P R O L O G : MATA HETEROCHROMIA

902 64 7
                                    


SETIAP cacian dia hanya mampu telan. Setiap tohmahan dia hanya mampu terdiam. Kerana sepasang matanya yang aneh, dia dibenci. Namanya yang enak di dengari juga berubah serta merta. Dari dipanggil Belle, terus menjadi Alien.
Pertama kali Belle menjejakkan kaki ke sekolah, semua baik-baik saja. Sampailah satu masa, semuanya berubah kerana matanya. Mata yang jarang dilihat sebelum ini.

Satu pasang mata bundar yang dihiasi iris berlainan warna. Kiri berwarna hazel, manakala sebelah kanan biru. Gabungan dua elemen dalam diri Belle itu menjadikan dia nampak tidak sempurna. Punya cacat dan cela.

Belle si Alien!

Belle si Alien!

Belle si Alien!

Lama kelamaan, mungkin dia harus menerima hakikat bahawa dia adalah seorang gadis yang cacat. Mata bundarnya merenung refleksi cermin itu dalam.

“Here we go. Belle si Alien.”

Dia menggumam sendiri. Hatinya sakit. Sakit apabila perlu menghadapi semua tekanan itu sendiri. Tanpa ada seorang pun yang sudi mendengarkan.

“Siapa yang nak dengar kau Belle? Kau hanya batuan kecil yang selayaknya dipijak. Tapi mampu bertahan.”

Tangan kecil itu menggenggam penumbuk kecilnya. Untuk ke sekian kalinya dia mengeluh perlahan. Bersiap sedia untuk menghadapi hari-harinya yang sentiasa berkait dengan malang.

Rambutnya yang terkedepan itu dibiarkan. Beg pada kerusi di hadapannya terus dicapai lalu menutup segala suis dan pintu.

Sesampainya di tingkat bawah, dia menerpa ke arah ibunya yang sedang menyapukan jam pada roti. Belle tersenyum kepada wanita yang umurnya hampir setengah abad itu.

Walaupun dia adalah ibu angkat saja, tetapi kasih sayangnya umpama ibunya sendiri. Wajahnya manis semanis gula.

“Selamat pagi. Makan, sayang?”

Belle mengangguk perlahan lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi. Walaupun dia di sekolah sentiasa malang, tetapi di rumah tidaklah begitu. Dia dikurniakan ibu dan ayah angkat yang sangat memahami dan menyayanginya.

“Apa rahsia kebahagiaan dalam kekeluargaan, tuanku?”

“You just need understood each other. Dan perlu bertolak ansur.”

“Jadi itu adalah rakaman semalam bersama King Of Myandeur, King Emmanuel Myondeur. Haa... sudah dengar resipi kebahagiaan dalam rumahtangga? Cubalah di rumah!”

Entah kenapa ibunya sangat suka mendengar radio berkenaan dengan keluarga kerajaan Myandeur itu. Kadang-kadang cemburu juga ‘mendengar’ cerita kebahagiaan mereka. Sedangkan aku, asal usul pun tak tahu di mana. Sempat Belle membandingkan dirinya dengan sang raja itu.

Setiap hari apabila dia berangkat ke sekolah, dia rasa tidak sabar mahu pulang kerana di sinilah tempat dia menghambur rasa perit di dada.

Tapi dia terasa sakit apabila dia selalu diingatkan yang dia hanyalah anak angkat. Tidak pernah lagi mereka mengungkapkan ataupun menganggap Belle anak mereka yang sebenar.

Dia sering bertanya pada diri sendiri, siapa ‘papa’ yang selalu disebut-sebutkan oleh ibu dan ayahnya. Semakin merunsingkan lagi, kenapa dia ada ibu bapa angkat sedangkan dia ada papanya sendiri?

Dan diantara mereka, siapa yang punya mata cacat sepertinya?

Semua itu hanya mampu dia simpan dan tidak mampu dia soalkan.

“Papa kata...”

Tangan ibunya itu mengemaskan rambut perangnya. Wajah ibunya itu dipandang tanpa beralih.

“... kena kemas bila pergi sekolah.”
Belle hanya diam memandang dia yang tersenyum padanya.

