TROLI ditolak sekaligus mereka berjalan beriringan antara satu sama lain. Nasib baiklah pasaraya hari ni tak berapa nak ramai sangat orang. Mungkin sebab hari ni hari isnin kot.
"Awak, bagi lah saya tolak. Awak lah yang cari barang dapur mummy awak tu"
"Nope. Nanti troli makin lama makin berat, kau larat ke nak tolak?"
"Awak ingat troli tu dumbell?? Berat mana je sampai saya tak boleh tolak.." bantah Qaira. Dia masih lagi berkeras mahu membantu.
"Tak apa. Tugas kau. Ikut aku diam diam je. Kau sendiri juga yang cakap nak ikut teman aku beli barang kan? Bukan aku yang ajak. Jadi dengar cakap aku"
Bibir Qaira menarik muncung. Dah alang alang dia nak teman tu bagi je lah dia buat kerja. Tolak troli je kot. Kalau nak suruh cari lauk pauk manalah dia reti.. siang ikan pun dia tak pandai !
Rifqi menahan senyum melihat Qaira yang dari tadi memuncungkan bibirnya. Merajuk lah tu. Kakinya kemudian berhenti pada bahagian sayur sayuran.
"Qaira.."
Qaira hanya diam tidak berkutik. Dia dengar, namun diamkan sahaja sambil menunggu kata kata yang seterusnya keluar dari mulut Rifqi.
"Tadi kata nak tolong kan? Tolong ambilkan sawi.. aku nak pergi beli ayam sekor kejap." Troli ditinggalkan bersama Qaira yang terpinga pinga berfikir tentang apa itu sawi ?
Hurm apasal semua nampak sama je.
Qaira menggaru garu dahinya yang tidak gatal. Sawi? Wujud ke sayur nama sawi? Setahunya semua yang berwarna hijau tu sayur. Tak kisah lah kangkung ke apa pun.
Ish label pun dah terkoyak bagai ni. Macam mana aku nak tahu mana satu sawi ni..?
iphone dikeluarkan dari beg tangannya. Cepat cepat dia membuat carian tentang sawi.
Okay dah dapat.
"Hurm yangtu nampak sama. Ambik je lah." Seikat dua 'sayur hijau' yang disangkanya sawi itu diletakkan didalam troli dengan selamat.
Setelah itu, kepalanya diangkat mencari cari kelibat Rifqi yang sudah hilang entah kemana. Hairan. Dia beli ayam ke dia tangkap ayam ni??
"Cari siapa?" Sapa suara garau dari belakangnya. Rifqi.
Qaira menghembus nafas lega. "Ish kenapa lambat sangat?? Saya ingat awak dah tinggalkan saya tadi"
"Lah, kan aku beli ayam. Ramai orang tu kat sana. Kena beratur bagai. Jangan risaulah, aku takkan tinggal anak dara orang macamtu je. Bahaya. "
Topi jenis cap yang dipakai Qaira itu dibetulkan sedikit. "sorry, nampak senget topi tu."
Qaira hanya diam terpaku melayan hati yang sudah gundah gulana dengan tindakan tiba tiba Rifqi yang membetulkan topinya. Ya, dia memang akan pakai topi kalau keluar berjalan untuk lebihkan privasi.
Plastik ayam diletakkan kedalam troli. Sayur hijau yang turut terletak didalam troli itu dipandang lama.
Ni bukan sawi.
Ni kailam.
"Qaira" gadis itu menoleh sebaik sahaja namanya dipanggil.
"Ni sayur kailam la sayang oii.. sayur sawi ni macam ermm.."
Merah membahang wajah Qaira mendengar perkataan sayang keluar dari mulut lelaki itu. Aku tak silap dengar ke? Dia.. panggil aku sa...yang?
"Ha macamni" sayur sawi diangkat dan digantikan dengan sayur kailam. Wajah Qaira yang merah padam ditenung seketika.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...