B T G M : POISONOUS SEDUCE

392 34 1
                                    

BAB 1

10 tahun kemudian,

Sepasang mata heterochromia tepat memandang ke arah target. Tangan kirinya diangkat  separas bahu dengan posisi tubuh yang menyerong ke arah kanan. Hujung tangannya terdapat Glock yang sudah membunuh berjuta orang.
Rambut panjangnya yang menutupi wajahnya ditiup ke atas. Jari telunjuk bersedia menekan picu.

Bang!

Bang!

Bang!

Picu ditekan sebanyak tiga kali. Serentak itu, peluru yang sudah digunakan terjatuh ke lantai.

“You doing well, my princess.”

Belle hanya membisu. Tepukan dari orang itu hanya disambut dengan senyuman sinis Belle. Semenjak dia 15 tahun, dia balik ke keluarga asalnya di Myandeur. Sudah lima tahun dia belajar memegang dan mengendalikan ‘kerja’ tidak rasminya.

Kerja tidak rasminya sentiasa berjalan lancar dan tertib. Ambil beberapa tahun juga untuk dia melembutkan tangannya apabila memegang benda berbahaya ini. Glock yang berada di tangannya dipandang. Pemegang Glock berwarna hitam itu dan terdapat logo Ying dan Yang.

Logo itu sinonim dengan dirinya. Dan logo ini jugalah yang meyakinkan Belle bahawa ini adalah papanya yang asli. Kerana syarikat papanya juga menggunakan konsep ying dan yang. Bukan setakat itu, papanya mengatakan bahawa ying dan yang ini umpama Belle kerana irisnya yang berbeza.

Glock diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas melihat apa yang dia kecapi selama dia di sini. Dia banyak menumpaskan markas operasi mafia yang berada di Myandeur ini. Dan dia juga adalah Assassination girl.

Beberapa orang sudah menjadi mangsanya dan dia dibayar dengan harga tertinggi. Dia bangga dengan apa yang dia kecapi hari ini. Dia adalah assassin girl terulung dan termuda.

Tempat inilah yang sudah mendidik dia begini. Papanya juga adalah salah seorang mafia berpengaruh di sini. Jadi, dia mengajar gadis itu untuk mempertahankan diri pada mulanya.

Apabila dia ternampak ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu, papanya mendidik dia menjadi seorang assassin. Matanya penuh dengan dendam apabila dia ternampak gambar sekolahnya.
Kalau dulu, dia selalu menyalahkan dirinya kerana hidup di bumi. Kini, dia tarik semula apa yang dia katakan. I’m proud to myself.

Telefon bimbitnya berdering. Matanya terarah pada sebaris nombor yang tidak dia kenali. Matanya memandang ke arah papanya sebentar. Simbol hijau ditarik ke atas untuk menjawab.

“Yes? Belle speaking.”

Senyap.

“Location?”

Senyap.

“Payment first before start.”

Senyap.

“Duit ada, aku jalan.”

Panggilan ditamatkan.

“Ada kerja?”

“Yup. Lepas dia bayar, I’ll start.”

Belle membuka glove yang berada di tangannya. Kakinya diatur ke arah patung yang terpasung di hujung padang. Dia tersenyum serong apabila melihat kepala patung itu berlubang tiga.

Headshot!

“Nice, Belle.”

Rambut Merah miliknya ditiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Dia tidak suka mengikat rambutnya dan lebih selesa melepaskannya saja. Sewaktu melakukan kerja juga dia melepaskan rambutnya.

Disebabkan ramai mangsanya adalah lelaki, jadi dia menggunakan kebijaksanaan dia untuk memancing nafsu mangsanya sehingga mangsanya cuai dengan keadaan sekeliling. Dan itulah waktu yang tepat untuk mulakan langkahnya.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now