“Siapa papa?”

“Awak dah besar nanti, awak kenallah.”

Berkerut dahi halus milik gadis lingkungan sebelas tahun itu. Belle menunduk dan tidak bertanya lebih. Dia tahu soalannya bakal dijawab dengan ayat tergantung.

Roti yang sudah disapu jam itu, diambil dan disuap ke mulut. Mulut kecilnya mengunyah perlahan roti di dalam mulutnya.

Pin! Pin!

“Cepat sayang. Bas dah sampai. Jangan lupa bawa bekal ni.”

Mata Belle memandang ke arah bekal makanan yang sudah dihias cantik. Dia tersenyum lalu air botol disangkut ke leher manakala bekalnya dipegang. Dia berlari meninggalkan ibunya lalu dia mendaki tangga bas.

Sesampainya Belle di hadapan, penghuni dalam bas itu hanya memandang Belle lalu berbisik dengan rakannya di sebelah. Liur ditelan perit. Saat inilah dia harus menahan rasa sakit hati. Sehinggalah pulang nanti. Itulah rutin hariannya selama dia hidup bersekolah.

Belle melangkah perlahan menuju ke arah tempat di mana dia selalu duduk di dalam bas. Bas sudah berjalan meninggalkan kawasan rumah.

Mata bundarnya merenung satu jasad yang duduk betul-betul di tempat dia duduk selalu. Wajah budak lelaki itu juga tidak pernah dia lihat sebelum ini. Belle masih tetap berdiri di lorong tanpa mengalihkan pandangannya.

Kakinya umpama digam ke lantai apabila mata biru laut itu memandang ke arahnya dengan wajah biasa. Lama mata mereka bertembung sehinggalah mata hazel dan biru milik Belle beralih.
Ini adalah kali pertama matanya bertentangan dengan orang lain sangat lama.

“Please have a seat.”

“Ta... tapi. Tempat yang kau duduk tu, tempat aku.”

“Oh, takda nama kau pun?”

Belle terdiam. Dia hanya mengeluh perlahan. Dia suka duduk di hujung dan sebelah tingkap. Lebih selesa nak dibandingkan dengan duduk di kawasan berdekatan lorong ini.

“Alien! Sanalah, kau ni kacau pandanganlah. Semak. Pergi naik marikh sana.”

Dengan paksa rela, dia hanya duduk di sebelah budak lelaki itu. Mereka sudah mula tunjuk kebencian mereka  kepadanya. Budak bermata biru laut yang tadi menumpukan pandangan ke arah telefon bimbitnya, kini dia menumpukan pendengarannya kepada tohmahan dari seseorang pelajar itu.

“Jadi, nama kau Alien?”

Pelajar yang dengar di kerusi belakang mereka turut tergelak apabila budak lelaki bermata biru itu menyapa. Belle hanya diam tanpa membalasnya.

“Aku Riccardo. Panggil je aku Rich.”

“Hai, Rich. Awak tak payahlah layan Alien ni. Dia hanya mampu diam sebab tak pandai cakap bahasa melayu or english. Dia tahu bahasa Alien je!”

Belle memejam mata perlahan cuba menenangkan diri. Satu bas sekolah mentertawakannya. Puncak hidungnya yang hampir merah itu dibiarkan. Memang mereka suka melihat dia dalam keadaan begini. Jadi, harapnya segala apa yang dia lakukan untuk orang lain suka melihatnya adalah tidak sia-sia.

Kebahagiaan tidak pernah menyebelahinya jika berada di sekolah. Sekolah adalah neraka baginya.

Sabar Belle...

Sesampainya di sekolah, seperti biasanya Belle akan keluar yang terakhir dari bas. Akan tetapi dia lupa budak lelaki yang duduk di sebelah tingkap ini.

“Kau tak nak bangun?”

“Oh, sorry.”

Belle hanya mengangkat kaki lalu dipeluk ke dada memberi laluan pada budak lelaki itu untuk keluar. Rich mengerut dahi melihat kelakuan ganjil gadis di hadapannya ini.

“Kau tak keluar?”

“Aku suka keluar yang terakhir.”

