B T G M : MR DINDING

217 23 3
                                    


SELEPAS saja dirinya disirami air, terus dia berjalan ke arah beranda yang menempatkan pondok dan kebun kecil. Tubuhnya hanya dibaluti bathrobe.

Dia sedang menunggu bajunya disiapkan oleh pembantu di bilik. Setelah mereka merawat lukanya yang masih belum sembuh sepenuhnya, mereka menyuruhnya menunggu. Penatnya nak kena layan etika dalam istana.

Dia bermenung di pondok itu. Hatinya terkesan dengan kata-kata lelaki yang pernah mencuri hatinya. Rupanya, cinta yang dia pupuk itu bertepuk sebelah tangan. Rasa sisa hidupnya dibazirkan dengan perkara sia-sia.

"Apa yang bermain di fikiran awak?"

Soalan itu menyentak lamunan Belle. Dia menoleh ke arah orang suruhan Rich itu. Dari tadi dia melihat lelaki itu berada bersama Rich. Tiba-tiba saja muncul di dalam bilik ini. Apalah lagi si mata biru itu mahukan?

"Untuk apa kau tahu? Tak penting untuk kau tahu."

"By the way, nama saya Tyler."

"Rasanya, aku lebih prefer panggil kau Mr Dinding. Sebab badan kau besar dan keras."

"Tapi... nama saya Tyler."

"Apa yang Tuan kau suruh aku buat kali ni? Hmm? Kenapa kau ke sini? Nak tengok aku tukar baju?"

Tyler tergelak kecil. Belle terpempan apabila melihat lelaki berwajah dingin tadi tersenyum. Tadi bukan main wajahnya menyinga saja melihat aku meninggikan suara dengan Tuan Puteranya. Tapi tanpa sedar juga aku peluk dia tadi.

"Saya nak bawa, awak pergi bersiar-siar di taman. Jika mahu? Daripada awak mengenangkan hal tadi, apa salahnya tenangkan diri dengan melihat tumbuhan hijau di taman, boleh membuat tekanan perasaan awak tu berlalu pergi."

Keluh berat dilepaskan. Dia tidak berpeluang untuk keluar dari istana pada waktu ini, kerana dia masih banyak 'hutang' dengan Rich. Ini semua gara-gara the golden masquerade.

Kalau aku tak pakai, sudah tentu aku terlepas dari sini. Keluh Belle. Masih juga dia tertanya-tanya, bagaimana golden masquerade itu berada di tangan papanya?

Soalan itu yang menjadi tanda tanya.




PERBINCANGAN antara Belle tadi membuatkan keningnya hampir bertaut. Melihat wajah polosnya tadi mula menyentak memorinya bersama Belle. Tidak sangka pemergiannya memberi impak terlalu besar kepada gadis itu.

Dia sedar dia terlalu memberi harapan kepada Belle. Melihat wajah sudah menggambarkan kerapuhan di dalam jiwanya. Melihat kerapuhan Belle tadi sehingga menyakiti diri sendiri juga membuatkan dia risau. Entah, semakin tak faham apa yang dia rasakan saat ini.

Ah! Kenapa aku fikir tentang perasan dia pula? Rich meraup wajahnya kasar apabila menafikan perasaannya tadi.

Sejujurnya, dari dulu dia mencintai Belle. Tapi diri masih menjunjung ego. Kredibilitinya sebagai Anak Raja bakal tercalar jika dia menunduk pada seorang gadis. King Emmanuel juga melarang dia untuk bercinta.


Mata bundar yang menggambarkan dua personaliti itu menarik minatnya untuk bersama.

"You should respect other heart too."

Kata-kata dari pengawal peribadinya tadi berjaya menjentik tangkai hatinya yang kering. Penumbuk digenggam erat.




"BERAPA tahun kau kerja di sini?"

"Dari kecil. Saya cuma menyambung tradisi ayah. Menjadi seorang bodyguard. Saya dari pihak Tuan Putera ingin minta maaf."

Belle menoleh ke arah Tyler yang tetap memandang ke arah depan.

"Kau pengikut setia dia, kan? Kenapa kau bercanggah pula dengan dia?"

"Saya hormat wanita dan perasaannya. Menyakiti wanita bukan prinsip saya."

