"Haiziq" Alexander tersenyum manis lalu menghampiri lelaki itu.

"What are you doing here?" Soalnya. Sudah enam tahun dia tidak mendengar khabar jejaka itu.

Danish tidak membalas. Dia duduk di sofa yang disediakan lalu menyilangkan kaki.

Alexander menyuruh pembantunya membawa tiga gelas air kopi.

"What did you come here for?" Soal Alexander dengan ramah. Senyuman di berikan kepada jejaka di hadapannya.

"Just want to check if you're still alive or dead" balas Danish dengan sinis.

Alexander ketawa. Dia tahu Danish membencinya kerana sesuatu.

"Danish Haiziq, you're so rude" ujar Alexander dengan nada usikan.

"Well.. As bad as I am. I never abandoned child like you" perli Danish. Alexander terdiam dan itu membuatkan Danish tersenyum kemenangan.

"What do you mean?"

"Don't be fucking innocent!" Suara Danish naik seoktaf.

"Hauraina Arrien Alexander it's your daughter" Danish memandang Alexander yang diam. Wajahnya jelas ketakutan.

"H-hauraina" Alexander meraup wajahnya.

"Kenapa kau buang dia?" Soal Danish.

Alexander mencapai bingkai gambar yang ada gambarnya dengan Hauraina. Bayi comel itu ialah Hauraina. Gambar itu dia sembunyikan dari orang ramai kerana dia sudah memalsukan kematian anaknya.

"Alexander!"

Alexander terus memandang Danish. Dia mengeluh lalu menterbalikkan bingkai gambar itu.

"Aku boleh terangkan kenapa aku pisahkan dia dengan aku" ujar Alexander.

Mereka bertiga berpandangan lalu Alexander menarik nafas dan menghembuskannya perlahan.

Beberapa tahun yang lepas

Hailiena Allien terbaring lemah di atas peha suaminya. Dia memandang suaminya yang sedang menangis kerana risaukan keselamatan dirinya.

"I don't want to lose you dear" lelaki Itu menangis melihat isterinya yang sudah lemah. Isterinya di culik dan di seksa. Hailiena tidak dapat melawan kerana dia baru lepas bersalin dan dia masih dalam pantang.Badannya tidak berdaya.

"A-alexander.. don't cry" Dengan susah payah dia menghapuskan air mata yang mengalir di pipi suaminya.

Alexander menggenggam erat tangan isterinya. Tangan mulus itu dicium dengan lama.

"T-tolong jaga anak kita Abang. Saya tak mampu. Saya sakit" dia menggenggam tangan suaminya semula.

"Shh.. Don't talk too much. You need to save your energy" Alexander mengusap rambut isterinya. Darah yang mengalir di belakang isterinya di tutup dengan bajunya.

"A-abang.. janji dengan saya. Jaga a-anak kita. J-jangan biarkan sesiapa sakiti dia. J-jadi ayah yang baik untuk Hauraina Arrien" ujar Hailiena dengan nafas tersekat-sekat.

Hauraina Arrien. Nama yang dia berikan semasa anaknya sudah selamat lahir ke Dunia.

"D-didik anak kita Abang. J-jadikan Hauraina Arrien anak yang solehah" dia memandang muka suaminya yang basah dengan air mata.

"I can't do it without you dear. Please don't leave me" Alexander menangis. Dia memeluk isterinya yang sedang memandangnya.

"A-abang kena kuat tanpa saya" Hailiena tersenyum nipis lalu dia mengusap pipi suaminya. Nafasnya mula tidak teratur.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now