Orang yang melintasi tubuh kecil gadis itu sempat menunjal kepalanya dari belakang. Matanya terpejam seketika sebelum matanya tertancap pada mata biru laut itu. Belle hanya mengeluh perlahan apabila mata biru yang membuatkan dia mabuk dari tadi asyik memandangnya tanpa lepas.

“Kepala kau tu bola ke?”

“Aku dah biasa.”

Hanya tiga suku kata itu dapat memahamkan Rich. Apabila yakin suasana di situ sudah aman. Barulah Belle turunkan kakinya dan terus bangun dari duduk tanpa menunggu Rich.

“Alien, wait!”

Belle tersentak. Tapi langkahnya masih diatur menjauhi budak lelaki bernama Rich itu.

“Alien, hey!”

Terus kaki kecilnya membuka jurus langkah seribu sehingga tubuh kecil Belle hilang dari pandangan si iris mata biru milik Rich. Sudahlah dia masih tidak biasa dengan sekolah baru, gadis itu pula hilang entah ke mana.

Belle mengeluh perlahan apabila dia tidak dikejar lagi oleh budak lelaki bermata biru laut itu. Terus kakinya melangkah ke arah kelasnya dan duduk di tempat duduknya.

Tempat duduk yang paling hujung dan belakang. Walaupun tempat duduknya jauh di belakang, dia adalah antara pelajar paling pandai. Tidak hairanlah jika dia berada di kelas terpandai.
Sesekali matanya memandang ke arah sekumpulan gadis yang ‘vougue’ di kelasnya. Selalunya gadis-gadis kecil itu datang dan ingin mengambil minumannya. Kenapa mereka hanya duduk dan bersembang sesama mereka sahaja?

Belle menarik wajahnya memandang dinding. Malas dia mahu berfikir kenapa dan mengapa. Tangannya di masukkan ke dalam laci bawah meja. Berkerut-kerut dahi Belle apabila dia dapat rasakan di hujung jarinya terasa sesuatu yang lembab dan lembik.
Tertelan liurnya apabila dia merasakan bukan hanya satu, tetapi banyak di bawah mejanya!

Terus dia menolak mejanya hingga jatuh depan. Kakinya laju mengundur ke belakang tanpa mengangkat punggungnya dari kerusi. Tangan kecilnya menggigil hebat. Dia tahu apa yang berada di bawah mejanya itu dan dia tidak sukakannya.

Pelajar di sekeliling hanya tergelak melihat Belle yang sudah memeluk tubuh menggigil.

“Hai, Belle. Tu kan kawan-kawan kau. Takkan itupun nak takut?”

Belle menggeleng laju. Jantungnya berdegup tidak mengikut tempo normal. Makin membuat dia gemuruh, apabila sekumpulan gadis tadi datang ke arahnya dan memegang kuat tangan Belle.

Belle masih diam walaupun hakikatnya dia mahu menjerit meminta tolong.
Mata bundarnya membulat apabila seekor katak yang berada di dalam mejanya itu diambil lalu diagah oleh si pemegang katak.

“Lepas! Aku tak nak!”

Katak itu terus dicampak ke tubuh gadis itu. Jeritan nyaring dari Belle tetap tidak ada seorang pun yang menolongnya. Beberapa katak sudah dimasukkan ke dalam baju Belle. Dan dia hanya mampu menangis dan menjerit walaupun tiada seorang pun yang sanggup menyelamatkan dia.

Kulit perutnya yang terasa geli dek sentuhan kulit lembab katak itu menyebabkan bulu tengkuknya meremang. Tangannya dilepaskan lalu dia bersandar lemah di atas kerusi.
Kakinya dijatuhkan ke lantai. Air mata laju jatuh ke pelipis itu tidak diseka. Matanya ditutup. Dia tahu inilah penghibur untuk mereka. Jadi dia hanya pasrah dilakukan apa saja asalkan mereka bahagia.

Terasa pelipisnya dibelai dan air matanya diseka lembut. Matanya yang tertutup perlahan dibuka. Mata bundar berwarna aneh itu menatap penuh dengan tanda tanya ke arah tatapan mata biru laut itu. Mata Rich jatuh memandang seekor katak yang berada di bahu gadis itu.

