BAB 26

2.2K 129 27
                                    

ENJIN KERETA dimatikan. Setelah setengah jam memandu, akhirnya dia telah sampai ke rumah. Kepala ditoleh ke kiri, memandang dua beranak itu yang sudah terlelap di kerusi.

Wajah anaknya yang lena tidur dalam pangkuan isterinya dipandang dengan senyuman nipis. Tangan menggosok mata untuk menghalang air mata dari turun.

'erhh tahanlah Hadif. Kau lelaki..'

Kerusi ditepuk tepuk lembut. "Reanna, bangun. Kita dah sampai.."

Reanna terjaga. Perlahan lahan dia menggosok matanya. Dipandang anaknya yang masih tertidur.

Pintu kereta dibuka sebelum dia keluar. dari keretanya. Pintu di sebelah Reanna ditarik dan dibuka.

"Biar saya dukung dia.."

"Tak apa. Saya nak juga rasa dukung dia." Pelawaan Hadif ditolak. Walaupun masih mamai, dia tetap berkeras mahu mendukung anaknya sehingga ke bilik tidur.

Badan Raisya dicempung erat. Segera dia keluar dari perut kereta. Pintu rumah yang telah dibuka Hadif itu diperhatikannya.

Masih rumah yang sama.

Sandal putih miliknya ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Mana bilik Raisya?" Soal Reanna ingin tahu sambil dia memandang wajah Hadif.

"Kat atas.."

Reanna mengangguk faham. Tubuh kecil anaknya tetap dia dukung walaupun tangannya sudah lenguh. Tangga dipanjat sehingga sampai ke tingkat atas. Sampai sahaja di bilik anaknya, dia merebahkan perlahan badan Raisya ke katil.

Selimut ditarik menutupi separuh dari badan anaknya. Niatnya hanya sekadar ingin melihat anaknya tidur dengan lena dan kemudian dia akan beransur keluar. Belum sempat dia bangun berdiri, tangannya digenggam erat oleh Raisya.

"Nak tidur dengan mommy.." Rengek Raisya manja. Genggaman tangan masih belum dia lepaskan.

"Tapi mommy.."

"Mommy tak sayang Raisya ke?" Membulat mata Reanna saat ditanya begitu. Cepat cepat dia gelengkan kepalanya.

"Mana ada. mommy sayang Raisya lah"

"Sleep with me then.." ujar Raisya yang membuatkan Reanna tidak senang duduk. Mahu sahaja dia pergi namun tidak sampai hati pula dia ingin menghampakan permintaan anaknya.

Setelah dipujuk berkali-kali, Badannya juga akhirnya turut dibaringkan disebelah Raisya. Badan Raisya dipeluk erat sambil dia menepuk nepuk perlahan belakang anaknya. "Tidur eh Raisya..shh mommy ada ni"

Berkali kali juga dia ingin melarikan diri kerana dia bimbang Hadif tidak mengizinkan dia untuk tidur disana. Tetapi, berkali kali jugalah Raisya berjaga terutamanya setiap kali dia ingin solat maghrib dan Isyak.

Apa yang harus dia lakukan? Sungguh, dia buntu.



TANGAN diregangkan sebaik sahaja dia terbangun dari tidurnya. Skrin telefon dihidupkan lalu jam 5:03 minit pagi tertera di lockscreen nya.

tuala yang tersangkut dicapai lalu Rifqi segera mengatur langkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk bagi menunaikan qiamulail sebelum tibanya waktu subuh.

Dia seringkali ditanya mengapakah sehingga sekarang dia belum mempunyai kekasih hati, dan jawapannya adalah dia mahu mengejar cinta Sang Pencipta terlebih dahulu sebelum mendapatkan cinta manusia. Dia mahukan kehidupan yang sentiasa diredhai dan bukannya kehidupan yang hanya berkisarkan dunia sahaja.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now