B T G M : TYLER

207 16 0
                                    


"KAU tengok perempuan gila tu."


Belle membelek-belek cincin yang diberi oleh seseorang yang telah menambat hatinya. Di situ cincin bertatahkan berlian biru.


Sama seperti mata lelaki itu. Bibirnya mengukir senyuman apabila mengenangkan bibirnya yang tidak lagi suci kerana sudah dikucup oleh lelaki yang mencuri hatinya. Serentak juga mencuri hatinya.


Dia sedar yang kini, dia obses dengan lelaki itu. Entah ke mana perginya lelaki yang dia dambakan itu.


Saiz jarinya masih ada ruang sedikit bila agaknya saiz jarinya boleh muat-muat dengan cincin itu?


Tanpa sedar, ada satu tangan yang merampas kasar cincin itu menyebabkan lamunan gadis itu terhenti. Matanya tercari-cari di mana cincin itu disorokkan di sebalik tubuh mereka.


Tanpa banyak kata, dia meluru ke arah lelaki yang merampas cincinnya tadi.


"Tolong bagi semula."


Lelaki tadi tidak peduli. Dia membelek-belek cincin itu dengan muncung yang ke depan. Melihatkan sesuatu di balik mutiara itu, dia terus menjungkit keningnya.


Ada logo mahkota di tengah permata itu.


"Kau pencuri?"


Belle membungkam. Dia menggeleng laju lalu tangannya laju cuba mengambil cincin itu semula, tapi ketangkasannya terlalu tipis.


"Kau dahlah cacat! Ada hati nak jadi menantu raja ke?"


Tubuh Belle ditolak kasar. Belle tidak putus asa. Dia meluru ke arah lelaki itu lalu memukulnya tanpa belas. Rakannya yang lain berkerumun lalu menarik tubuh Belle dari lelaki itu.


"Kau nak cincin ni?"


Dia bertanya sambil mengesat bibirnya yang dicumbui darah akibat keganasan Belle tadi. Dia menunjuk cincin itu lalu dimasukkan ke dalam kasutnya.


"Lepaskan dia."


Rakan lelaki itu menurut. Tanpa berbasa-basi, Belle terus berlari ke arah lelaki itu. Tapi lelaki itu lebih tangkas menendang perut gadis itu sehingga tubuh langsing itu tersembam ke lantai.


Melihat Belle yang terjatuh itu mengukir senyuman sinis di bibirnya. Kali ini dia meluru ke arah Belle lalu menarik rambut panjang miliknya..


Belle meringis kesakitan. Dia menumbuk wajah lelaki itu pula. Lekkai itu terjelupuk.

Terlepas cengkaman pada rambutnya tadi. Kasut di kaki lelaki itu ditarik lalu mengambil cincin pemberian Rich semula.


Cincin itu terus disarung ke jari manisnya lalu berlari keluar dari kelasnya. Dia terkejut apabila ada rakan lelaki tadi mengejarnya.

Tercungap dia mencari tempat bersembunyi. Apabila rasa mereka tidak dapat mengejar Belle lagi, Belle dibiarkan berlari menjuju ke arah stor sekolah.




NAFAS cuba diatur. Melihat syiling bilik yang berbeza, terus membuatkan tubuhnya bangun dari baring. Matanya mengelilingi kawasan ini. Dia membelek jarinya, lega apabila cincin masih tersemat di situ.

Bahu kirinya terasa kebas.


Ah, kejap. Dia masih ada di istana. Bagaimana dia ingin keluar dari sini? Dia tidak pernah tahu yang Rich adalah seorang anak raja Myandeur.

Patutlah macam kenal saja corak di dadanya. Pernah dia terdengar, siapa bakal Raja akan ditatukan.

Apapun, dia bertekad hendak keluar dari sini. Belle mengerling ke arah tingkap. Perlahan dia bangun lalu melihat ke luar. Ah, tinggi!

Apa dia nak buat?

Dia terus mencari apa yang patut. Dia tersentak apabila pintu bilik perlahan dibuka dari luar. Pembantu? Bibirnya mengukir senyuman sinis. Pantas dia berlari menuju ke arah pintu yang hampir tertutup oleh pembantu tadi.

Gedebuk!

Tubuh pembantu itu ditolak kasar hingga dia terjelepok jatuh ke lantai.


Belle tidak menghiraukan jeritan dari pembantu itu. Dia terus berlari sambil mengangkat baju yang meleret ke lantai.

Baru saja dia ingin melepasi pintu utama, pengawal sudah berkerumun. Belle panik! Dengan tangan sebelah yang kebas dek bisa peluru semalam, agak sukar untuk dia melawan. Lagi pula, pengawal semuanya gagah dan menakutkan!

Dia tidak bergerak di dalam bulatan itu. Dia hanya melihat. Masing-masing sudah mengeluarkan senjata mereka ke arah Belle. Silap langkah, mahu melayang nyawanya.

"Aku nak keluar!"

"Aku tak benarkan kau keluar. Bila kau dah masuk, susah untuk kau keluar dari sini."

Mata Heterocromia itu tertancap pada seorang lelaki bermata biru yang perlahan menuruni tangga yang bersalut emas.

"Sebab kau pencuri."

"Aku tak pernah mencuri! Kau fikir aku terdesak? Aku boleh hidup tanpa duitlah!"

"Banyak kesalahan kau pada aku. Jadi, agak berat untuk aku lepaskan kau dari sini tanpa apa-apa hukuman."

Pengawal memberi laluan untuk Rich masuk dalam bulatan. Belle memandang Rich yang menghampiri.

Mata Heterochromia itu masih melilau mencari alternatif lain untuk keluar dari sini. Tangan Rich yang kekar itu dihulurkan kepada Belle. Kerutan di dahi Belle semakin jelas melihat tangan itu.

"Apa ni?"

"Kucup tangan Tuan Putera tanda ampunan." Salah seorang bodyguard menjelaskan.

Belle menggeleng sambil menunjukkan riak tidak percaya. Masih mementingkan ego.

"Kenapa aku perlu kucup? Aku tak berminat untuk melayan segala adat resam kau!"

Baru saja pengawal ingin meluru ke arah gadis itu, tapi ditahan oleh Rich.

"Kerana tangan aku ni penentu takdir hidup dan mati kau, Belle."

Belle membuang pandangannya ke arah lain.

"Jangan nak merapulah!"

Rich menyimpan tangannya ke dalam poket seluar slack hitam.

"Tyler!"

Seorang lelaki yang entah dari mana menghampiri. Tubuhnya yang tegap berdiri di hadapan Tuan Putera.

"Heret dia ke dalam library saya."

"Baik Tuan Putera."

Tyler memanjangkan langkah ke arah Belle. Semakin dia merapat, semakin membuatkan Belle berdebar. Baru saja Belle mengatur langkah untuk berlari, tubuhnya digendong seperti kampit beras di bahu lelaki itu.

"Lepaskan aku! Lepaskan!"

Dia memukul tubuh konkrit yang mengendongnya seperti kampit beras itu. Wajah Tyler masih bersahaja. Pukulan dari Belle tidak menyakitkan ya langsung.

"Lepaskan akulah dinding bergerak tak guna! Lepaskan aku!"

"Dinding bergerak pun, dinding bergeraklah..." terdengar ayat Tyler seperti pasrah.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now