Rich sudah nampak semuanya tadi. Terus katak itu digenggam di tangan. Tubuh Rich berpaling ke arah yang lain. Semua senyap memandang ke arah Rich.

“Once all of you dare to touch her... you will get this fate in your life.”

Katak yang berada di tangannya digenggam tanpa kasihan. Sehingga terkeluar isi dari mulut katak itu. Semua terdiam dan tersentak.

Terus katak yang sudah mati akibat genggamannya tadi dilontar ke cermin. Darah katak memercik di kawasan cermin itu.

Masing-masing menelan liur perit apabila melihat kelakuan kejam itu. Jelas dada Rich berombak deras.

Rich memandang Belle semula. Belle masih bersandar tanpa bergerak sedikit pun. Matanya terpejam rapat apabila terasa benda yang bergerak di bawah bajunya.

“Rich... tolong keluarkan... dalam baju aku.”

Perut yang kempis itu dipandang sekilas dengan mata biru lautnya sebelum dia melutut di hadapan Belle. Baju diangkat sedikit dan tangannya mula meraba di mana katak yang berada di dalam baju gadis ini.

Apabila sudah dapat tangkap. Dia terus melemparkannya kepada pelajar yang terdiam melihat adegan mereka.
Belle bergerak perlahan apabila kulitnya tidak merasakan benda yang pelik berada di dalam bajunya. Tubuhnya disandarkan lalu kakinya naik dan dipeluknya erat.

Meja yang sudah tiada katak itu diangkat semula dan dibetulkan. Bekal makanan dan minuman Belle yang sudah terpelanting entah ke mana itu dikutip lalu diletakkan atas meja.
Budak lelaki itu menghulurkan sapu tangan kecil ke arah Belle.

“Lap muka kau.”

Tanpa membantah, Belle lap wajahnya dengan kain itu. Rambutnya yang sudah longgar ikatannya itu diketatkan semula. Wajah comot itu kian bersih. Rich tersenyum melihat Belle yang sudah kemas.

Matanya mencerlung ke arah gadis yang duduk di sebelah Belle.

“Blah. Aku nak duduk sini.”

Sejurus itu, gadis itu terus mengambil barang dan bangun dari tempat duduknya. Rich perlahan menghampiri tempat itu dan melabuhkan punggungnya tanpa menghiraukan mata-mata yang memerhati mereka.
Dengan wajah yang tidak beriak itu dia duduk lalu mata biru lautnya memandang ke arah mereka yang juga memandangnya.

° ° °

Belle mengemas barang yang berada di atas mejanya. Dia bangun dan terus berlalu dari Rich yang sudah memanggilnya suruh berhenti melangkah.

Entah kenapa setiap kali dengan budak lelaki itu dia tidak tenang. Budak lelaki itu juga asyik mengejarnya dari tadi.

“Belle!”

Ya, budak lelaki itu sudah mengetahui namanya sejak cikgu minta mereka perkenalkan diri kepada pelajar baru. Budak lelaki bermata biru itulah pelajar baru sekolah rendah ini. Lorong yang sunyi itu disinggahinya supaya dapat menyorok dari Rich.

Dia pun tidak sangka yang Rich satu kelas dengannya. Susuk tubuh Rich sudah berjalan melulu ke hadapan tanpa perasan jasad Belle di lorong gelap itu. Terus Belle keluar dan mengatur langkah ke arah kantin sekolah.

Meja kosong dihampiri lalu bekalnya tadi dibuka untuk dijamah sebentar saja lagi. Sudu dan garpu yang sudah tersedia diambil. Belum sempat dia menjamah, bekalnya itu ditarik oleh seseorang di hadapannya. Geng yang selalu mencari bekal makanan Belle untuk di makan.

“Wah... ibu kau masak apa hari ni?”

Tangan kecil Belle menggenggam garpu kuat apabila tangan kotor mereka mula menyentuh makanannya dan disua ke mulut sendiri. Makanan kegemarannya perlahan diratah oleh mereka. Perut yang berkeriut memberi amaran kepadanya bahawa dirinya sedang lapar.

