BAB 48

2K 122 12
                                    

QAIRA menghantuk hantukkan wajahnya ke stereng kereta dengan kuat. Apa aku dah buat ni.. tergamaknya aku sakitkan hati dia.

Air mata sudah membanjiri pipinya. Dadanya yang terasa sakit itu dicengkam kuat. Tangannya menggigil teruk. Here we go again...

Sedaya upaya dia cuba bertenang, Belakangnya disandarkan ke kerusi sofa pemandunya. Badannya yang kesejukan itu cuba bertahan melawan penyakitnya sendiri. Tatkala dia cuba untuk bertenang, alunan zikir yang pernah dilantunkan oleh Rifqi kembali melayang di fikirannya.

'subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakhbar..'

Sebaik sahaja dia membayangkan suara alunan tersebut, hatinya kembali tenang. Air mata yang masih mengalir itu dibiarkan.

"Rifqi, saya minta maaf...."

..........

SENYUMAN wanita tua itu serta merta mati sebaik sahaja melihat kedatangan Qaira. Begitu juga dengan Qaira, dia agak tersentak memandang wanita itu yang diyakini isteri pertama ayahnya dan juga merupakan ibu tirinya.

"Maaf menganggu, saya nak balik dulu" ucap Qaira sebelum dia memusingkan badannya. Dirinya terasa tertipu. Kata papa, ada hal penting yang mahu dibicarakan. Rupanya inilah hal penting itu ya?

"Tunggu dulu, Qaira. Jemput masuk. Kita makan sekali. Umi dah masak.." kata Elmira. Lengan Qaira ditangkap dengan pantas dan digenggam lama.

"Saya taknaklah!"

"Qaira pun keluarga kami juga.."

"Qaira taknak terlibat dengan keluarga macam ni.. I am not the member of this family.."

"You are, Qaira Alana. Masuk dalam rumah sekarang, jangan nak lari." Tegas Tuan Qayyum yang baru muncul di pintu. Puan Sofiah disebelahnya memandang jengkel lalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Qaira.

Qaira dipaksa masuk sehingga ke ruangan makan. Bahu Qaira ditolak lembut untuk duduk.

"Ish, tak payahlah." Getus Qaira dengan riak menyampah. Lengannya menyiku Elmira yang dari tadi mengawal pergerakannya.

"Qaira!" Tuan Qayyum bersuara. Qaira mendengus lama lalu dia merebahkan duduk dengan terpaksa.

"Mana hal penting tu?" Tanya Qaira kasar.

"Makan dulu, lepastu baru papa beritahu.."

"Qaira tak lapar." Balas Qaira.

"Hah ini ke tetamu yang abang cakapkan tu? Perangai macam longkang macam ni ke tetamu abang tu? Baguslah, layankan je perangai biadap dia ni. Sama macam mak dia. Mak dia perampas, anak pula biadap macam binatang" Sindir Puan Sofiah yang nyata mendatangkan kemarahan Qaira yang telah sedia ada.

Gelas yang berisi air kosong itu dia simbah ke muka Puan Sofiah tanpa rasa bersalah. Terbeliak muka wanita tua itu.

"Biadap kamu ya!!!" Jerkah Puan Sofiah. Terbangun wanita itu dari kerusinya membuatkan Elmira tersentak kuat.

"Umi..." Pujuk Elmira. Perangai biadap Qaira nampaknya tidak pernah luntur dari jiwanya.

"Qaira, kenapa kamu buat macamtu?" Tegur Tuan Qayyum dengan nada yang menegur. Tidak lagi seperti dulu yang mengherdiknya. Dia sudah insaf dan mahu berubah..

"Kenapa Qaira buat macamtu? Isteri kesayangan ni hina mama!! Macam mana Qaira tak marah? Papa biarkan je dia hina mama? Papa sedar tak, syarikat papa tu boleh jadi maju sekarang sebab keluarga mama!! Papa tak kenang budi."

Pang. Tamparan hangat dilepaskan ke pipinya. Qaira menjeling taja kearah wanita tua itu.

"Nak mampus awal ke makcik? Jangan cabar saya lah!" satu pinggan kaca diambil lalu dilontar ke lantai. Ya, dia sudah mulai memberontak.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now