Belle mengeluh perlahan. Rupanya ada lagi manusia bernama lelaki yang mampu menghormati perempuan. Fikirnya, sudah pupus dek zaman. Sempat hati kecilnya memerli.

Mata Heterocromia miliknya terbuntang apabila melihat bunga kegemarannya mengelilingi taman bunga itu. Bunga Ros!

"Kenapa bunga Ros ada duri?"

Tyler menggenggam dua pergelangan Belle apabila gadis itu ingin menyentuh bunga. Tyler menggeleng tanda bunga itu tidak dibenarkan untuk disentuh. Ish!

"Sebab memang dia nak adalah."

"Bunga Ros melambangkan cinta. Cinta itu indah, tetapi menyakitkan juga apabila terkena 'durinya'."

Mata heterochromia itu memandang ke arah Tyler. Dia tersentak dengan madah yang Tyler sebutkan tadi. Siapa tidak kenal bunga ros? Ros itu cantik, tetapi hati-hatilah jika terpegang durinya. Sangat tajam. Matanya memandang semula bunga di hadapannya.

"Pandai kau berpujangga, ya."

Tyler tersenyum lalu tangannya di awang-awangan menunjuk jenis bunga di taman itu. Mata Belle terarah kepada pancuran air di tengah taman.

Di tengah terdapat satu pancuran air yang terdapat cupid di situ. Pelik juga isi dalam istana ni. Dekat taman ada cupid, dekat hati ada batu. Terbalik ni!

"Cupid, dewa cinta. Panahan cintanya mampu membuatkan manusia itu gila kerana cinta." Saya rasa nak jadi cupid. Boleh pasang-pasangkan manusia yang belum ada jodoh lagi."

"Bukan ke Cupid si pengkhianat dalam percintaan?"

Soalan gadis itu membuatkan dia diam seketika.

"Cupid cuba merapatkan hubungan seseorang, tapi dia sendiri jatuh cinta pada gadis itu dan jadikan gadis itu milik dia sepenuhnya? Adakah kau sedang menjadi 'cupid'? Pengkhianat dalam perhubungan. Kejinya kerja kau."

Tyler tidak mampu berkata. Memang niatnya ingin hubungan Belle dan Tuan Putera bersama. Tapi tidak terfikir dek akal akan hal yang lain.


"Saya tak kisah apa anggapan awak. Saya tahu niat saya betul."

"Huh, yakin."

"Confident itu perlu, Miss Belle."

"I'm good in seduction you know?"

Tyler menutup telinganya apabila Belle mula merapu.

"Tak dengar, tak dengar."

Melihat reaksi Tyler, Belle akhirnya tergelak. Tidak dia sangka lelaki yang dingin tadi berubah menjadi seorang yang kelakar. Mana perginya wajah garang tadi agaknya?

"Sebenarnya, saya tertanya. Tujuan awak ke sini, untuk apa?"

"Plot agak rumit. Aku diupah papa aku untuk bunuh tuan putera. Aku godalah Rich tu. Sudahnya, aku yang terkejut. Rupanya Rich tu dari masa lalu aku."

"Pernah kenal tuan putera ke?"

"Dah pernah. Selama sebulan tu dia ajar aku macam mana nak jadi berani. Bila aku meningkat remaja, aku punya stamina lemah dan asyik dibuli. Dia boleh tolak perasaan aku macam tu je? Siapa yang tak sakit, kan?"

"Orang senang berubah. Dan saya kenal Rich macam adik saya sendiri. Dia ego tinggi je tu."

"Samalah kau dengan tuan putera kau tu. Ego. Sebenarnya kau nak mengurat aku, kan?"

"Saya mana tahu. Saya Cuma dinding. Cakap fasal goda, saya ada satu idea." Kening Belle berkerut.

Tanpa mereka sedar, sepasang mata biru sedang tunak memandang sketsa yang berlaku di balik cermin jendelanya. Matanya lebih tertumpu kepada gadis yang bermata Heterocromia.

Melihat senyumannya teringat senyuman manis itu pada waktu mereka di sekolah. Selama sebulan itulah dia dapat rasakan sesuatu. Gadis itu penyayang walaupun dia berhati kering pada mulanya.

Matanya menjamah lagi wajah gembira Belle. Kenapa bukan aku yang buat kau senyum macam tu Belle?

°°°

1012 words

Jangan lupa comment and vote!



Behind The Golden Masquerade [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz