Xian mengangguk. Mereka semua memandang Danish yang sedang termenung.

"Bila majlis pertabalan tu?" Soal Xiong.

"Aku sendiri akan setkan tarikhnya bila-" belum sempat Tengku Asyraf menghabiskan ayatnya Danish sudah memotong.

"I will marry her" potong Danish dengan wajah dinginnya. Dia tersenyum manis apabila melihat Alisa ternganga.

Suasana menjadi sunyi. Mereka semua tidak percaya semudah itu seorang Danish Haiziq membuat keputusan. Keputusan yang mereka sendiri tidak menafikan.

.

Tangan bergerak menyusun pinggan sambil sebelah lagi tangan mengelap singki. Ayam yang di goreng tadi di angkat lalu di letakkan di atas meja makan. Hauraina menghela nafas. Penat buat kerja seorang diri! Makjah rehat didalam bilik kerana demam panas. Kakinya melangkah ke singki untuk mencuci tangan.

"Arrien"

Hauraina memusingkan badannya lalu dia terjerit kecil melihat Danish yang sedang memandangnya. Mata lelaki itu menikam anak matanya.

"B-bila awak balik?" Soalnya kepada Danish.

Danish diam membisu. Dia menilik muka gadis itu dengan penuh minat. Sangat cantik! Sangat sempurna!

"Arrien" seru Danish. Dia mendekatkan jaraknya dengan Hauraina.

"Y-ye? Kenapa awak?" Soalnya.

Danish menjauhkan jaraknya bersama Hauraina. Dia memandang Hauraina dengan dingin.

"Aku taknak kau duduk sini sebagai pembantu rumah aku lagi" ujar Danish dengan dingin.

Hauraina terdiam. Tiba-tiba hatinya terasa sakit mendengar kata-kata Danish. Tetapi dia sedar siapa dirinya.

"Maaf" Hauraina menunduk.

"Saya sedar saya hanya menumpang" ujar Hauraina. Dia masih lagi menunduk. Dia cintakan lelaki itu.

"Saya akan keluar secepat mungkin" Hauraina mengangkat kepala, matanya dan Danish bertemu. Senyuman pahit di berikan kepada lelaki yang dia cintai.

Danish dalam diam tersenyum. Dia mengusap pipi gadis itu lalu mendekatkan mulutnya ke telinga gadis itu.

"Aku nak kau jadi isteri aku Arrien" bisiknya dengan nada menggoda.

Hauraina tersentak, dia terus memandang wajah Danish yang sedang tersenyum. Senyum manis dan ikhlas.

"Aku cintakan kau Hauraina Arrien. And you will always be mine" ujar Danish dengan lembut.

Hauraina tersenyum nipis. Dia membalas renungan lelaki itu. Mata lelaki itu dipenuhi dengan kejujuran.

Danish melutut lalu mengeluar satu bekas kecil berwarna merah. Apabila dia membukanya, ada sebentuk cincing berlian yang cantik.

"Will you marry me, my little lady?" Danish tersenyum manis. Suaranya sangat romantik.

"Y-yes!" Hauraina tersenyum manis lalu menyarungkan cincin itu di jarinya.

Mereka berdua membalas senyuman. Hauraina dan Danish duduk berdua di meja makan.

"Hal tentang majlis kau jangan risau. Aku dah uruskan semuanya, kau hanya perlu bersiap untuk jadi isteri aku" Danish mengenyitkan matanya.

Hauraina tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia membelek cincin di jarinya. Cantik!

"Cincin khawin kau lagi cantik daripada tu" ujar Danish dengan nada lembut. Hauraina ketawa kecil.

Hauraina memanggil Makjah untuk makan tengah hari bersama-sama. Hauraina terus bercerita kepada Makjah tenang apa yang jadi di dapur tadi.

"Bukan main! Orang selalunya melamar dekat pantai, restoran mewah ataupun taman. Ini dekat dapur!" Makjah tersenyum gembira. Dia memeluk bahu Hauraina.

"Baguslah kamu khawin, jangan jadi macam aku ni. Anak dara tua" Makjah bergurau. Kebah terus demamnya apabila dapat tahu yang Hauraina dan Danish bakal berkhawin pada hujung minggu ini.

"Alah Makjah ni. Driver saya tu pun single lagi, kalau nak try lah" ujar Danish dengan nada mengusik.

Hauraina mengerutkan dahinya. Danish ada driver? Siapa?

"Siapa driver awak?" Soal Hauraina. Ada ke Danish ambil driver?

"Xiong"

Hauraina dan Makjah terus sahaja ketawa.

"Apa pulak budak muda tu!! Kamu ni Tuan Nish" Makjah menggelengkan kepalanya. Pinggan kotor di atas meja di ambil.

Danish ketawa. Dia memandang Hauraina lalu tersenyum.

"I love you, Arrien"

Wajah Hauraina serta merta bertukar merah. Dia bangun lalu mengemas pinggan mangkuk yang di basuh oleh Makjah.

"Makjah saya pergi kerja dulu ya?"

"Ya"

Danish mendekati Hauraina yang sedang mengelap meja. Tangannya mencubit perlahan dagu Hauraina.

"Aku pergi kerja dulu, my little lady. See you" Danish mengenyitkan matanya lalu terus sahaja meninggalkan Hauraina yang terpinga-pinga di situ.

Wajah Hauraina bertukar merah. Daripada mengelap meja, terus sahaja dia mengelap tangan Makjah.

"Woi! Kamu ni apahal?!" Melompat Makjah, ingatkan apalah yang merayap di tangannya tadi.

Hauraina terkekek-kekek ketawa. Danish ni sengaja buat dia jadi gila!

.

Mata merenung gambar yang di letakkan di dalam frame. Gambar itu terletak cantik di atas meja kerjanya. Senyuman terukir.

"I miss you"

Apabila dia sudah penat menaip, dia akan berhenti membuat kerja lalu melihat gambar anaknya dan isterinya. Gambar itu membuatkan dia rasa dekat dengan mereka.

"Daddy rindukan Haura" Tubir mata Alexander bertakung. Menyesal kerana mungkir janji. Menyesal kerana membiarkan anaknya membesar di rumah anak yatim tanpa kasih sayang.

Tiba-tiba Iphonenya berbunyi nyaring. Dia melihat nama yang tertera disitu lalu tersenyum nipis. Nombor itu angkat.

"Hello?"

Alexander terus berdiri tegak apabila mendapat tahu berita itu. Dia berasa gembira.

"Kau jemput aku ke?" Soalnya.

"Anak kau perlukan wali" ujar Danish di hujung talian.

Alexander berada ragu-ragu. Dia takut untuk berjumpa dengan Hauraina. Dia tak kuat.

"Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja. Tolong datang" ujar Danish lalu mematikan panggilan.

Alexander merenung gambar Hauraina di tangannya. Air matanya akhirnya tumpah.

"Wait for me, baby girl"

Alexander terus mengemas barangnya. Dia mahu ke Malaysia secepat mungkin.





Jangan lupa vote!! Love u!!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now