Hadif untuk seketika. Cuba untuk bertanyakan soalan tetapi bimbang bakal menganggu emosi lelaki tersebut.

"Nak tanya, tanya saja lah. Aku free lagi buat masa sekarang." Kata Hadif. Dia faham sangat dengan Qaira. Nak tanya tapi segan. Memang dah selalu macamtu.

"Err.. saya sebenarnya tak ada niat pun nak masuk campur urusan rumah tangga ataupun keluarga doktor tapi, saya harap doktor dapat pertimbangkan balik keputusan doktor.." ujar Qaira dengan nada lemah. Dia agak kasihankan Raisya yang murung sahaja sejak kebelakangan ini kerana memikirkan tentang penceraian antara kedua ibu bapanya.

Raisya agak matang dari usianya. Qaira tahu anak kecil itu tidak mahu memilih antara ibu dan ayahnya dan jikalau dia harus memilih sekalipun, pasti ayahnya yang akan menjadi pilihan kerana anak kecil tersebut lebih rapat dengan doktor Hadif.

Hadif mengeluh perlahan. "Aku dah cuba dan aku dapat rasakan cara ni yang paling terbaik. Kau fikir aku sanggup ke berpisah jauh dengan Raisya? Aku yang jaga dia dari kecil sampai sekarang, aku yang besarkan dia.. aku yang ada disaat dia mula menyebut perkataan pertamanya." Kedua dua belah tangan naik bersilang di dada.

"Jadi kenapa awak sanggup ambil keputusan untuk berpisah? Awak pun masih cintakan isteri awak kan?"

"Ya, aku memang masih sayangkan dia tapi rasa sayang ni toksik sangat. Rasa sayang ni lah yang mengaburkan pandangan aku yang Reanna sebenarnya dah lama tawar hati dengan aku. Dia cuma nak stay sebab dia nak anak dia balik. Sebab kalau dari awal dia nak tuntut fasakh, dia tak ada sebab yang kukuh. Aku tak pernah zalim dengan dia. Pukul dia? Tak pernah.. Nafkah every month aku bagi. Setiap langkah dia, aku ikhlaskan dan aku doakan yang terbaik.. jadi inilah cara yang terbaik, aku serahkan hak penjagaan tu dekat dia. Mungkin Raisya takkan dapat terima semua ni tapi lama lama dia akan faham juga"

Terasa perit di dadanya saat dia mengungkapkan apa yang telah terselit selama ini dalam hati. Betapa dia memendam semua keegoannya demi satu rasa yang dinamakan cinta.

"Aku faham je kalau isteri aku dah tawar hati dengan aku. Dunia kami berbeza. Aku doktor dan dia model. aku lebih sibuk dengan kerja aku berbanding dia. Kau pernah cakap kan, 'I may win in my career but not in my family' and ya, aku mengaku. Aku tak salahkan dia pun kalau dia dah tawar hati, salah aku juga sebab tak sedar diri. Even kalau ada emergency call masa cuti, aku perlu utamakan skop kerja aku dan dia tak pernah complain pun sebab dia nak jaga hati aku. So, She deserves better.."

"Tipulah kalau aku cakap aku dah tak cintakan dia. Tawar hati tu cuma alasan.. so that, dia takkan rasa bersalah sangat dengan aku. Aku tahu orang akan anggap aku bodoh sebab pilih keputusan ni tapi cukuplah sampai sini sahaja perjalanan cinta aku. Biarkan aku hidup dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan. That's better than keep hurting her to stay with me.."  sambung Hadif lagi.

Qaira terkedu saat dia melihat Hadif menyeka air matanya. Saat itu, dia boleh nampak betapa sayangnya Hadif terhadap isterinya. Siapa yang tak sayang isteri kan? Tapi Hadif lain.. walaupun setelah apa yang isteri dia dah buat dekat dia, istilah tawar hati tak pernah wujud dalam kamus kehidupannya.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now