“Jangan... makanan ni kegemaran aku.”

“Hei, kau bukan selalunya bagi kita orang makan ke makanan dalam bekal kau ni? Berani kau halang kita orang, ya? Bagi aku sebab kenapa aku tak boleh makan makanan kau hari ni?”

Ketua mereka sudah mengangkat kaki sebelah ke kerusi. Belle hanya menunduk memandang hujung kasut. Dia tahu dia tidak mampu melawan. Jadi, dengan paksa relanya dia pasrah lagi.

“Sebab...”

Belle yang menunduk tadi terus terarah pada suara halus yang belum baligh di sebelah kanannya. Sepasang mata biru laut itu tunak ke arah budak gangster tiga orang tadi.

Tangannya yang menggenggam katak tadi pantas menutup penutup Tupperware yang bercantum dengan badannya lalu ditarik merapat ke arahnya.

“... bekal dia hari ini, adalah kepunyaan aku.”

“Eh, kau ni siapa, hah? Budak baru masuk dah tunjuk belang? Hebat eh kau.”

“So?”

Belle memandang mereka bersilih ganti. Di tengah antara pandangan mereka umpama petir sabung menyabung. Belle  tertelan liur perit apabila mata mereka tidak berhenti bertaut antara satu sama lain.

“Rich. Stop this...”

Rich memandang Belle yang mengemas bekal dan airnya. Pantas tangan Rich ditarik pergi dari situ. Adalah lebih baik jika dia memecahbelahkan pergaduhan antara Rich dan budak-budak gangster itu.

Belle memberhentikan langkahnya lalu dilabuhkan di pondok kecil di situ. Mata Rich tidak habis meneroka tempat itu melihat di segenap ruang pondok itu. Cantik dan klasik.

“Kau tak nak duduk?”

Rich tersenyum dan tanpa dipelawa, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi panjang berhadapan dengan Belle.
“Kenapa kau selalu kacau aku?”

“Siapa? Aku? Bila masa aku kacau kau?”

“Ya la. Kau duduk dekat tempat duduk aku dalam bas. Lepas tu, kau duduk sebelah aku dalam kelas. Kau nak apa sebenarnya?”

“Aku Cuma nak berkawan dengan kau. You’re rarely existing.”

“Dan kau juga adalah orang yang paling pelik sebab berkawan dengan aku.”

Sungguh dia tidak menyangka budak lelaki ini ingin berkawan dengannya. Jarang malah tiada seorang pun mahu berkawan dengannya walaupun IQ miliknya sangatlah padat. Mereka lebih memilih wajah untuk menilai kawan yang terbaik.

“I love weird things.”

Lama mereka berdiam diri. Hanya mendengar resah nafas masing-masing saja.

“Kau selalu kena buli?”

Belle mengangguk tanpa ragu. Sejak dia masuk ke sini, begitulah kehidupannya jika berada di sekolah. Cuma kali ini, mereka berani pula ingin membulinya lebih extreme.

“Selama aku ada dekat sini. Aku akan ajar kau.”

Hampir bertaut kening Belle. Ajar?
“Ajar apa?”

Mata biru laut itu tunak memandang wajah putih mulus Belle. Sikunya ditongkat ke meja lalu jarinya menggamit ke arah Belle supaya mendekatinya.

“Aku akan ajar kau macam mana nak elak diri dari kena buli.”

“Jadi kejam macam kau?”

Teringat lagi tangan kecil Rich itu menggenggam katak sehingga terkeluar isi perut katak itu. Dia geli dengan katak atau lebih tepat binatang amfibia.

Rich mengangkat ke dua belah keningnya. Cuba menduga pada gadis itu antara mahu ataupun tidak mahu untuk menjadi sepertinya.

“Aku takkan ajar kau jadi kejam. Tapi aku akan ajarkan kau jadi pelindung pada diri kau sendiri sebab aku tak lama kat sini.”

“Maksud kau?”

“My parents stay here for a month. So I can guide you for whole this month? Wanna join?”

Terlakar senyuman manis di bibir merah milik Belle.

“Interesting.”


