"Kalau lelaki, Abang nak letak Alex Ailen. Nama Abang dan nama dear" dia mencuit hidung si isteri yang sedang baring di atas ribanya. Hailiena Allien tersenyum lebar.

"Kalau dear pulak?" Soal Alexander.

"Kalau Allien nak letak Hauraina Arrien boleh tak?. Dekat dengan nama Allien hehe"

Alexander tersenyum manis lalu mencium dahi isterinya.

"Nama yang cantik seperti ibunya" Mereka berdua ketawa bersama.

"Abang kalau kita buat satu bilik untuk anak kita nak tak?" Hailiena Allien duduk bersila lalu memandang muka suaminya dengan mata yang bersinar-sinar.

"Anything for you, dear. Dear nak macam mana?" Soal Alexander dengan nada lembut. Sebelah tangannya mengusap pipi si isteri.

"Dear nak letak wallpaper daisy. Lepastu ada anak patung beruang banyak!" Ujar Hailiena seperti kanak-kanak. Alexander mengangguk kepalanya.

Hailiena baring semula di riba suaminya. Mata mereka bersabung.

"Abang kalau Allien dah tak ada nanti. Abang jaga anak kita tau. Bagi dia kasih sayang yang cukup. Sayang dia macam mana Abang sayang Allien" tangannya mengusap pipi si suami.

Alexander merenung anak mata isterinya. Entah kenapa hatinya rasa sakit apabila Hailiena Allien berkata begitu. Tangannya membelai kepala si isteri.

"Kenapa dear cakap macam tu? Hm? Dear, do you want to leave me?"  Soalnya dengan mendatar.

Hailiena Allien tersenyum nipis lalu mengusap pipi suaminya.

"Dear cakap je Abang. Bukan ke semua orang akan kembali kepada sang penciptanya?" Ujarnya dengan senyuman nipis.

"Biarlah Abang yang pergi dulu. Abang tak kehilangan dear" ujar Alexander. Air mata mula bertakung. Dia takut. Takut jika isterinya pergi meninggalkan dirinya.

Hailiena menggenggam tangan suaminya. Tangan lelaki itu sejuk.

"Kalau di takdirkan Allien yang pergi dulu. Abang boleh sayang anak kita macam Abang sayang Allien tak?" Soalnya.

Alexander mengeluh perlahan. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Mulutnya seakan terkunci.

"Abang?" Hailiena menggoncangkan tangan suaminya.

"I will dear" Itu sahaja ayat yang mampu dia ungkapkan.

"Promise?"

"Promise"

Jari kelingking mereka bersatu. Hailiena tersenyum manis. Manakala Alexander senyum nipis sahaja. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.

Air mata Alexander mengalir di pipi. Dia memeluk erat sekeping gambar bayi.

"I'm sorry, sweetheart. I have made a big mistake" esakannya terlepas. Dia sangat lemah sekarang ini. Jika di beri peluang dia mahu putarkan masa dan jaga Hauraina.

"Abang minta maaf dear. Abang mungkir janji" gambar isterinya yang sudah berhabuk itu di ambil lalu di bersihkan. Gambar itu di cium lama.

"Daddy minta maaf Hauraina" Alexander menutup matanya. Air mata yang membasahi pipi di biarkan menitis ke gambar isterinya itu. Wajah Hauraina memang sama dengan Hailiena. Hanya rambut sahaja yang berbeza.

"I miss you dear. I miss you my sweetheart" Dua gambar itu di peluk dengan erat.

Alexander membuka lampu. Dia mahu mengemas bilik yang berselerak itu. Dia berjanji dengan dirinya. Suatu hari nanti dia akan jumpa dengan anak kandungnya itu dan melutut meminta ampun.

.

Hauraina duduk termenung di sofa. Satu rumah sudah dia bersihkan. Sudah tidak tahu mahu buat apa lagi, takkan mahu mandikan makjah pulak?

Rumah itu sunyi. Xian dan Thomas masih belum pulang. Makjah pula tidur kerana tidak berapa sihat.

"Bila dia nak balik?" Soal Hauraina kepada dirinya sendiri. Dia rasa sunyi tanpa Danish.

Hauraina bangun dari duduknya, dia merayau di satu rumah itu. Dia melihat pintu bilik Danish yang terbuka sedikit. Terasa seperti ada tarikkan, kakinya terus menuju ke bilik itu, pintu bilik Danish di buka lalu dia masuk ke dalam. Sangat kemas dan cantik. Bilik yang luas dan ada katil king. Hauraina membuka pintu yang berada di dalam bilik itu. Bilik kerja Danish. Dia duduk di meja kerja lelaki itu.

Hauraina menarik laci di meja kerja lelaki itu lalu dia terlihat sekeping gambar. Gambarnya bersama Danish di menara KLCC. Gambar itu dalam bentuk polaroid.

"Dia simpan gambar aku?" Hauraina memusingkan gambar itu. Ada tulisan di belakangnya.

The woman who managed to steal my heart

Terbatuk Hauraina membaca ayat Itu. Muka terasa membahang. Argh! Tak mungkinlah Danish yang menulisnya. Mungkin Xian sengaja cari pasal.

Dia menarik lagi satu laci. Dahinya berkerut melihat sekeping gambar seorang lelaki dan perempuan. Tiba-tiba jantungnya terasa laju apabila melihat gambar itu. Wajah wanita itu mirip dengannya.

"Siapa ni?" Soal Hauraina kepada dirinya sendiri. Dia merenung gambar itu lalu dia berdiri di depan sebuah cermin.

Memang sama dengannya! Tapi siapakah mereka? Gaya pasangan itu sama seperti yang dia mimpi sebelum ini. Apa kaitan pasangan itu dengan dia?

"Hauraina awak buat apa dalam ni? Keluarlah!" Thomas mengambil gambar di tangan Hauraina lalu menarik gadis itu keluar daripada bilik Danish.

"Kalau Nish tahu mati awak dia belasah" ujar Thomas. Dia merenung Hauraina.

Hauraina hanya tersengih. Dia meminta maaf lalu pergi ke dapur bersama Thomas.

"Bila Danish balik?" Soal Hauraina.

"Tak tau" Ujar Thomas dengan tidak jujur.

Hauraina mengeluh. Dia pergi ke dapur lalu menghidangkan makan malam untuk Xian, Thomas dan Makjah.

Otaknya penuh dengan soalan. Apa kaitan pasangan itu dengan hidupnya dan siapakah wanita yang mirip dengannya itu?

"Awak okay ke Haura? Awak nampak serabut" ujar Xian.

"Rindu Tuan Danish lah tu" usik Makjah sambil menuang air ke dalam cawan.

"Apa Makjah ni! Mana ada!"

Mereka semua ketawa. Makjah mengusap kepala gadis itu. Hauraina hanya diam. Gambar wanita tadi melekat di dalam fikirannya dan dia teringat satu ayat yang dibisikkan oleh seseorang di telinganya di dalam mimpinya semalam.

"Kau akan tahu jawapannya tapi bukan sekarang. Ini seperti permainan teka-teki dan kau perlu mencari jawapannya sendiri"

Apa maksud dia? Jawapan apa yang perlu dia cari?.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now