B T G M : RICKY

166 19 0
                                    


DUA BULAN KEMUDIAN,

Sedar tidak sedar, sudah dua bulan dia tidak berjumpa Rich. Setelah dia mengetahui Rich adalah abangnya, dia terus mengambil keputusan untuk tinggal di Villa De Myandeur bersama wanita yang mengakui dialah ibu kandung Belle.

Dia banyak meluangkan masa di dalam bilik berseorangan. Walaupun villa itu besar, tetapi kakinya lebih berselera menjelajah di dalam biliknya saja.

Jendela di mana dia sering bermenung di situ kembali disinggahi. Mata heterochromia itu menjelajah suasana kawasan villa dua tingkat itu.

Kepalanya yang pusing itu dipegang. Dipicit-picit supaya denyutannya reda. Apabila terasa penglihatannya seperti naik roller coaster, terus dia berlari semula ke bilik air. Muntahkan apa yang dia makan pagi tadi.

Begitulah dia selepas makan. Makanannya tidak sempat diserap ke tubuh, sudah dibuang. Membuatkan tubuhnya menjadi sedikit kurus. Hampir seminggu juga kejadian itu berlaku, tetapi masih ditegakkkan egonya supaya tidak berjumpa doktor.

Dia membasuh muka dan mulutnya lalu dia ingin mencari sesuatu di dapur.

Belum sempat dia teruskan langkahnya ke dapur, terdengar pintu utama rumah diketuk beberapa kali. Dia mengubah haluan kakinya ke arah pintu itu lalu dibuka.

Keningnya separa mengerut melihat lelaki yang segak bertuxedo dengan mata hazel sama seperti mata kirinya. Rambutnya juga perang sama seperti matanya.

“Hye? Who are you?”

“I should ask you that. Who are you?”

“Saya Richardo. Boleh je kalau awak nak panggil saya Ricky. Mirinda ada?”

“She’s gone. Aku tak tahu dia dekat mana. Dan aku tak ambil port.”

Gadis itu terus berlalu tanpa memperkenalkan dirinya. Dia mahu makan saja waktu ini. Lapar sungguh! Perkara pertama yang dia buat setelah melepasi pintu gerbang dapur itu, peti ais!

Peti ais dibuka lalu matanya menjelajah ke setiap pelosok peti ais itu. Sebotol air susu di letakkan di atas island dapur. Tangannya mencapai cup cake. Sempat dia menggigit hujung cup cake itu.

“Ricky?”

Kepalanya dipanggung apabila namanya diseru. Kening berwarna perang miliknya diangkat tanda menyapa. Mirinda tanpa membuang masa, mempelawa pemuda itu masuk ke villa.

“What are you doing here?”

“Kenapa dia di sini?”

“Because, I love her.”

“How about me? Didn’t you love me?”

“I love you too. But I love her more.”

Ricky hanya diam. Melihat wanita yang hampir setengah abad umurnya itu, semakin dia terasa hati. Ekor matanya menangkap susuk gadis yang berdiri di pintu gerbang dapur. Melihat senyuman sinis yang terpalit, nafas berat juga terlepas.

“Cheating the king, huh? Nice job la orang tua. Tak padan pula tu dengan umur kau. Taste tinggi juga kau ni.”

Belle tergelak sinis. Mata heterochromia itu disapa wajah pengawal peribadi milik lelaki itu. Kening Belle hampir bercantum apabila fikirannya sedang cuba mencari imej wajah dua pengawal itu.

Pengawal peribadi itu tersenyum sinis ke arahnya. Parut di pipi lelaki itu menjadi tempat mata heterochromia itu bertandang.

Pengawal ini juga yang berada di Istana Myandeur sebelum ini. Maksudnya, lelaki ini adalah dari istana raja juga. Siapa dia? Tidak pernah lihat sebelum ini.

Tiba-tiba kepalanya kembali berpusing. Berusaha dia menunduk menghilangkan rasa itu, tetapi gagal. Kakinya tidak mampu berdiri betul lagi. Tubuhnya yang longlai sempat disambut sepasang tangan.

Behind The Golden Masquerade [C]On viuen les histories. Descobreix ara