BADANNYA yang sudah kepenatan itu direbahkan diatas katil. Setelah penat shooting sebagai duta produk serum kecantikan, dia sudah terlalu penat untuk bergerak. Kakinya juga sudah lenguh, menyeru dirinya untuk bermalas malasan.
Dia masih ada setengah jam lagi sebelum second round untuk shooting pada hari ini. Kalau dibiarkan masa begitu sahaja, membazirlah. Nak tidur pun macam tak sempat. Kalau bangun tiba tiba mesti melarat habis makeup dia ni dengan pakej air liur basi Qaira Alana punya penangan!
Akibat virus kepuasan melanda dirinya, Handbag disebelah dia capai. Tangan sibuk menyeluk handbag miliknya. Meraba raba isi didalam handbagnya demi seketul gadget yang dinamakan iphone.
Mak aih, tak sangka banyak juga barang dalam handbag aku ni ya. Entah apa yang dia bawa dalam handbag dia ni. Semua benda nak disimpan dalam ni. Kadang kadang dia pun tak faham apa yang dia bawa dalam handbag dia yang bersaiz sederhana ini.
Girl's problem...
Hmm...
eh. Apa ni.
Tangannya tiba tiba dapat merasakan sesuatu plastik didalam handbag lantas cepat cepat dia tarik keluar. Orang cakap, curiousity kills the cat tapi aku kan manusia jadi tak apa apa lah kan? Lagipun, ni handbag aku jadi apa masalahnya? barang aku jugak yang aku usha.
Qaira terdiam seketika.
Plastik Farmasi.
Plastik farmasi tersebut terisi dengan ubat sapu antiseptik bersama dengan sekotak kapas. Plastik yang lelaki itu berikan kepadanya beberapa hari yang lepas...
Sememangnya pemberian lelaki itu masih tidak terusik. Kali terakhir dia sentuh adalah sewaktu kali terakhir mereka berjumpa. Itupun sekadar tengok isi dalamnya sahaja.
"Don't forget to use it okay? Use it carefully. "
Kata kata lelaki itu sedang bermain di mindanya. Entah kenapa, hatinya tiba tiba sahaja tergerak untuk membuka kotak kapas itu. Tangannya perlahan lahan memicit ubat sapu antiseptik itu ke kapas sebelum dia sapu ke lengan yang penuh dengan kesan toresan pisau.
"Sssssss...." Berkerut kerut mukanya menahan rasa sakit. Walaupun luka itu tidaklah sedalam luka dan parut dihatinya, namun masih lagi pedih.
Sikit je ni. Luka kat hati dia lagi dalam lah, getus hatinya.
Tangannya masih setia menyapu ubat di lengan kirinya. Seketika dia tersenyum memikirkan peristiwa yang berlaku di kafe beberapa hari yang lepas.
He's not that bad actually.
Rupa ada. Perangai pun helok kecuali part yang dia bidas aku tu. Walaupun anoyying tapi tetap hensem....
"Eh aku ni dah kenapa macam orang tak betul senyum senyum macamni. Aku...blushing ke ni? Tapi kenapa aku blushing? aihhh takkanlah sebab lelaki tu kot. Tapi.. hmm agaknya otak aku terlalu penat kot sampai tersalah control hormon."
Qaira terus bermonolog sendiri. Pelik! Kenapa aku beria sangat nak throwback apa yang jadi masa blind date tu. Lelaki tu takde buat apa apa yang special pun!
"But i like his wise words. " ujarnya sendiri lalu dia tersenyum lagi.
EEEEE APA NAK JADI DENGAN AKU NI. KENAPA AKU BLUSHING ????
Tangannya bertepuk tampar ke mukanya.
LANGKAHNYA berhenti tepat 1 meter di belakang lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke belakang, harapannya musnah dan hancur dilanda ombak pantai.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...