SEBULAN kemudian,

Pejam celik, pejam celik usia perkenalan mereka menginjak sebulan. Tiga minggu kehadiran budak lelaki bermata biru laut itu telah mengubah serba sedikit kehidupan Belle.

Dulu, dia yang sering dibuli kini dia menjadi permaisuri. Tapi, dia tahu itu hanya sementara kerana budak lelaki itu akan meninggalkan dia tidak lama lagi.
“Kau nak tahu tak kenapa aku dingin?”
Belle menganggukkan kepala tanda mahu. Rich tersenyum melihat responnya.

“Aku dikurniakan ayah yang sangat tegas. Sejak umur aku 7 tahun aku dah pegang macam-macam barang larangan. Maksud aku, senjata.

Aku takdalah dingin mana. Tapi ayah aku suruh aku jadi dingin supaya tiada perempuan pun nak rapat dengan aku.”

Belle mengerutkan dahi apabila mendengar pernyataan itu. Pegang senjata di usia tujuh tahun? Awalnya.

“Habis aku rapat dengan kau ni? Ayah kau bagi tak?”

“Aku rahsiakan. Hanya budak sekolah ni kau dan aku saja yang tahu. Kau... takda simpan perasaan dekat aku, kan?”

Belle terdiam. Sejujurnya selama perkenalan mereka, ada sekelumit rasa yang tersepit di celah perasaannya. Akan tetapi dia perlu akur yang lelaki di hadapannya ini bakal meninggalkan dia suatu hari nanti. Geleng perlahan menidakkan.

“Erm... ayah kau buat apa dekat sini sebulan je?”

“Cari someone. Adik aku. Dia hilang katanya. Aku tak pernah tengok dia macam mana.”

Mendengar penjelasan itu, mulut kecil milik Belle berbentuk o di muncungnya. Belle tidak bertanya lebih kerana itu bukan urusannya untuk tahu. Kenapalah terlalu awal lelaki itu mahu pergi? Tak boleh lama lagi?

Dengan perasaan yang berat kepalanya digeleng menidakkan sedangkan hatinya meronta-ronta ingin mengatakan perasaannya.

Tapi percayalah, jika dia luah dia mungkin hanya bertepuk sebelah tangan. Hanya dia saja yang punya perasaan seperti ini kepada dia. Tapi tidak dia.

“Ingat pesanan dan cara-cara yang aku dah ajar kau selama sebulan ni.”

“Terima kasih sebab ajar aku. Aku mesti rindukan kau nanti.”

Belle mendongak ke langit melihat kepulan awan yang berarak pada waktu petang. Rich juga begitu. Masing-masing berat ingin berpisah tetapi ego lagi mengatasi segalanya. Masing-masing berbisik pada hati mereka supaya ego merendahkan diri.

“Bila dah besar nanti, mesti muka kau dan aku dah lain, kan?” soal Rich dengan mata masih memandang kepulan awan.

Sepasang mata bundar itu memandang Rich lama. Rich membalas renungannya.

“Aku akan sentiasa ingat mata rare kau. Kiri hazel, kanan biru. Cantik sangat.”

Belle tersenyum apabila matanya dipuji. Selama dia berkawan dengan Rich, hanya ada puji-pujian saja yang meniti di bibir kecil milik budak lelaki bermata biru itu membuatkan hatinya sentiasa bertaut pada lelaki itu.

“Apa benda yang aku boleh ingat yang itu kau? Kalau sebab mata biru, ramai aje warna iris macam tu.”

“Kalau macam tu...”

Tangan Rich bergerak membuka satu per satu butang baju dan dia selak sedikit di bahagian dadanya. Simbol naga biru di dadanya menghadirkan kerutan di dahi Belle.

“Simbolik ni.”

“Huh, macamlah aku boleh nampak simbol yang ada dekat dada kau tu.”

“Tak mustahil, kan?”

Senyumannya manis. Rambutnya yang lebat dan sedikit keperangan. Matanya yang biru. Ada satu rasa bertandang dalam hati. Sejujurnya, dia tidak mahu berpisah dengan budak lelaki ini.
Tapi dia perlu sedar kehadiran Rich hanya melindunginya sementara sahaja.

Dengan siapa lagi dia mahu meluah dan meminta pertolongan kalau tidak dia?

“Belle.”

“Hmm?”

“Ambil cincin ni. Simpan.”

Belle terkebil-kebil tetapi tangannya tetap menggapai cincin itu dari pegangan Rich.

Mata mereka beradu sebentar lalu cincin itu disarung ke jari manisnya. Belle tergelak kecil.

“Kenapa kau gelak?”

“Longgar.”

“Memang aku sengaja. Jari kau bukan kontot aje macam tu. Mesti akan besar dan... runcing.”

Mata heterochromia itu beradu pandang lagi bersama mata biru laut itu. Tangan halus Rich membelai wajah bujur sirih milik Belle. Jantung berdegup kencang selari pernafasan mereka.

Rich memberanikan diri mengucup bibir suci itu sebelum dinodai dengan mana-mana bibir lelaki. Belle terpempan tetapi tetap dia membiarkan.

“I stold your first kisses?”

“Y... yes...”

Rich tersenyum manis. Belle menyentuh bibirnya yang dikucup tadi. Perlahan bibirnya menguntumkan senyuman kecil.

“Saja aku nak bagi kau kenangan. Biar kau takkan lupa... siapa yang curi ciuman pertama kau.”

° ° °

Kehidupannya semakin sunyi apabila tiada lagi budak lelaki itu. Memang dia sedang berada di kedudukan aman apabila tiada sesiapa pun yang datang dan membuli dia hari ini.

Sedar tidak sedar sudah tiga hari ketiadaan budak lelaki itu membuatkan dia selalu terbayang kehadiran budak lelaki itu. Jampi apa yang kau dah guna pada aku ni? Desis hatinya. Air di dalam botol itu diteguk perlahan.

“Seorang je ke? Mana si hero? Hilangkah? Aku rasa kau ni memang hodoh dan pembawa malang kau tahu? Sebab tu budak lelaki tu berhambus dari sini. Takkan tak sedarkan diri lagi?”

Senyuman kecil yang terlakar pada wajah Belle kian pudar. Matanya memandang ke arah kumpulan gadis vouge itu. Tanpa melayan, dia meneruskan suapan pada mulut tanpa memandang mereka bertiga.

Betulkah apa yang mereka kata?
Kenapa selama dia berada di sisi Belle semuanya indah belaka?

Tak mungkin.

“Jadi, apa tujuannya kau orang datang sini?”

“Aku cuma nak kata, yang kau jangan terlalu banyak tidur siang sampai daydream teruk sangat. Hmm?”

“Jadi?”

Soalan itu dijawab dengan gelak sinisnya. Belle masih lagi dengan mode makan tanpa melihat wajah mereka yang sering membulinya. Tak penting untuk dia hadam wajah orang yang menyakitkan hatinya.

“Kau nak katak lagi ke, hah? Nah!”

Seekor katak dicampak ke dalam bekas makanan Belle. Sepasang mata heterochromia itu tunak memandang gadis-gadis vouge tanpa senyuman di bibir. Tangan kecilnya menggenggam penumbuk. Dia bangun dari kerusi panjang itu lalu dia naik ke atas kerusi.

Bekalnya disepak ke arah ketua gadis vouge itu lalu tangannya laju melagakan kepala mereka bertiga. Suasana menjadi hening dan hanya bunyi desisan gadis vouge itu saja yang kedengaran.

Mata yang terarah pada mereka tidak diambil peduli. Apa yang dia fikir hanya puas. Selama sebulan dia berkawan dengan Rich, Rich banyak mengajarnya cara untuk orang ‘hormat’ dia sebagai orang ‘rare’ yang jarang ditemui.

Semenjak itulah dia dihormati dan semakin orang menjauhinya. Walaupun begitu, dia tidak kisah jika ramai orang yang hendak menjauhkan diri darinya, sebab dia lagi selesa bersendirian. Pesanan Rich masih segar diingatan.

“Bekukan diri kau dengan ego, cairkan diri kau dengan kasih sayang.”

Itulah kata-kata yang dia pegang hingga dia dewasa.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now